Travel Beli ikan masin dan bilis di Pekan Pangkor September 21, 2013

Spread the love

ikan bilis pulau pangkor
Antara jenis ikan bilis yang ada
20130924-061606.jpg
Sotong kering, tapi saya tak makan yang ni, tak pandai nak masak 😉

Minggu lepas pegi visit area Seri Manjung, tu yang tak berkesempatan nak hapdet blog ;(. Dalam pada visit tu sempat juga singgah di kedai jual ikan bilis Pekan Pangkor, katanya kat sini memang banyak jual ikan dan sotong kering.

Hmm oklah sebab saya pun belum pernah singgah di tempat ini. Hmmm tengoklah tu banyaknya ikan dan sotong kering yang dah jadi mangsa untuk dimasak dan digoreng. Phewwww nasib baik saya bukanlah peminat tegar ikan masin, sekadar makan untuk penyedap rasa je, kalau tidak mesti banyak saya borong dah ;).

20130924-061638.jpg
Udang Kering
20130924-061623.jpg
Keropok ikan

Tengok, banyak kan pilihan yang ada. Korang kene tengok jugalah harganya, saya tengok ikan bilis pekan pangkor yang siap dikopek tu rm60 sekilo, aappaaaaa??? Mahalnya???? Hehehheeh malas-malas saya pun rela saya beli ikan bilis belum kopek tu 1/2 kilo, baru RM16 hengget pastu balik umah ajak anak-anak kopek ikan bilis secara berjemaah muahahahahah…Hahaha gurau je, bertuah diorang nak tolong, mau hancur ikan bilis dikerjakannya nanti.

ikan bilis pekan pangkor
Ikan kedera masin, ikan pekasam, ikan bilis pekan pangkor, dan pencicah nyummy

Korang pernah dengar ikan kedera masin?? Saya pun tak pernah, member opislah yang perkenalkan kami dengan ikan ni, kecil molek je ikannya hehe. Rasanya pun boleh tahan, goreng sekali dengan sisik dia tu, pehhhh rangup dan sodappp!!!

Seperti yang diberitahu, ikan kedera masin ni banyak di belah utara, ianya juga dikenali sebagai ikan belanak tapi betul ke ejaan kat packaging tu, beranak?? Hmm confius saya ;). Cara nak masak mudah sangat, pejam mata pun boleh buat, tapi silap-silap melepuh tangan kene minyak panas hehe. Basuh je ikan tu, goreng je terus sekor-sekor tu, hmm dah macam acara berenang berirama pulak gayanya tu 😉

ikan kedera masin
Inilah dia ikan kedera masin, makan pulak dengan sambal udang

Kalau nak tahu, suami saya bukanlah penggemar ikan masin. Dari kecil lagi dia tak makan ikan masin atau yang dipanggilnya ikan busuk. Dengar macam pelik tapi itulah suami saya, takpelah kalau abang tak makan, sayalah kene perabih ikan ni, nyum nyum takde orang nak berebut dengan saya heheheh.

Tapi kan, ikan ni suami saya makan tau!! Mula-mula dia cuit-cuit manja je ikan tu, lepas tu disuap ke mulut, eh eh sedap pulak katanya. Hahahahaha see see see!!

Tau pun sedap ye, yelah kebiasaannya kalau goreng ikan masin kan satu rumah semerbak baunya, siap bau tu boleh melekat kat baju, langsir. Bila makan sedap pulak ye bang ;). Yelah tengok pulak saya gandingkan dengan lauk apa, udang sambal tuuuu!! Mana tak terangkat kan ;).


Spread the love

Tags : , , , , , , , ,

20 Comments

  • Sheila Salim posted on September 24, 2013 at 11:30 am

    Asalamualaikum kak! sedapnya ikan masin! makan dengan nasi panas-panas, memang terliur gila 🙂
    Sheila Salim recently posted..Bajet Keseluruhan 4H3M di Krabi, ThailandMy Profile

    Reply
  • nafisa81 posted on September 24, 2013 at 12:38 pm

    makan berebut tu yang lagi sedap aju
    nafisa81 recently posted..SetemMy Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on September 24, 2013 at 1:45 pm

    Haha. Ikan masin dan pekasam membangkitkan selera..
    Hazmin Hamudin recently posted..Travelog Penang | Teochew Cendol Penang RoadMy Profile

    Reply
  • BUI JUNAIDI posted on September 24, 2013 at 1:52 pm

    SEDAPNYA IKAN MASIN TU,TP BUI TAKLEH MAKAN DH SEKARANG SBB HIGH BLOOD..UWAAAAA
    BUI JUNAIDI recently posted..Encik Anon Ajak KapelMy Profile

