Umum Kedai lampu area Taman Seri Gombak, macam-macam ada September 19, 2013

20130919-091605.jpg

Kedai lampu area Taman Seri Gombak | Lampu kat rumah saya ni kalau diikutkan dan lebih 5 tahun kot. Sejak beli rumah ni dulu tahun 2006, memang tak pernah berganti langsung panelnya tu. Memang pakai jenis lampu yang bulat dan ada cover kat bahagian luar dia tu.

Lepas tu suasana dia pun jadi suram jek, alah kalau tukar lampu tu je dah boleh nampak cerah tapi disebabkan saya memang nak merasa lampu baru, so pakat memujuk psikologi dengan suamiku ;).

Kedai lampu area Taman Seri Gombak

Kedai lampu area Taman Seri Gombak

20130919-091639.jpg

Tak sangka bila saya suarakan hasrat murni saya tu, suami pun bersetuju juga. Ehehehehe mudahnya kerja saya kali ini, so apa tunggu lagi? Keizinan dah dapat jadi jom kita terjah!!! Kat area Batu Caves ni memang banyak kedai lampu yang cantik-cantik, dan dah tentu-tentu harganya pun menarik.

Takpelah namapun baru nak survey kan, tengok dulu design dan harga, kalau berkenan boleh rembat terus ;). So kami decide nak pergi kedai lampu yang dekat dengan Giant Batu Caves tu, kat situ memang banyak kedai lampu. Dari luar bukan main lip lap lip lap suasana kedai tu hihi.

Kedai lampu area Taman Seri Gombak

kedai lampu area taman seri gombak

Rambang mata saya ni, nasib baik tak juling ;). Korang cakap je nak design macamana, semua pun ada kat kedai lampu area taman sti gombak ni. Sampai saya pun tak tahu nak pilih yang mana satu dah kekekek. Ada yang berjuntai, petak, bulat, macam-macamlah.

Tapi disebabkan saya nak lampu yang ready stok, jadi inilah pilihan kami dan harganya ialah RM280 untuk 1 set yang ada 5 kuntum bunga ;). Yang cantik-cantik tu takde stok di kedai, so kene pre-order dalam 2/3 hari stok sampai, suami kata pilih ready stock ajelah, oklah ;).

20130919-091646.jpg

20130919-091653.jpg

BACA > Lampu Murah Di House Of Lighting Puchong

20130919-091700.jpg

So bila dah sampai rumah, kata excited kan, terus suami saya ambil tangga dan saya pula pasang lampu tu satu persatu. Baguih duk ada kan ;). Punyalah semangat kata ko!!! Terus rajin je memasing, anak-anak pun sama tengok mak paknya ralit nak pasang lampu baru ;). Syukurlah punya suami yang rajin dan bolehla nak buat wiring simple simple tu, so sweeetttt!! Hihihihi

Semangat! Semangat!!. Taraaaa!!!! Terang benderang rumah saya dengan lampu baru ni setelah 6 tahun bersuasana suram hehehe. Barulah semangat dan rajin nak buat kerja rumah ecececehehhhhh, rajin ke??? hehehhe at least rumah jadi ceria kan.

Tags : , , ,

18 Comments

  • mamatisya posted on September 19, 2013 at 11:00 am

    semangat ye nk wat kj ngan lampu baru..hehe

    Reply
  • Hazmin Hamudin posted on September 19, 2013 at 12:02 pm

    Terus rajin buat kerja rumah ye kak. Hehe. Pencahayaan pun main peranan jugak ye. :p

    Reply
  • mama maman aka yana posted on September 19, 2013 at 12:16 pm

    cantik arrr

    Reply
  • nafisa81 posted on September 19, 2013 at 12:44 pm

    cantik…yg pasti pegi kedai lampu hendaklah ber2-2an…sekali hero-heroku terjah…awww,..pengsan mak nak ganti nak..

    Reply
  • Hairul Azni posted on September 19, 2013 at 12:52 pm

    Semangat untuk menulis blog pun makin bertambah la nampak gayanya ye?..hehe

    Reply
  • papa mifz posted on September 19, 2013 at 1:56 pm

    biasanya kalau pergi kedai lampu sure leher jadi lenguh sebab asyik dok pandang ke atas jer…hehe

    Reply
  • hafizmd posted on September 19, 2013 at 2:32 pm

    fuh! rasa macam sampai silaunya kat sini… =)

    terbaiklah…ni beli kat light zone tu ek?

    Reply
  • suri posted on September 19, 2013 at 3:44 pm

    wah berposing-posing mata nak melihatnya 🙂

    Reply
  • ema posted on September 19, 2013 at 4:49 pm

    wah..lampu baru….

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad posted on September 20, 2013 at 8:45 am

    lama nya x singgah sini..suka dgn layout blog aju..dulu sy guna layout ni jgk..

    seronoknya menghias rumah kan..cantik2 lampunya..

    Reply
  • luqmanzakaria posted on September 20, 2013 at 9:43 am

    kalau pergi kedai lampu mesti pening kepala..byk sangat..haha

    Reply
  • lizz posted on September 20, 2013 at 10:52 am

    waa pandai pujuk suami yek hehe…lawo tu lampunyer tu…gigih pasang sendiri tu..kalo saya memang upah orang dedua tak pandai bab masang ni…

    Reply
  • hafiz posted on September 20, 2013 at 6:08 pm

    Mesti nampak lagi terang…

    Reply
  • ciklaili.com posted on September 21, 2013 at 10:30 am

    cantiknya lampu baru rumah Aju..

    Reply
  • Myra Jay posted on September 23, 2013 at 12:10 pm

    Hheee, ada lampu baru semangat dia lain kan 🙂

    Tamabhan pula boleh pilih sendiri lampu lagi la teruja ;D

    Reply
  • Hafizul posted on September 23, 2013 at 4:00 pm

    Emm cantik gak ni..kalau beli letak rumah saya rasanya dialah paling menonjol sekali..hahaha

    Reply
  • Mp posted on September 23, 2013 at 5:22 pm

    Cantik lampu tu…..semakin bersmngat buat kerja rumah ya….

    Reply
  • Fiza Rahman posted on September 26, 2013 at 11:47 am

    Cantiklah lampu tu aju. Rasa mcm nak tukar lampu plak ☺☺

    Reply
  • Leave a Reply