Baju basahan anak-anak di Hytex Warehouse Sale

 

20131027-233342.jpg
Jualan gudang pakaian bayi berjenama
20131027-232725.jpg
Sesi diorang melipat baju memasing
20131027-232709.jpg
Seronok tengok memasing rajin je *_*

Syukur dapat lagi nak belikan anak-anak ibu ni baju basahan diorang di rumah. Saya tahu korang pun mak-mak pemikiran macam saya kan. Baju gi jalan lain, baju duk umah lain, baju tidur lain. Hmm mana tak cepat gugurnya rambut? Banyak benor memikir, sampai banyak sangat uniform diorang nak kene tukar-tukar ;). Bukan apa, kaum ibu mementingkan kebersihan dan keselesaan. Baik masa diorang duduk bersantai mahupun nak ke bilik tidur, biar selesa dan nyenyak sampai ke pagi.

Mana taknya diorang ni tidur ber’aircond’, rumah tingkat atas ni panas kan, jadinya memang syarat diorang kalau nak tidur bilik sendiri mesti dibelikan aircond. Oklah as long as korang nak tidur bilik sendiri, ibu abah follow je. Lagipun kalau panas nanti diorang pun tak selesa, lepas tu nak tidur ngan ibu abah, haisshhh mana boleh kacau daun kannn?? Hahahaha. Jadi nak cerita tu, kalau dah pakai penghawa dingin, kenelah pakai baju berlengan dan seluar panjang. Sebab diorang ni spesis tak suka berselimut macam ibu dia. Rimas katanya, hishhh banyak sangat peel diorang ni.

20131028-083406.jpg
Harga sebenar RM55 boleh dapat RM8 je

 

20131028-083419.jpg
Hmmm kat Sogo pun dia jual RM15

Ok bebalik pada tajuk jualan gudang Hytex tu. Kebiasaannya jualan akan dibuat di kilang mereka di Kepong. Tapi kali ni diorang dah memudahkan kerja saya. Buat jualan dekat-dekat rumah, so tak payah nak keluar jejauh sangat dah, tekan minyak sikit je dah sampai dan biasanya diorang ni style buat kat dewan-dewan besar kat kawasan perumahan, pandai kan marketing diorang ni ;).

20131027-233033.jpg
Spentot bebudak dan wet tissue
20131027-233046.jpg
Yang ni 3 helai RM10
20131027-233058.jpg
Adam punya, ish takkan abahnya pulak kan hehe

Saya wajib terjah jualan gudang hytex ni. Baju serendah RM6 hinggalah RM50 kot macam tu. Biasa memang saya beli baju t-shirt yang RM6-RM8 sehelai untuk anak-anak saya pakai di rumah. Murah tak Kak Tonnnn!!! Murah kan? Memang tetiap tahun saya beli kat sini je. Lagipun baju tu baju baru, walaupun murah tapi kainnya cantik dan selesa. Eh berjenama tau Kak Ton, Disney, Pooh, Walt Disney, dan banyak lagi jenama kartun popular tu. Meh korang tengok kat tanda harga tu, kalau normal price RM55 tu!!!! Paling tidak pun RM15, last-last boleh dapat ke RM8 hingga RM6 je sehelai. Hehehehe oklah kan?

BACA  Lepas pegi SPA, Bershopping di JUSCO pula
20131027-233006.jpg
Cantik2 kan? Sehelai RM6 & RM8
20131027-233019.jpg
Seluar Adam sehelai RM4 je

Adam pun dapat juga seluar pendek dalam 4 helai, seluar pendek adam ni RM4 je sehelai. Hmmm berbaloinya ;). Jumlah keseluruhan untuk rembatan kali ini ialah RM100 termasuk 8 helai Tshirt Najwa & Najiha, sepentot diorang, dan wet tissue. Wet tissue ni wajib ada dalam kereta, almaklumlah bebudak ni suka makan dalam kereta, so kalau ada wet tissue senang nak lap bagai. Oklah selesai membeli baju diorg untuk dipakai tahun depan, uishh tahun depan tu hehehhe. So baju-baju lama pulak nak kene pack untuk dihantar ke tempat recycle.

20131027-232738.jpg
Hmmmm lega hati ibu anak2 semua dapat baju *_*
20131027-233111.jpg
Total belanja adalah RM100

18 thoughts on “Baju basahan anak-anak di Hytex Warehouse Sale”

  1. Hehe ingatkan yg biru 3 serangkai tu abahnye punya….ops gurau je. Wah kalau dari rm 55 boleh turun sampai jadi 8,memang wajib rembat banyak2 ni….semua pun nampak in good condition

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: