Bersiaran dari Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru

20130927-065804.jpg
Angkut Najwa lepas sekolah semalam

Alahai susah bebenor nak hapdet blog kekdahnya. Dua hari tanpa entri terkini buat saya tak senang duduk nak mengemaskini cerita terbaru kami. Rabu aritu masuk-masuk opis dah ada arahan tergempar, entri blog yang siap dikarang hanya menanti untuk di publish, beku begitu sahaja. Bila dah update Iphone dengan IOS 7 ni, scheduled entry duk terperap je tak keluar2, ko dah kenapa?? Ni nak marah ni, nak jugak update guna PC. Sebelum ni, guna jari di Iphone pon boleh, sekarang?? #Apapuntakboleh huhuhu. Takpelah ambil masa jugak nak biasakan aplikasi terkini ni.

So hari ini, kami semua ikut abah outstation di Johor Bahru. Saya memang dah ambil cuti awal-awal sebab nak shopping di Sogo macam saya cerita aritu. Tetiba suami kata dia ada odit kat JB. Appaaaa!! Nak itut!!!! Asyik kene tinggal je kan, sesekali tercuti ni bolehla mengekor montot abah  ;). Yea yea abah kata, jomlah ju ikut abang gi odit, time abang keje korang kenelah duduk dalam bilik ye. Takpelah bang, abang settle kan keje, adalah aktiviti kami ni nanti ;). Anak-anak dah dipesan bawa buku, at least siap jugalah homework Najwa tu nanti. Kesian bebudak, terpaksalah kamu semua diberi kelonggaran untuk ponteng sekolah, seronoklah diorang, bukan senang nak dapat pelepasan cenggini tau.

20130927-065829.jpg
Rombongan Cik Jah beramai-ramai

Bertolak dari KL jam 6:30 petang selepas ambil Najwa dari sekolah. Dengan baju-baju sekolah tu sekali angkut dia masuk dalam kereta dan pecut terus ke JB. Hahahhaa nak keluar dari KL pun ambil masa sejam ko!! Mana-mana pun jem, sebab waktu ni semua orang balik kerja dan berkejar nak balik umah. Kesian abahnya, company bagi dia kereta manual, owwhhhh jenuhlah menghadap jem dengan kereta manual ni, dengan tingkap manual hahhahaha. Eh, bersyukurlah kan dari takde..

BACA  Open House Lemang Tok'ki, Bentong

20130927-065849.jpg

So sampai di JB jam 11:30 malam. Penatnya, eleh tidur dalam kereta pun penat ke Cik jah?? Hahhaha ketiduran je kerjanya, sebelum tu kami singgah di R&R Ayer Keroh. Ha waktu ni je saya tak tidur, mana boleh tidur, time makan tuuu, mestilah celik kan. Anak-anak pun dah lapar, so singgah makan dan solat jamak. Abah tu waktu drive memang wajib diajak berborak, urut-urut bahu kepala tengkuk dia, makan gegula asam, masalahnya saya ni melantak benda-benda tu pun tidur jugak. Hahhaha teruk betul bini abah ko ni ;).

20130927-065906.jpg
Ini yang penting, tempat beradu

Kitaorang tak book bilik hotel, main terjah je mana-mana hotel yang available. Memula tu pergi Putri Pacific Hotel, Penuh!! Lepas tu yang terjah Grand BlueWave ni, Alhamdulillah bilik masih ada. Giler ko takde? Hotel tinggi melangit ni mesti banyak bilik kan, kalau takde tu tak tahulah nak cakap hape ;). Saya dapat governement rate, murah RM40 dari rate asal. So selepas diskaun adalah RM232 untuk satu malam.

20130927-065925.jpg
Kelengkapan nak mandi

Bilik adalah selesa, so badan memasing pun dah penat, saya bagi suami minum teh panas jap, pastu barulah boleh melelapkan mata. Adam tu hiper aktif sungguh, melompat sana sini, selagi tak off lampu, tv memang tenaga dia sentiasa ada :). So, off semua benda, barulah tenaga dia makin lama makin berkurangan dah macam Ultraman pulak gayanya hahhaha. Oklah nanti saya sambung cerita lagi ye.

P/S Nak tanya, kat area sini makanan apa yang menarik kebaboom?? Kalau ada sumur di ladang boleh kita berjumpa hehehe. Kalau ada tempat makan best, silalah berkongsi di sini, hmm ni pantun ke hape ni?

BACA  I-City Shah Alam yang semakin meriah
20130927-065954.jpg
Tuan belog yang happy 😉

11 thoughts on “Bersiaran dari Grand BlueWave Hotel, Johor Bahru”

  1. grand bluewave ni depan kastam tanjung puteri kan? tapi skang da jadi semak samun sejak kastam pindah ke CIQ BSI. tempat keje lama aida tu tanjung puteri 🙂
    tempat makan byk, ajumohit. kuar hotel ke kanan terus and terus. stulang laut. mcm2 ada. or gi jauh skit ke kat sup tulang. then pergi singgah selalu for dinner. ajumohit bleh refer kat blog aida. ada few citer pasal jjcm di JB 🙂

  2. Kat JB ke Aju..sampai bila..? boleh jumpa ni…tapi hubby lily esok baru balik dr srwk baru dapat jalan2… kalau tempat makanan best tu tak pasti..sebab selalu pun mkn mee rebus hj.wahid plaza Angsana… 🙂

  3. malunya klu dot amik pic dopan cermin kee..kee..kak ju memag owsem habis.. dah tu apa yang di beli nak juga kami tengok..ker masuk pic dalam fb hiii

  4. Insya-Allah minggu depan ketika bercuti ke JB PM sekeluarga menginap di Grand Bluewave juga , ini buat bertambah tak sabar nih…hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: