Hari Isnin lepas (16hb September 2013), suami saya dengan kawan-kawannya ada track day di Sepang International Circuit (SIC). Ini kali ke 3 suami saya join aktiviti macam ni. Kebiasaannya caj untuk 3 jam diorang ni melepas gian di track Sepang tu adalah RM220 seorang. Dan selalunya ada lebih kurang 80 buah superbike yang akan menyertainya. So kalau congak-congak sewanya tu dalam RM17,600 lah kan? Mmmm no komenlah….
Dan nak bagitau, ini adalah pertama kali saya ke Litar Antarabangsa Sepang atau SIC, masuk ke dalam pit stop di mana tempat semua motor ni berkumpul sebelum masing-masing masuk ke dalam track perlumbaan. Memang bising dengan bunyi enjin motor yang masing-masing menggunakan jentera berkuasa 1000cc. Saya memahami perasaan mereka ini, mesti rasa seronok dan puas dapat melepas gian menunggang motor berkuasa tinggi.
Bangga jugak tengok suami dah macam transformers je dengan racing suit tu. Hehehe apa da transformers, oklah oklah!!! macam kasatria baja hitamlahhh hehehhe. Jangan marah ye ;). Macam-macam superbike yang ada, antaranya ialah superbike CBR 1000rr, RSV4, BMW S1000, Yamaha R1, Z1000, Z800. Saya pun tak tahu sangat brand motor ni, ini pun duk tanya suami berulang kali apa nama motor kengkawan dia tu, kalau tanya pasal jenama baju or handbag mungkin saya lebih arif hehehe.
Anak-anak?? Kebetulan waktu ni mak mertua dan ipar lelaki saya pun ikut serta. Ha yang tinggi sebelah kiri tulah adik ipar saya. Tinggi kan dia? Macam muka Nazim Othman pun ye jugak hihi. Dia teringin nak merasa naik motor kat SIC tu, so suami saya bagi pinjam motor jap, dapatlah dia merasa merempit di untuk 4/5 laps. Seronok katanya!!! Alolo saya pun teringin juga tapi takde sapa nak offer naik motor tu kekekekek.
Apapun pesanan saya buat suami dan semua penunggang motor di luar sana, semoga berhati-hati selalu dan utamakan keselamatan anda. Sebenarnya banyak lagi gambar dalam kamera saya tu, tapi malas pulak nak pilih satu-satu dan transfer ke sini. Hmmm kalau dah malas, jawabnya Apapuntakboleh!!!!
Boleh sewa kalau kawan-kawan nak berlumba rupanya…! baru tahu
wow..bikers tu….mahal juga charge utk satu kepala…
Abg aanie pun ada gak join corner lap kat litar ni…..kak ipar pon layan je la laki dia punye hobi….heee….
Ehem…..Mmg mcm muka nazim othman la……
suami aju sampai ke kaki bawak moto besar tu? ini soalan ikhlas ye….sbb suami koi tak sampai
Main motor kat litar macam ni jauh berkali-kali lebih selamat daripada berlumba tak tentu hala di jalan raya. Kerajaan patut memperbanyakkan litar-litar perlumbaan khas untuk motosikal untuk mengurangkan gejala rempit.
Salah satu angan-angan saya bila dah kaya nanti..nak beli sekarang memang tak mampu lagi..adehhh…
Minat, tapi badan kecik macam saya ni duduk diam2 jela. Haha
wahh..best la dpat gi sana kann..
Seronoknya dapt ke SIC tu…akak tak pernah jejak kaki ke sana lagi…
Nanti Aju bljar lah tunggang motor tu…suka tengok pompuan tunggang motor besar…berani!!
Untung ada laki bikers…..
saya pulak takut naik moto..heheh
kesatria baja hitam ?.. adoiii laa….baja hitam pun baja hitam lah,bukan semua org dapat peluang macam ni kan ..
hoho adik beradik riders yer , suatu hobi yang mahal nih…huhu
wahhh great moments nie
akk pun x pernah sampai 😉
waa hebat nih…lla ajue kenapa tak pakai baju gitu gak hehe…
Bestnya. Tak pernah ke sini lagi.