Majlis aqiqah dan berendoi
Kelmarin saya dan jiran-jiran menghadiri Majlis Aqiqah dan Berendoi di kediaman jiran rumah kami. Untung berjirankan kaum sesama bangsa dan agama, mudah nak minta tolong dan sama-sama menyingsing lengan jika ada kenduri kendara. Yang bestnya semua jiran saya sporting belaka.
Janji kene tunjuk mukalah kalau ada majlis tu. Saya biasalah datang dengan anak-anak je sebab suamiku kan bekerja di hari Sabtu. Majlis kali ni best dan meriah sebab ada clown.
Ha sapa nak khidmat clown nanti bagitaulah ye, nanti saya runding-runding caj untuk perkhidmatan clown tu ekk hahahahaha. Jangan risau saya caj tak mahal, sejam RM100 muahahahaha. Setakat buat belon pusing-pusing je no hal lah kekekeke.
Beramah mesra dengan jiran
Ok, inilah jejiran saya tu. See see see sporting kan? Biasanya kalau hari bekerja memang jarang boleh berjumpa, harapkan weekend atau kalau ada kenduri ajelah. Masa tu baru dapat bersua muka dan bercerita sakan. Gosip, gurau senda dan ketawa penawar duka ;).
Nampak tak kat situ saya paling junior kekekekke. Asyik perasan je kan adu duiii!!! Buaian berendoi tema pink memang sinonim dengan bayi perempuan, tapi Hello Kitty tu first time saya tengok ;). Ambil berkat mana tahu lepas ni rezeki saya pulak kan ;), Insha Allah.
Menu majlis Aqiqah
Menunya sedap kata ko!! Nasi tomato ayam masak merah, nasi lemak, sate ayam, kambing golek, mihun sup, bubur kacang, teh tarik dan air oren, nyummyy!! Kambing golek dia memang terbaheekk sangat!! Tak rasa dan tak bau kambing pun, tapi tak jugak bau wangi hihihi. Kata orang sesedap rasa je dan tekak dapat menerimanya dengan berselera sekali. Leleh airliur hihi.
Door gift Majlis Aqiqah
Di atas ini ialah buah tangan untuk para tetamu iaitu sweets dan senaskah surah Yasin. Bila adanya hubungan sebegini, mengakrabkan lagi jalinan kemesraan sesama jiran. Semalam ada seorang jiran kami yang berpindah ke rumah baru beliau di Selayang, mesti dia akan rindukan majlis sebegini kan. Taman saya ni rajin buat majlis makan-makan, pot luck, senamrobik. Saya dulu malu-malu tapi sekarang malu juga tapi mahu hehehehe.
P/S : Selamat bercuti ye uols!!! Hari ini tengok suami saya merempit kat litar Sepang, nanti saya update ye hihihihi. Feeling ala-ala umbrella girl gitteww!!!
wahh meriahh .. pinkk sana sini
hello kitty tuu ! … adehhhh nampak pinkkk ajoo
sure budget banyak nie kan ๐ apa2 punn janji meriah
dan dpt rapatkan hubungan diantara jiran tertangga tuu penting kan dik ! ๐
Salam AJu..sori lama tak jenguk sini…
Cantiknye buaian berendoi tu..lagi2 warna pink..sweet jer…
Tak pernah attend majlis berendoi gini sebab x ada kawan atau jiran yg buat…nmpk mcm best jugak ye Aju. Aju nanti tema apa?
uik kak aju apaki bju tu nampak cam besar pula ahaks.. wah klu ada budget bkh je klu tka der duduk2 diam jerlah buat mana done.. ker pasni akan ada penambahan tettt!!
kak ju.. buai baby tu cantik sgt..!!!
Wow tema hello kitty…
wow…besar gak belanja buai ni kannn? api kan aju…sejak koi dok johor ni…tak pernah koi jumpa potong jambul siap buaian
nampak meriah tu
haha..bijak temanya..amboi ternak lemak ekk..bak sini sikit..haha
Cantik dan menarik. Semuanya warna merah jambu. Teringatkan ‘Teknik Merah Jambu’ bro Titan. ๐
alahai syiok nya tema pinky2 cmni..tggu dpt baby girl lah baru leh pink2..hehe cantik lah kak..
waaa…comelnyer kaler pink….kalo sara mesti suka sangat tambah biler nengok kitty 2 yang comel tu..
Pergh.. Tema hello kitty yang menarik tu kak. Lepas ni buat tema doremon la plak.
meriahnya kaler pink
nampak meriahh sungguh..dan majlis makan-makan begini memang selalu diadakan hujung minggu
Meriahnya dgn kaler pink โบโบ
alamak…ctk2 belaka la..kalau la maira tgk habis..
WOW,RS NAK CULIK JER PATUNG HELLO KITTY TU..HAHA