Minggu ini minggu makan
Walaupun mulut ulser tetap berselera ๐
Alhamdulillah ulser mulut ini sudah pulih ๐
Sabtu lepas, sebelum makan kenduri di Seremban, sempat ikut suami pergi site dia di Klang. Apa da abah, cuti merdeka pun kerja ka? Ish ish ish tak merdeka sungguh hehehe. Takpela suami kata kejap je, dia nak tengok site je, tak sampai 1/2 jam pun katanya. Oklah bang, Aju support abang, janji lepas tu kita pergi jenjalan cari makan ok? Settt!!!
Lepas pergi site, saya dan anak-anak di bawa makan ke kedai Lontong Klang. Tak pernah saya tahu tempat makan yang dikatakan fofular ni. Ok saya bab makan memang tak pernah menolak, selalu memang menarik je kekeke. Saya tengok kedai ni kene tingkatkan tahap kebersihan diorang.
Maaflah ada teguran di situ. Sebab kalau ianya popular, sepatutnya tahap kebersihan wajib dijaga kerana ianya menjadi tumpuan ramai pelanggan. So tuan kedai sila ambil positif teguran saya yang membina ni ye ;).
Ini suami saya yang pesan kat kedai tu, saya memula duk makan nasi lemak, pas bedal nasi lemak sebungkus, bedal pulak lontong sepinggan, alahai pastu bising ngape tak kuruih kan?? Apa daaa!!! Sendiri cari pasal sendiri bising. Emmm boleh tahan lontong klang ni, yang sedapnya sambal dia tu letak kelapa kering tu. Pastu kuahnya pekat dan likat. Kecur air liur dibuatnya hehehe.
Harga bagi sepinggan lontong ini adalah RM3.50 ke RM4.00 sepinggan mengikut lauk tambahan yang diambil. Memula saya rasa macam dah kenyang sangat, tapi sambil berborak tu sambil menyuap anak-anak, rasanya suap diri sendiri lebih banyak dari suap diorang tu kekekee. Akhirnya habis juga, yelah biasanya bebudak ni makannya tak banyak mana, mak paklah yang bekerjasama nak ngabihkannya.
Nak dibuang gitu saja membazir kan, emm macam-macam peel nya ;). Kalau ada sesiapa yang nak mencubanya bolehla ke sini di mana tempatnya bertentangan dengan Masjid dan Pasar Jawa, Jalan Pasar, Klang. Kalau sedap pastinya bagitau kawan ye dak ;).
Assalamualaikum kak, sheila suka gila kalau dapat makan lontong ni. mau berpinggan tambah. hehehhee. terliur sheila kak >_________<
Nasi lemak sebungkus lontong sepinggan…kalu tengok gambor tuan punya badan mcm tak caye pulak yg dia kuat makan hihik.
Fuhhh,macam best je lontong tu Aju
huih selera nengok lontong ni ajue…sambal kelapa kering tu jarang 2 orang buat tu yang special tu kan…
Dekat Shah Alam pun ada jugak lontong klang ni kak. Saya kenal owner dia. Pak Haji. Haha
wahhh dah lama tak makan soto..sedap aje nampak gambar ni..bak sini sikit..
Myra suka sangat lontong ๐ Mujur minggu lepas da makan, kalau tak sure terliur punya ๐
nampak macam sedap sangat dan menyelerakan…rasa nak makan
Hehe..ada masa ada ketika boleh la mencubanya..kan bro..
Sedapnya lontong tu…terliur akak tengok…
den paling xsuka lontong ni huhu
Kalau ke Klang boleh cari tempat ini. ๐
oh tak jauh mana tuh , boleh cuba suatu hari nanti…:)
kalau kita jumpa boleh tak belanja saya makan menu ni.
apa pulak.. mmg dah kuruih dah. hehee.. sedap nampak lontong tu..
Lama tak makan lontong…
Nanti ke sana bolehlah cuba rasa nie ๐
pehhh..macam cedappp aje nih..
Sedapnya lontong.
mantap sekalilah, kelihatannya itu.
bikin aku ngiler saja