Bukan saya je yang nak berbaju baru tapi juga iphone 4 saya ni pun teringin nak beraya sama. Biasalah perempuan begitu obses dengan warna merah jambu. Ianya sinonim dengan wanita yang ayu dan gojes, hahaha sangaatt!!! Hmmm waktu mencuci mata di Times Square saya nampak casing iphone yang cantik-cantik di situ. Hmmm sweetnya dengan ketulan batu berkilat-kilat.
Terus langkah saya laju je masuk ke dalam kedai aksesori handphone tersebut. Hmmm rambang mata sangatt!! Semuanya gojes, macam-macam kaler pun ada. Penjual tu kata beli 2 percuma 1. Pandai je dia nak memancing duit pembeli kan. Harga casing pilihan saya ni adalah RM39, so kalau percuma 1 maksudnya dapat 2 lah kan. Huishh murah2!! So 1 tu wajib pink, satu lagi saya pilih warna biru.
Bila sampai di rumah, saya pun padankan dengan iphone saya ni. Bila saya buka bahagian dalamnya, Allah!! Ada 3 bintik di situ, berderau darah saya ni. Saya pun buka internet dan google macamana rupa titik 3 yang dikatakan kulit khinzir tersebut. Alhamdulillah bila saya tengok dan lihat, ianya berbeza sama sekali. Syukur sangat, dan selepas ini memang kene berhati-hati untuk membeli produk yang berasaskan kulit.
Inilah rupa titik 3 yang saya maksudkan, dan juga saya kongsikan macamana titik 3 yang dikatakan kulit khinzir tersebut. Nauuzubillah semoga kita dijauhkan dari perkara yang haram tersebut.
CIRI-CIRI KULIT BABI ATAU KHINZIR
1. Lihat dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN titik-titik membentuk segitiga.
2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
oh tak pernah lagi tengok corak kulit khinzir tuh,thanks yer Aju sudi kongsi,perkara penting nih…
Nasib je kan kak. Kalau tau menyesal tak sudah je.
hampir sama tp tak serupa.. minta dijauhkan… huhu
Assalamualaikum kak, masyallah. terkejut sheila baca entri ni. ingatkan terbeli kulit khinzir tu. kak, sheila mohon share dekat fanpage sheila boleh ?
boleh sheila, untuk perkongsian bersama ๐
Nasib baik kan jun. Klw x syg x leh guna.
mujur lg bukan..kalo tidak sentap jgk sbb kita dh melabur beli kan..
tulah thu psl 3bintik ni tp selalu tk igt nak check sekali pon..haiyaaa
Nasib bukan kan ajue..kiter kena berhati gakkan nak beki barang2 terutama dr kulit ni..kan..tq share k..
Kulit cover bitu nampak macam ada titik juga…tapi tak berapa jelas segitiganya. Kulit apa agaknya ya?
syukurlah.. skg ni mcm2 produk yang x halal dpasaran, kena hati2 bila mbeli
Mujur lg kn…kdg lau bnda yg murah ni mmg kna check dlu…
Terkejut jugak bila akak baca..nasib baik tak ya…
Cantiknya casing iPhone tu…murah pulak tu…
memang kena berhati-hati beli barangan kulit ni
owhh akak x pernah pula teliti .. sbb jarang pakai casing hp huhuh
ps : wahh wajah baru dah blog aju yee .. akak suke ! lebih kemas ๐
Nasib baik bukan..Thanx for sharing Aju..lily baru tau ni..
Cantik lah baju baru iphone. Nasib bukan kulit kihinzir kan.
Alhamdulillah..nasib buka dari kulit khinzir
haha..ada bulat2 kecik kan kulit baby ni..haha..ops silapp..babi lahh..
risau jugak brangan berkulit tu, cantik punya pasal kita beli tapi tak tau kulit apa, bahaya
nasib baik.. kalau tak, mmg kena buang la.. hehe.. patutnya penjual kena letak nota kalau produk tu ada unsur2 benda ni.. kan?