Haii semua!! Kami dah selamat tiba di KL semalam, syukur Alhamdulillah. Persinggahan di Johor Bahru memang menyeronokkan walaupun sekejapan sangat-sangat!! Tak sempat nak pusing #Jalanjalancarimakan kat area JB, sebab kalau tengok google banyak tempat menarik untuk disinggahi. Takpelah lagipun ikut suami bekerja ni lain dengan perancangan makan angin. Kalau dah suami bekerja namanya #apapuntakboleh ;). Kami ada singgah satu tempat makan ni, berdekatan dengan Pantai Lido, itu entri untuk besok ye kalau tak nanti blog tak update lagi haru heheheh.
Semalam sepatutnya saya menghadiri satu event Nuffnang di Aeon Taman Maluri iaitu event Ambi Pur, tapi last minute have to cancel sebab last minute jugak plan ikut suami ke JB. Hopefully pihak Nuffnang tidak blacklist saya untuk menghadiri event lain in future ye. I’m so sorry ye, memang tak suka kalau orang mungkir janji kan, terkilan gak tak dapat join tapi nak buat macamana, perintah dan permintaan suami adalah paling utama dan jangan sesekali dimurkai, dosa besar uolss!! hahahahha
As usual, hari Ahad suami saya kan dengan aktiviti hobinya, so saya dan anak-anak dengan aktiviti memasing. Saya wajib masak on weekend sebab kalau tak kelaparanlah sebab tak keluar kemana pun hujung minggu. Anak-anak? Saya dah belikan mainan masing-masing supaya tak berkelahi dan biar diorang ralit sementara nak tunggu memasak dan kemas rumah. Adam, saya dah belikan permainan lego, ini semua angkara entri rakan blogger saya iaitu aanie. Tq aanie sebab entri awak ni dah bagi saya idea lain untuk tarik perhatian Adam supaya belajar untuk otaknya berfikir lebih ligat dan cargasss!!!
Hahaha kemaslah sangat kan?? Meh sini nak bagitau ni nak tunjuk bantal yang baru saya beli di Sogo warehouse sale. Bantal ni memang dah jadi idaman saya, suka warna dan corak dia tu. Murah je ni rm8.90 seketul siap dengan cover sekali. Comel kan?? Selalunya kalau tengok harga kat tempat lain paling kurang pun rm12.90 seketul, memandangkan harganya boleh mampu milik so saya rembat 5 biji sekaligus!! Very the excited sangat ;).
Alhamdulillah ini pula sarapan kami pagi ini, mee goreng sweetfamily untuk santapan suamiku sebelum pergi ride. Cara nak pikat hati suami adalah dengan memikat perutnya itu hehehe. Dia nak diet, tapi isterinya suruh makan, kalau tak nanti isteri sentap, voleyy gitu hahaha. Oklah nak sambung kemas baju yang berlonggok-longgok tu. Daaaaaa
gebunya bantal baru tu. corak & warnanya pun cantik.
selamat berhujung minggu buat Aju sekeluarga..
Comel jer lego adam buat…Cantik corak bantal tu…harga pun ok…
menyelerakan sungguh mee goreng sweet Family tu..nyum2..^^
Seronoknya Adam dapat main logo…
Akak pun suka corak bantal tu…
Meee…..sedapnya!!!!!!!!!!
sarapan pagi tidak menjejaskan diet ye..kata kat cik abang aju gitu…
waa sama ngan uwais main lego yer…seronok la dier dapat mainan baru…
Meriah jugak aktiviti hujung minggu ye kak. Hehe. Memang suka warna hijau ke kak?
lego sangat bagus utk minda anak-anak…wah, aju ke sogo yer.
la kita ingatkan si jue buat batal runpaya borong bantal heee..lego bagus warna utk perangsang pasti bila bina dia akan bayangkan yang benda tu dlm pelbagai bentuk.dekat ruamg saya keluarkan separuh jer.klu keluarkan semua habislah..
selamat kembali
oh dah balik dari JB yer …
seronoklah Adam dapat set Lego baru yer , betul tuh set Lego macam tuh akan menjadikan anak kita lebih kreatif berfikir…:)
arini baru dpt baca n3 ni….ouh, ada nama kita lak kat situ…..hehe….
ehh, apasal kita g sogo aritu x jumpa pun bantal murah ni…ni mesti sb aju dah borong semua……:)