Hahahahha
Tajuk tak boleh blah!!
Kebetulan sudah 2 hari mulut ini menanggung sakit ulser. Ujian di bulan Syawal, di kala banyak jemputan open house dan juga kenduri kendara. Walaupun sakit, jemputan tersebut tetap didahulukan, makan mesti diutamakan heheheh. Selalunya memang setiap hari Sabtu suami saya bekerja, jadi bila dapat bercuti di hari Sabtu memang menyeronokkan.
So tadi sempat kami semua ke Seremban bagi meraikan perkahwinan kenalan suami saya ini. Kami tiba awal, jam 11 pagi, sebab petangnya pula ada rumah terbuka di Kepong. Waa penuh jadual makan hari ini ;).
Alhamdulillah saya dan suami sudah melunaskan puasa 6 Syawal pada Khamis lepas. Hihi sempat jugalah nak merasa nikmatnya seolah-olah berpuasa setahun. Rindu pada bulan Ramadhan, moga dapat bertemunya di tahun hadapan dan seterusnya Inshaa Allah.
Ok tentang ulser mulut tu. Petua untuk mengubatinya adalah dengan minum banyak air masak atau meletak garam di tempat ulser tersebut. Berair jugak mata ni, pedih memang terasa ke urat saraf. Kadang-kadang saya letak asam boi kat situ, sambil layan sakit sambil minum air. Peehhh peeddihhhh. Kalau taknak azab sangat pergi je farmasi atau klinik, nanti doktor/ pharmacist bagi je krim jernih yang buat mulut korang kebas tu. Takdelah drama sangat nak cepat elok ulser tu kan. Hahahahah saje nak dera korang kan ๐
Memenuhi undangan tu satu hal yg dituntut.. ulser pun masih boleh makan nasi minyak lg,kira ok laa tu Aju hihi ๐
P/s: theme baru lagi nampaknya. Yg ungu tu kenapa Aju ?
aritu saya update theme ungu tu pastu terus jadi lain macam je kak, terus tukar theme baru ni ๐
Lama x kunjung kat sini… bz n masalah ngan google…
Tahniah bertukar rumah baru..akak tetap dgn blogspot…
Ala makan je buat tak tau ulser tu…
Sakit mulut pun selera lagi makan tu. Hehe.
Letak garam tu memang paling ‘cool’ kak. Lagi satu letak merjerin. memang terbaik dia punya rasa.
bila dah tgk makanan, lupa terus pasal ulser tu kan…..kan?? hehe…
Ulser pun tetap selera makan ya dik…
Apa pun moga cepat sembuh….
perghhhh…pedih tu letak garam. Saya pernah baca soh letak epal hijau kat tempat ulcer tu.
penghujung syawal makin banyak open house dan kenduri
kalo saya pakai bonjela jer…letak sebelum makan kat ulser tu…lepaih tu boleh makan bebanyak heheh..bestnyer makan kenduri musim raya ni…
Seksa nak makan time mulut kena ulser ni. Nak makan pun kena main belah bucu-bucu mulut je, takut terkena kat part yang sakit.
biasa PM letak bonjela jika kene ulcer , dah letak baru boleh makan dengan rakusnya…haha
Sedapnya dapat makan kenduri..haha..
Majlis makan2 itu wajib hehe