Salam Ahad semua!!! Saya yakin kebanyakan korang dah ada di kampung ataupun dah dalam perjalanan balik untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Kami?? Belum kemas-kemas baju pun lagi, suami pula nak menonton Motor GP Sepang petang ni. Hoyehhh sangat!! Bagi peluanglah kat suami nak berjimba dengan kawan-kawan dia kan, nanti turn kitaorang pulak nak suka-suka. Eiii saya teringin nak ikut juga tapi siapa pula nak jaga budak bertiga orang ni.
Sebelum memulakan perjalanan jauh pastikan kenderaan mestilah dalam keadaan sihat walafiat. Dah siap servis, dan pastikan semuanya dalam keadaan tip top untuk menempuh perjalanan pulang ke kampung. Hari ni adalah sesi rawatan wax and coating yang manja-manja gitu kat kereta ni. Suami saya kalau saya pakai kereta dia pandai je nak wax, coating, nak polish. Dia bising sebab saya hantar kereta untuk dicuci sebulan sekali, kalau saya rajin cucilah kat kedai sebulan 2 kali. Hahahaha rugi pulak rasanya kalau cuci kereta tiap-tiap minggu, kereta tak tak sempat nak kotor dah kene cuci lagi muahahhaahha. Katanya kalau wax and coating ni kereta kita lebih berkilat, nampak bersih, hilangkan kesan minyak, kesimpulannya mungkin kilat tu tahan lama dan kereta nampak bersih sentiasa. Harga untuk servis ini adalah RM35 hengget!! Hmm pasni 2 bulan sekali basuh keretalah hahahahha. Sentap laki akak!!!
Ishh takdelah macam tu, kalau weekend almaklumlah banyak kerja nak kene buat, kemas rumah, basuh baju, lipat kain, iron baju kerja baju sekolah, dan seriusly tak sempat nak tengok kereta pulak. Segan juga sebab kereta putih memang mudah nampak kekotorannya sana dan sini. Tapi saya tak kisah pun janji boleh pergi dan balik kerja dahla kan.
Pagi tadi sempat jalan-jalan pagi di sekitar perumahan kami. Ambil angin pagi yang segar sambil menegur jejiran di depan rumah. Sambil menyihatkan badan sambil kita berukhwah hihi. Oklah korang selamat bersiap-siap untuk ibadah korban tahun ini ye. Semoga ibadah kita diterima Allah dan dapat membantu mereka yang sangat memerlukan. Oklah adiosss!!!
selamat pulang berhari raya buat Aju & keluarga.
salam Aidil Adha..
kak, selamat menyambut hari raya haji ๐
Saya masih lagi di pejabat hari ni. Hehe. Hebat tak? Salam Aidiladha kak.
Selamat hari raya aidil adha dan selsmat pulang ke kg..
Hehe..seronok nya kereta tu kena mandikan..emm sebulan sekali ok dah tu..hahaha..