Sapa pernah makan kat Kedai Nasi Kerabu & Nasi Berlauk Kak Su?? Angkat tangan!!
Sapa tak pernah makan sini? Angkat kaki!! hehehe. Apehal sibuk nak tau plak kan? Yelah kalau tak pernah datang sini kita nak bagitau apa yang bestnya kat sini.
Sure korang tak menyesal kalau datang sini. Jom baca cerita saya.
Lokasi Kedai Nasi Kerabu & Nasi Berlauk Kak Su
Kedai ini kat tepi jalan di Lot 717, Jalan Cheras Batu 12. Kalau lalu sini akan nampak sigboard kedai dan kalau ramai orang dan kereta itulah kedainya.
Ianya berdekatan dengan Taman Cuepacs dan rasanya tak susah untuk korang mencarinya. Kawan opis saya yang duk gebang-gebang kesedapan sarapan pagi di sini.
oleh itu buat kaki makan macam saya ni, wajibul ghunnahh untuk mencarinya. Kebetulan minggu lepas gi visit area Bangi dan Kajang, so kita singgahhh!!!
Kedai banyak lauk dan kuih
Pertama kali mencubanya, pehhhh memang owesome kuasa 8 ko!! Ngengenngeee. Yang menariknya ialah menu makanan pantai timur seperti Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Dagang, Nasi Lemak dan lauk-lauknya, hamboihhhh banyak pilihannya ;).
Gulai itik, sedapnya!!!
Kari daging, owesome!!!
Ayam goreng berempah, ayam sambal, ikan masak kicap, sambal, semua pun ada.
Kuih pulak macam-macam jenis yang ada.
Korang tengoklah gambarnya tu, penuh meja dia berlambakan dengan lauk sesaje. Sampai tak tahu nak pilih lauk apa nak dimakan. Disebabkan jarang sekali makan gulai itik, jadi kita mengitik lah pagi tu.
Menu saya pastinya nasi kerabu
Okeh sebelum tu, sila lap air liur korang yang meleleh tu ye hehehe. Harga makanan kat sini amat berpatutan, memang ramai yang singgah makan kat sini.
Tapi nasihat saya, kalau nak datang, silalah awal ye, takut lauknya banyak yang dah inglek. Kami pula sampai di sini jam 9 pagi ;). So waktu ni memang banyak lagi lauknya.
Roti canai DβBukit Bangi pun best
Sedap sedap
Masa ni saya pekena nasi kerabu dengan gulai daging, minum pulak bersama teh tarik, fuiiyooo nallerekek hehhe. Kawan saya pula makan nasi lemak, juga dengan teh tarik.
Kedai dan persekitaran amat bersih dan puas hatilah dengan suasana kedai yang nyaman walau hanya dengan berkipas angin, ditambah dengan angin sepoi dari luar, ehhmmmm best!!!
Ok punyalah panjang saya membebel. Kalau tak singgah jugak cuba makan kat kedai nasi kerabu ni tak tau lah nak cakap hahaha.
Okeh dah puaslah saya kipas mati kedai makan ni, hehehe kot-kotlah lain kali boleh dapat makan free, paling tidak dapat diskaun selama setahun ke kan. Kak Su ooo Kak Su, boleh ye saya nak makan free lenkali ni? Hhehehehehhe
dapnye kalo menu nasi kerabu and nasi berlauk…yummmm
Assalamualaikum kak, waduhhh kecur air liur tengok makanan sedap ni. lapar dah perut kita. heeeeeee insyallah nanti nak try makan sini π
Feveret kita tu aju nasi kerabu βΊβΊ
tak pernah makan ..ke sana lagi hua makan besar ni
agak-agak kalau sy nak jumpa kak ju blh dpt mkn menu ni tak keh..keh..keh… π
pehh..macam-macam ada nih..
memang tangkap leleh ajue nengok nasi kerabu tu..nak kane pi carik biler balik kl ni….
Emm jauhnya..insyaAllah kalau ke sini saya akan singgah..hahaha
Nasi Lemak buah bidara tu nampak macam sedap… Bukan nampak lagi rasanya tu kalau rasa nie mesti sedap π
cantiklah….nampak mmg best ni…taman ceupecs ek
ni mesti terjah ni…hehe
pergh sedapnye kalu kene time pagi2 dengan teh tarik hehe
Banyak pilihan lauknya. Tinggal sediakan duit sahaja. π
masakan pantai tidur mmg best…hehehe
silap..pantai timur…
Myra konpem la xpernah makan kat situ kan π
Lauk banyak ni kita pun sronok nak mkan π
Nampak sedap..tapi kena rasa dulu baru tahu.. π
Nasi kerabu memang no 1. Misi turunkan berat badan pun confirm surrender…tak boleh tahan maa π
Salam Kak, yg komen nyusu shaklee tu myra nk jadikan testimoni boleh? π
TQ
Memang bikin terliur ni kak. Adoi..