Categories: Umum

Majlis Aqiqah dan Berendoi Tema “Hello Kitty”

halo halo comel kan
Alia pun teringinlah tu hihi
Najiha pun excited

Majlis aqiqah dan berendoi

Kelmarin saya dan jiran-jiran menghadiri Majlis Aqiqah dan Berendoi di kediaman jiran rumah kami. Untung berjirankan kaum sesama bangsa dan agama, mudah nak minta tolong dan sama-sama menyingsing lengan jika ada kenduri kendara. Yang bestnya semua jiran saya sporting belaka.

Janji kene tunjuk mukalah kalau ada majlis tu. Saya biasalah datang dengan anak-anak je sebab suamiku kan bekerja di hari Sabtu. Majlis kali ni best dan meriah sebab ada clown.

Ha sapa nak khidmat clown nanti bagitaulah ye, nanti saya runding-runding caj untuk perkhidmatan clown tu ekk hahahahaha. Jangan risau saya caj tak mahal, sejam RM100 muahahahaha. Setakat buat belon pusing-pusing je no hal lah kekekeke.

Beramah mesra dengan jiran

Ok, inilah jejiran saya tu. See see see sporting kan? Biasanya kalau hari bekerja memang jarang boleh berjumpa, harapkan weekend atau kalau ada kenduri ajelah. Masa tu baru dapat bersua muka dan bercerita sakan. Gosip, gurau senda dan ketawa penawar duka ;).

Nampak tak kat situ saya paling junior kekekekke. Asyik perasan je kan adu duiii!!! Buaian berendoi tema pink memang sinonim dengan bayi perempuan, tapi Hello Kitty tu first time saya tengok ;). Ambil berkat mana tahu lepas ni rezeki saya pulak kan ;), Insha Allah.

cantik buaian hello kitty
Malu ya adam?

Menu majlis Aqiqah

Menunya sedap kata ko!! Nasi tomato ayam masak merah, nasi lemak, sate ayam, kambing golek, mihun sup, bubur kacang, teh tarik dan air oren, nyummyy!! Kambing golek dia memang terbaheekk sangat!! Tak rasa dan tak bau kambing pun, tapi tak jugak bau wangi hihihi. Kata orang sesedap rasa je dan tekak dapat menerimanya dengan berselera sekali. Leleh airliur hihi.

Door gift Majlis Aqiqah

Di atas ini ialah buah tangan untuk para tetamu iaitu sweets dan senaskah surah Yasin. Bila adanya hubungan sebegini, mengakrabkan lagi jalinan kemesraan sesama jiran. Semalam ada seorang jiran kami yang berpindah ke rumah baru beliau di Selayang, mesti dia akan rindukan majlis sebegini kan. Taman saya ni rajin buat majlis makan-makan, pot luck, senamrobik. Saya dulu malu-malu tapi sekarang malu juga tapi mahu hehehehe.

P/S : Selamat bercuti ye uols!!! Hari ini tengok suami saya merempit kat litar Sepang, nanti saya update ye hihihihi. Feeling ala-ala umbrella girl gitteww!!!

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View Comments

Recent Posts

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…

January 5, 2021

PG Mall Countdown Sales serendah RM1 dan penghantaran PERCUMA!

PG Mall Countdown Sales.  Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…

December 30, 2020

Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…

December 27, 2020

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…

December 18, 2020

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Jom pakat download

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…

December 10, 2020

Rak periuk bawah sinki, versi jimat tapi kemas

Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…

December 8, 2020