Selamat Hari Raya, Jemput baca blog ;)

Di pagi raya cantik bergaya
Warna warni indahnya suasana
Berhati-hati di jalanraya
Semoga selamat perjalanan anda

Kuih muih beraneka rasa
Tetamu datang bersilih ganti
Jika ada terkasar bahasa
Jangan disimpan di dalam hati

Bulan Ramadan meninggalkan kita
Tiba pula Syawal dirai bersama
Tanganku dihulur maafku pinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua

20130808-054129.jpg

Amacam hebat tak pantun pendek tu? Saje nak muatkan dalam entri hari ini. Nampak sangat takde idea nak tulis panjang-panjang, sebagai gantinya, 3 rangkap pantun raya untuk semua pembaca blog ini ;). Seperti kelazimannya, saya ingin memohon maaf jika ada keterlanjuran kata yang tidak disengajakan, kadang-kadang tidak sedar penulisan saya telah menyinggung hati anda. Sebagai manusia biasa kita memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan baik yang disedari atau tidak.

20130808-060546.jpg

Anak-anak saya biasalah kalau dah jumpa sepupu mereka, berlari dan bermain sesaja. Ini gelagat diorang main bunga api. Tahun ini Adam dah pandai pegang bunga api sendiri, tahun lepas kami duk pegangkan untuk Adam tapi walaupun dah pandai pegang sendiri tu, pengawasan orang dewasa masih sama juga. Najwa dan Najiha pula dah advance, dah pandai main mercun das tu, hamboihhh banyak abah korang bakar duit tahun ni ye ;). Yelah pas raya nanti pakat-pakat ikat perut ye hihi.

P/S : Korang tengok iklan raya Agrobank tu tak? Tergelak saya menengoknya, ceria sangat šŸ˜‰

BACA  Di lokasi shooting JJCM musim baru 2013

9 thoughts on “Selamat Hari Raya, Jemput baca blog ;)”

  1. Musim-musim raya ni blog jadi suram dan sunyi sepi. Ada entry pun tak ramai bersemangat nak baca dan beri komen. Emmm.. Lepas raya ok kot.

    Selamat hari raya juga..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: