Siapa tengok drama Tanah Kubur di Astro Oasis semalam? Takpe kalau tak sempat nonton, ada ulangannya nanti tapi saya tak pasti bila tarikh dan waktu ulangan tu. Saya pun tak sempat nak tengok abis citer tu, yelah waktu tu orang sibuk nak solat Maghrib sume. Kenapa saya tanya??? Hehehe bukan apa, nak bagitau yang drama tu di shooting di rumah nenek belah suami saya di Ijok, Kuala Selangor.
Tak sangka rumah nenek dijadikan lokasi untuk drama bersiri Tanah Kubur ni. Saya yakin pasti ramai yang suka menonton slot drama ini kan. Kalau saya tahu diorang shooting kat sini, bolehlah balik umah nenek hihihi. Bulan lepas baru je balik beraya dan menziarahi saudara suami yang dah meninggal dunia kerana sakit tua.
Kalau korang nak tahu, rumah yang hijau tu adalah rumah asal nenek. Dulunya di sinilah mak mertua dan adik beradiknya dibesarkan. Masa suami kecik-kecik dulu pun di sinilah juga tempat permainannya. Sekarang ni nenek tinggal di rumah yang warna merah tu bersama anak, menantu dan cucu beliau. At least ada yang tolong tengokkan nenek di kala sakit peningnya.
Pak dan mak sedara saya pun ada berlakon dalam Tanah Kubur tu. Masa mayat iaitu Khadijah Tan tu terkujur kat dalam rumah tu. Sekadar pelakon sampingan je, kalau saya ada mesti dah glamour kat situ kan heheheheh. Agak2 watak apa saya dapat ek? Hehehe sudah sudah sudahlah berangannnn ;).
Oklah korang, ni nak kemas umah dan masak-masak. Jap lagi ada orang nak mai umah. Mak dan kakak saya, pastu adik ipar dan mak mertua juga. Kata cuti 3 hari kan, so memasing nak jenjalanlah kekdahnya tu ;).
agak2nya watak org yg sdg meratapi sekujur mayat di pembaringan, meleleh jer ayor mata tu
wah, ni ke umah neneknya… cantiklah kak.. suka sy umah camni.. nmpk nyaman je….
btw, saya xtgk pun sbb umah xda astro.. hihii
hehe…pas ni mesti ada lagi yg nk sewa. sbb kawasan rumah tu mmg cantik dan bersih
Kebetulan malam tadi menonton siaran ulangan ni. Kat batu berapa rumah nenek aju ni, rumah nenek ustazah pun dekat ijok batu 8 lorong masjid
hahah samalah kak ain, umah nenek ni kat batu 8 ijok, namanya aminah, hehehe berjiranlah ni kak
Oo tgk juga malam tadi….lepas popularlah umah nenek
tak sempat nak tengok pun Aju…tv tu siang malam di konker oleh maharaja dan tuan2 putera ๐
Dapat jugak tumpang kias-kias glamour ye?..hehe
Alaaaaa dik, akak tak sempat tengok lah….
akak suka ngan suasana rumah tu….
kat mana lokasi sebenar nih..?? Batu 4 Ijok ke..?? nenek suami Aju apa namanya , Wak…??? Entah2 abah dan mak mertua PM kenal…:)
rumah nenek ni kat batu 8 ijok, namanya aminah, hihihi nnti raya boleh dtg umah ๐
Watak utama yang sakit-sakit tu nak kak? Haha
saya sempat tengok episod ni.
memang cantik rumah tu. tak sangka rupanya itu rumah nenek Aju..
aku suka tengok ct ni bro. hehe.
cuba cadangkan kat astro buat kat umah aku plak.haha
kita juga cuti hari2 bukan 3 hari heeee
Hehe..famous laa kampung aju tu ekk..haha..mujurlah nenek tak masuk TV..
wah, mula-mula rumah..pasni aju pula keluar tv…
Banyak teladan wooo tanah kubur ni. Selalu tengok masa time nak tunggu bukak pose
haaaaaaaaa oooooooooooooo
ada2 tgk ekkeke ..
suke siri nie
aah umah ijoo tuu cantik .. tradisional kan ๐
sayang aaar aju x der .. kalau idokk akk lompat2 kasi tau anak2 itu ibu nmyeee kawan blog ekeke