Ha semalam dah janji nak citer pasal tempat makan yang kitaorg singgah masa kat JB aritu kan? Korang nak tahu? Suami saya kan kerja Jumaat tu, so pukul 7:00 pagi kami anak beranak sarapan kat hotel. Pakej ngan harga bilik tapi itu untuk mak pak je. Kalau kanak-kanak berumur lebih 5 tahun kene caj RM20 sekepala, uikss mahalnya kan, pdhal bebudak ni mana lalu sangat nak makan pagi-pagi tu. So suami saya jam 8 pagi dah pergi site dia nak audit kan. So nasib baik ada jugaklah kudapan macam roti dan biskut untuk santapan kami.
Bila masuk jam 12 tengahari memasing dah parkinson kelaparan hehehe siannya korang kan bebudak. So saya ni manalah tahu jalan kat JB ni, nak jalan kaki keluar hotel pun malas giler. Saya call room service order nasi goreng cina. Harganya RM22.50 termasuk service charge mak aihh, mahalnya!! Tapi bila sampai je nasi goreng cina tu, puas hati jugalah sebab penuh dengan udang je nasi goreng dia. Bebudak ni pun kenyang pastu diorang sambunglah main dan melompat bintang atas katil. Saya? tidurlah buat tahik mata hahahha.
Pastu pukul 5:30 petang suami saya telefon, katanya nak balik kerja dah dan nak ajak kami semua pergi makan!! Yea yea penantian satu penyiksaan bang oihhh!!! Semua pun bersiap sakan dan jumpa abah kat lobby!! Suami tanya nak makan kat mana? Hehehhe soalan tu macamlah saya orang JB kan ngeee. So pakcik google kata kat Jalan Stulang adalah destinasi terbahekk, tapi suami pulak kata nak try kat Pantai Lido. Ekeleleee tadi dia tanya kita kan, takpelah dengar cakap suami, janganlah melawan nanti lapar hahahha.
So inilah destinasi makan kami, di Restoran Tip Top Ikan Bakar Ikan Bakar, Jalan Sungai Chat. Banyak-banyak kedai yang ada tu, di sinilah yang paling ramai orang, biasalah kalau ramai tu mesti sedap kan. So di bawah ini adalah menu yang kami pesan. Bab memesan memang kerja suami, saya ni memang sejak azali, kalau sampai je kedai makan dan duduk, memang mintak mahaplah nak suruh saya bangun dan pilih ikan or seafood kat depan nun. Malas sesangat!!
Harga makanan di sini boleh tahan mahal juga ye, ke memang harganya normal begini? Saya ni nak murah je kan, pastu nak sedap, aju aju…Eh biasalah kan, korang pun macam tu jugak kan? hahhaha sengal sangat. Tapi yang tak bestnya, semua masakan adalah pedas sangat, amat tak bersesuaian untuk tekak anak-anak. Untuk diorang kami pesan nasi goreng je. Seronoklah makan sebab bebudak ni taknak, katanya pedaslah ibu, ibu tolong hisap. Saya pulak asal hisap je udang tu terus kunyah telan, asal hisap je kunyah telan. Hangin je bebudak ni dengan ibu dia. Last-last suruh abah pulak hisap, saya pulak rasa tak lalu makan hahhahah uweekk.
Secara keseluruhannya mak pak amat kenyang hehehe. Bebudak ni masa kat bilik tu tak tidur, jadi asal masuk kereta je terus pengsan. Memasing buat perangai serba tak kena sebab tak puas tidur kan. Syukurlah saya ni dah pandai psikologi. Dulu suami saya penyabar, sekarang terbalik pulak. Suami pun hairan mcamana saya boleh berubah. Mungkin faktor umur kot kan. Umur saya dan anak-anak dah makin meningkat, so tak larat nak marah-marah dah. Lagipun masa kita dengan diorang ni singkat je. Bila pergi kerja dah berjauhan, bila balik kerja dah malam. Singkat sangat masa untuk bergelak tawa dengan diorang.
Terima kasih kat kawan-kawan yang suggest tempat makan best kat JB ni, tapi tak sempat nak singgah semua sebab masa mencemburui sangat ;).
Puas hati makan seafood tu kak. Tengok macam menarik.
huihhh semuanyer sedap2 ni acaner…telan ailio nengok ni..tambah2 cendol tu..
ajue kenapa blog ajue ni macam lamer sikit nak loading ni ..ker internet saya yang lembab ni…
hoho..cendol tu memang nampak menyelerakan..
sian anak sanggup tahan lapar yer…hehehe…janji dah dapat abc tu..
Makan pedas dengan cendol bukankah lebih sedap,…kalau saya mungkin tambah satu piring lagi.
okeh nanti den cari tempat tuh , thanks for info Aju..!!
Tengok sotong kangkung tu ok lagi, tengok cendol@abc tu……tak tahan maa. Menitik air liur terbayang kesedapan nya ha 😀
Akak pun sama, nak murah tapi sedap…..hehehe..
Terliur pulak tengok cendol tu…
Apsal tak bgtau, boleh gi makan kat stulang Jun, lagi happening
Tak pernah lagi makan kat sini…sedap jer tgk ikan bakar tu..
macam menarik je menu tu…tak pernah try lagi makan kat situ…walaupun duk Johor…haha