Alhamdulillah sudah hampir 2 bulan si manja Adam saya ni tanpa diapersnya. Kisah yang mula-mula dulu tu bila saya ajar Adam tak pakai diapers di siang hari kan. Emm misi tu dah berjaya!! Pada saya memang psikologi memainkan peranan dalam situasi macam ni. Bukan nak ajak suami pergi shopping je nak kene psiko, bab-bab lain pun korang mesti praktikkan juga tau ;). Misalnya nak minta duit poket, nak ngendeng belanja make up, barang kemas kekekeke, psiko itu penting banget!!
Nak pulak kan bebudak sekarang ni, uishhh lain macam. Tak macam zaman kita dulu, mak ayah kata haipppp!! je kita terus tak buat, patuh sungguh!! Bebudak sekarang kalau marah, ada je jawapannya. Dengan anak no 2, iaitu Najiha, saya baaanyaakk kene sabar. Kene pujuk, terangkan kenapa benda tu tak boleh, kenapa itu, kenapa begini. Psikooooo sokmo. Kalau marah dan tengking dia akan buat muka sardin je, kalau sambal sardin tu sedap juga nak makan ngan roti. Kalau muka sardin? pikirlah sendirikkk.
Ok berbalik pada tajuk tadi. Bila Adam dah dilatih tanpa diaper di siang hari, saya pastikan Adam akan ditanya untuk buang air setiap 15 minit. Kadang-kadang tu bila dia sibuk bermain kat luar rumah dia sendiri dah lupa nak buang air. Bila masuk umah terus terkinja-kinja tak tahan nak kencing. Hmmmm melurulah saya bawak Adam ke toilet. Yang saya sedar Adam dah tak kencing waktu malam tu bila setiap hari saya tengok diapersnya kering setiap kali bangun pagi. Maksudnya malam tu Adam memang dah tak kencing dah ;).
Owh ye, Adam juga dah tak bangun malam menyusu sejak umurnya 2 tahun. Alhamdulillah dapat juga saya susukan Adam selama 2 tahun. Jadi memang dah lama saya dan suami tidur lena dan tiada gangguan di waktu malam hahahaha. Itu sebab saya pikir Adam dah tak rasa nak buang air waktu tidurnya tu. Juga saya pastikan sebelum tidur semua dah masuk toilet dulu dan barulah masing-masing boleh tidur.
Oklah misi Adam untuk “no diapers” sudah berjaya, bulan ini Adam genap 3 tahun 6 bulan. Sudah besar si manja ibu ni. Lasak dan aktif sangat-sangat!! Sokmo buli kakak-kakaknya dan petah bercakap!!! Setakat ni masih belum mengenal huruf, tapi dah boleh mengenal anggota badannya dan gambar yang ditunjukkan padanya. Tapi tak boleh blah betul bila ditunjukkan gambar tu setiap satu, pasti saya gelak pecah perut, hihihi comel. Pastu Adam akan cakap “Ibu nihhh!! Janganlah kelakar!!! Dia nak cakap janganlah gelakkk!!! Kekekekekkeek
Adam ini gambar apa?
Ololo tomeyler gelagat dier..takper asal rajin nak belajarkan..senangkan kalo anak tak pakai diapers..jimat sikitkan…
Assalamualaikum kak, wahh adam dah pandai tak pakai pampers ye. anak buah sheila dah 4 tahun baru diajar tak pakai pampers siang. malam still pakai. hehehe. semoga adam membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh pada ibu bapa adam yeee ๐
hihiii comel je adam ni.. orang doktor yer.. patut;lah mamanya gelak.. sian adam.. nanti auntie babap mama yer… hihii
Saya langsung tak tahu bab-bab penjagaan anak kecil ni. Hehe. Belum tiba masanya lagi.
Mari mengenak objek dengan kaki ke tu adam? Hehehehe
bestnya dah x pakai pampers langsung dah…blh la mintak adik…..kekeke….
adam aanie kuat kencing time malam…bgn pg mesti penuh pampers dia…kadang2 tu siap lencun lagi…huhu…camne ni??
oh Adam dan Mifz kira sebaya lah kan , beza bulan…Mifz bulan 10 nanti baru terjah 3 tahun…:)
Dalam bab latih anak lepaskan diapers ni saya cukup kagum pada kaum ibu !
Wahhh tahniah Adam, dah besar ye ๐
Merdeka dari Drypers ๐
Masa anak kecik2 ni senang nak dibentuk apa2 pun.. sebab tu ada pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.. dan bab nk ajar ke tandas tanpa bergantung kat pampers ni memang laa mencabar.. dalam kalut ada juga seronoknya kan Aju ๐
wah sebayalah Jun dengan anak no 2 kita..
Pandainya adam. Qahirah klo nak poo poo dia minta pampers. Tak nak yak dlm toilet…huhuhu…
Mujurlah saya tak kena psiko nih..kalau tak jenuh lahhh..ahahaha..semoga membesar dengan sihat yer dik..
pun dalam usaha buat anak laki 2 tahun 7 bulan ni tanpa pampers.. kalau siang mmg ok, bila nak shu shu tu, dia cakap la.. sambil lompat2.. haha.. tapi bila ada kakak main2, lupa terus.. nasib baik belum buang sepenuhnya.. ni tak hantar nursery, oklah, kalau hantar nanti, tak tau macam mana..
Tahniah Adam..senang hati bila anan dab free diapers…moga Adam terus membesar dgn sihat bagai juara…^^
Salam wah Adam sebaya Aliff. Boleh lah, Nadiah pun nak cari flashcard ada jawi dan ejaan melayu. Suka suka!