    Reply
  • lizz posted on September 24, 2013 at 3:04 pm

    masa nak pi sini lalu tak sri iskandar…hehe dekat tu dengan umah lizz tu….lizz suka beli ikan bilis jer kalo pi sini…keropok tak best…ikan kering tak pernah beli lagi…
    lizz recently posted..sara uwais sebelum tidurMy Profile

    Reply
  • pahan posted on September 24, 2013 at 8:38 pm

    kalau g tempat tu nanti sy insya allah akan kunjung ke tempat ni.hehe. menarik gak pangkor ni kan.hehe

    Reply
  • suri posted on September 24, 2013 at 11:29 pm

    saya nak kuah rojak tu hrp sis aju sudi poskan utk saya keh,,keh,,keh,,ni marah pi sana tak mau singgah sini pe kes? 😛

    Reply
  • papa mifz posted on September 25, 2013 at 1:32 pm

    PM ada perancangan nak bercuti ke Pulau Pangkor awal tahun depan , harap menjadi lah…tak pernah ke sana lagi…

    Reply
  • ema posted on September 25, 2013 at 1:47 pm

    tak suka bau ikan pekasam…busuk…hehehe..makan pun tidak,..
    ema recently posted..Wordless Wednesday : Promosi Hebat TescoMy Profile

    Reply
  • hafiz posted on September 25, 2013 at 1:50 pm

    Tak suka juga, tapi kalau terubuk masin layanlah
    hafiz recently posted..Wordless Wednesday 30 : Sudah 44 hariMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on September 25, 2013 at 3:18 pm

    EMm ikan pekasam ni best..makan ngn nasi panas2 perghhh memang selera lahhh..haha
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #69 – Apa Komen Korang Semua?My Profile

    Reply
  • Myra Jay posted on September 25, 2013 at 4:31 pm

    Sedapnya tengok ikan masin tu, terus rasa lapar ;D
    Myra Jay recently posted..WW : CPUV Sept 2013My Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on September 25, 2013 at 6:36 pm

    Sebut je ikan masin..jenis apa pun memang sedap. Makan pula dengan nasi atau pulut time hujan… perghhh. Area utara ni kite cari dekat Tanjung Dawai,Pantai Merdeka je 🙂

    Reply
  • lily@mamaQistina posted on September 25, 2013 at 8:05 pm

    membangkitkan selera tu ikan masin + sambal udang,..nyum2..Hubby lily plak fav dia tu ikan masin..balik sabah mesti borong ikan masin..ikan bilis & udang kering.. 🙂

    Reply
  • fiza posted on September 26, 2013 at 7:29 am

    haitu pegi langkawi pon beli ikan bilis.. bersih putih dh siap kopek..1 packet rm10pon kita dh rsa mahai..ni rm60..hahaha
    fiza recently posted..Cerita cuti 1 Malaysia : Lawatan ke AquariaMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on September 26, 2013 at 10:53 am

    Lapar plak tgk ikan masin & sambal udang tu.
    Fiza Rahman recently posted..Selamat Hari Lahir QAHIRAH BT HUSAINI!!!My Profile

    Reply
  • titan posted on September 28, 2013 at 4:20 am

    ada beli lebih? bak sikit..
    titan recently posted..Majlis MOU Al Ansar Health bersama Sinar Permata dan Magnetic Aura.My Profile

    Reply
  • rozzaziz posted on October 8, 2013 at 11:09 am

    as salam. sebenarnya ikan kedera masin dan ikan belanak masin adalah 2 ikan yang berbeza.. pd kami org2 utara ni.. itu yg mak saya cakap la kan.. n dari segi beza adalah ukuran ikan tu..
    1 lg yg best.. ikan kedera masin ni kalo jenis yg masam cket adalah lebih sedap dan lebih sedap makan ngn pulut tanak + kelapa segar campo dgn garam cket + sambal belacan or sambal tumis.. minum lak ngn kopi o panas :).. sori mencelah 🙂

    Reply
    • ajumohit posted on October 9, 2013 at 5:43 am

      ooo ok, ingatkan sama je ikan tu tp mmg sedaplah, pasni boleh try makan macam cara ni pulak, klu dengan pulut mmg meletop 😉

      Reply
  • rozzaziz posted on October 8, 2013 at 11:10 am

    kelapa segar * kelapa parut yg baru diparut 🙂

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge