Kebolehan buat belon macam clown

Hahahahaha gelak jahat 😉

Korang mampu??

Saya pun belajar buat belon bentuk binatang ni masa kursus dulu.

Kursus tentang bisnes tapi ada selingan nak jadi clown hahaha

20130908-142243.jpg
Najiha peacceee!!!!

Saya belajar buat belon ni masa kursus tahun lepas. Tapi cara nak buat dia tu mudah sangat, dan saya ingat sampai sekarang. Biasalah kalau dah trainer banyak bercakap, semua trainee mula menguap-nguap. Nak pulak masa traininglah kita pulun makan tak hengat dunia kan, semua pun nak rasa, sudahnya perut kenyang mata pun laayuuuu. Jadinya bila mata ni dah tak boleh ditahan lagi dengan batang kayu mancis, trainer tu pun bagi kami semua belon sorang satu.

20130908-142154.jpg
Belon ditiup sebegini rupa

Belon yang diberi tu dia pamkan dengan pam belon, saya rasa kalau dia suruh kami tiup, baik sambung tidur je lagi baik hehee. Sakit pipi dowh nak tiup belon panjang ni, tak tahulah kalau korang mampu. Ok bila pam angin masuk belon ni, jangan korang pam sampai habis kembung belon tu ye, biar ada ekor sikit macam gambar kat atas tu. Sesedap rasa koranglah, tak perlu saya berikan ukuran terperinci di sini.

20130908-142201.jpg
Pulas-pulas
20130908-142208.jpg
Buat macam ni
20130908-142215.jpg
Ini bentuk kepala zirafah, ??!!!???

Kemudian pulas-pulas je macam ni, mula-mula takut jugak, takut meletopppp!! Tapi takla, kalau meletup pun bukannya hilang jari jemari macam main mercun tu kan. Sekadar terkejut-kejut manja gitu heehehehe. Then dapatlah buat bentuk kepala dia, lepas buat kaki dia pulak. Mesti korang yang tak tahu buat tu tak boleh ikut step saya ni kan? muahahhaha Takpelah korang google je kat youtube, berlambakan cara nak buat belon ikut bentuk yang anak-anak suka.

20130908-142222.jpg

20130908-142229.jpg
Hampir siap dah ni Najwa
20130908-142237.jpg
Ok siap dahhh

Ok dah settle buat belon bentuk zirafah untuk bebudak ni, suka sangat tapi sekejap je main tu, pastu belon ntah ke mana, zirafah ke mana. Waktu anak-anak kecil ni memang seronok nak melayan diorang, dipeluk dicium pun gelak-gelak je, hmm macamanalah bila diorang dh dewasa nanti kan, semoga baik-baik dan jadi anak soleh solehah amiinn

20 thoughts on “Kebolehan buat belon macam clown”

  1. Assalamualaikum kak, wahhh cantiknya belon binatang tu. kalau sheila dah takut-takut berani, sebab risau meletop. perghh boleh melatah kangggg. suka lah budak-budak dapat belon yee 🙂

  2. kemain heppi nengok anak2 ajue main belon2…tu..kalo uwais ngan sara memang kejap2 pecah..tambah2 sara suka norrr geget belon tambah2 kalo comel gitu…memang la penat mummyngan dedi nak buat belon gaya gini….

  3. pernah dapat belon macam tuh ketika bawak Mifz bercuti ke Genting dulu , clown bagi…Mifz suka belon tuh , tapi takut dengan clown tuh…hehe

  4. saya nak tanya mana nak dapat atau nak order belon yang badut buat bentuk tu,dia bukan belon biasa kan..boleh tolong saya,,kalau tahu boleh whatsapp saya 0185775136

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: