Pendek je tajuk entri hari ini.
Semalam saya duk mengemas beg sekolah Najwa. Biasalah kertas macam-macam kertas yang ada. Gambar kartun pompuan, dengan dress labuh dan rambut panjang ala-ala kartun barbie lah ni ;). Saya periksa pencil box nya, pensil, pembaris, pemadam dan warna cukup semuanya. Buku tulis dan buku kerja disemak satu-satu, helaian demi helaian. Dalam pada melihat kerja sekolahnya, saya pastikan tulisan Najwa kemas dan mudah dibaca. Kalau senget benget, kecil macam semut, mesti saya akan suruh Najwa baiki tulisannya tu. Pantang betul saya kalau tulisan cincai macam tu, cikgu nak semak pun tak bersemangat jadinya.
Tengoklah hasil kerja Najwa. Ok kali ini saya puashati dengan hasil kerjanya. Tulisan bulat-bulat, tapi lukisan pula yang perlu diperhalusi lagi. Kalau bandingkan antara Najwa dan Najiha, Najiha yang lebih berseni. Najiha ni kidal, orang kata kalau tangan kidal ni memang berseni orangnya.
So bila dah geledah beg Najwa, saya terjumpa diari Najwa. Hehehe tulisannya buat saya tersenyum sendiri. Mana taknya, cerita tentang saya iaitu ibunya kekeke. Katanya “Nak tahu tak? Ibu saya pandai masak sambilmagik dekat dapur” hahahahha. Puas saya duk mengingat apalah magik saya tu ekk? Takde pula saya masak sotong sambal tetiba jadi kambing golek.
Bila saya tanya Najwa rupanya itu adalah babak iklan dalam TV. Tapi saya pun tak tahu iklan yang mana. Ukaloooo!! Terperasan ibu dibuatnya. Setahu saya magik tu takdelah, tapi amalan membaca selawat itu menjadi kebiasaan ketika memasak. Kalau nak masakan jadi sedap, caranya mudah aja, ikhlas dan memasak sepenuh hati. Penuh kasih sayang dan diiringi doa semoga keluarga kita menjadi keluarga bahagia, Insha Allah masak apapun jadi enak gituwww!!
Assalamualaikum kak, bestnya. teringat sheila zaman sekolah dulu mak dengan akak2 selalu spot check beg sekolah sheila dan adik. heeeeee. okeyy sheila geli hati baca ayat Najwa tu. hehehhe. kak, sheila pun amalkan berselawat ketika masak. alhamdullilah jadi seronok memasak bila kita ikhlas untuk beri makan pada orang yang kita sayanggggg 🙂
HAHAHA..LAWAK KAN BILA TENGOK LUKISAN ANAK2..BUI PUN SLL SENYUM SENDIRI BILA TENGOK BUKU LATIHAN ANAK2..^_^
Budak2 kecik ni biasanya jujur, kalau depa tengok maknya superb memang itu le yg akan ditulisnya …moga2 membesar nanti pun,jd insan yg jujur 🙂
Sweetnya. Apalah yg magic tu yer.
Patutla aku masak x sedap, asik menyanyi je kat dapur
Dah besar nanti boleh jadi najwa latif…
ingatkan mamanya buat magik apa masa masak
Sempat lagi tu akak mengutuk lukisan najwa. Hehe. Akhir nya terperasan sendiri.. 😀
meh la kongsi resepi sambal magik tuh…haha
Biasala cik kak budak2 memang macam tu. Macam2 kerenah hehehe…
Cantik & kemas jer tulisan Najwa…
hehe..kuat pengaruh iklan tu… 🙂
akak ingatkan aju memasak guna kuali ajaib, magic gitu..
Hehe..menarik kan kalau anak puji kita..haha..mujurlah dia tulis dalam diari..kalau dia tulis kat papan hitam baru famous aju ni..hahaha…
Hahaha. Nak tergelak bila membaca tulisan Najwa tu. Ingatkan ‘magic’ dia tu macam maknya boleh pulak hilang-hilang kat dapur, kejap ada kat ruang tamu tengok TV kejap ada kat dapur tengah tumis bawang. Tu pun bole dikira ‘magic’ jugak. Hahaha
alaaaaaaaa so sweet ..
comel dan kemass tulisan najwa !
waa bagus najwa siap tulis diari lagi tu…suka nengok najwa lukis kambing tu…hehe
mansi macam gula..ini memori namanya sy suka
mesti maknya tsenyum sampai ke telingan dapat pujian dr anak…
teringat lak zaman sekolah dulu pernah jugak wujudkan diari tp tak menjadi huhu
Seronok dapat pujian dari anak kan….tahu dia menghargai kita ….sweet sangat..
tgk buku ni macam zaman sekolah dulu2 la.. hehe
cantik tulisan, nak2 huruf k tu..
betulkan, kalau selawat sambil ikhlaskan diri memasaka kat dapur, yg tak berapa nak sedap, jadi sedap.. hehe