2 bulan lepas sempat juga ke Cawangan Bank Islam di Plaza Sentral di bawah pejabat saya ni untuk membuka akaun Tabung Haji untuk anak-anak. Memang dah lama berhasrat nak membuka akaun ni, biasalah sentiasa bertangguh-tangguh sehinggalah duit raya bebudak ni genap 2 kali raya puasa, maksudnya dah 2 tahun saya perap duit raya bebudak tu hehehe.
Kawan opis saya ni siap ambilkan borang buka akaun untuk anak-anak saya, suruh isi dan hantar terus ke kaunter. Sebab kebetulan dia pun punya tujuan yang sama, menabung untuk anak.
Kalau saya tak isi jugak memang tak tahulah nak cakap apa kan. Kawan saya siap ajar satu-satu untuk lengkapkan borang tu. Macam staff Bank Islam pulak dah dia tu, dah lulus nak jadi staf yang duduk kat kaunter depan tu hihi. Dokumen yang diperlukan untuk buka akaun tabung haji anak-anak :-
- Salinan IC anak dan ibu/bapa
- Salinan surat beranak anak
- Duit tunai minimum RM20
- IC/ Surat Beranak Original untuk tujuan pengesahan
Selepas selesai mengisi borang, jangan lupa sertakan salinan ic pendeposit, ic anak, surat beranak anak sewaktu korang hantar borang tu ke kaunter Bank Islam. Dokumen asal/ original pun kene bawa sekali tau!!! Ha lepas tu, amaun deposit minimum adalah RM20, kalau lebih pun takpe, senyum lebor diorang kat tu kaunter nanti ;).
Senang sangat nak buka akaun tabung haji ni, dulu ingatkan lama sangat prosedurnya. Tapi saya rasa kalau korang pergi kaunter Tabung Haji memang lama sebab raammaaaiiii sangat orangnya. Kat Bank Islam ni takdelah pack sangat, dan saya pergi tu pulak during lunch hour, pun masih terkawal lagi barisan manusia ;).
Nanti masa kat kaunter, diorang akan semak semula borang yang kita isi tadi tu, ngam tak dengan dokumen yang sepatutnya. Nanti kene tandatangan dan cop jari untuk setiap helaian borang yang berkenaan.

Yang ini rupa terkini buku Tabung Haji tahun 2018
Tunggu sekejap untuk diorang sahkan ic pendeposit secara online, dan bila semuanya ok, duit akan dimasukkan dalam akaun. Dan……taraaaaa!! Siap dah buku akaun Tabung Haji untuk bebudak saya. Hanya Najiha dan Adam sahaja yang boleh buka akaun, Najwa?? Diorang kata mungkin Najwa dah dibuka akaun sewaktu di sekolah. Emm kenelah saya semak dengan sekolah Najwa sebab bank tak boleh recognize nombor akaun directly.
Moga ada rezeki nak daftarkan haji untuk diorg, sebab saya dan suami kene tunggu 42 tahun lagi untuk mengerjakan rukun ke 5 tu. Mana tahu ada rezeki terpijak boleh pergi sendiri ke kan. Insha Allah.
Update terkini 2018.
Alhamdulillah kelima-lima anak saya sudah pun mempunyai akaun Tabung Haji sendiri. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Lama tu kak 42 tahun lagi. Huhu.
Alhamdulillah, ada penyimpanan untuk diorang jangka panjang ๐
Myra dlu masa skolah mak abah bukakan akaun TH ni, now dah keje, lama tak p top up $$$ kat situ..huhuu
aju….sama la kita….perap duit raya adam dah 2 tahun…padahal tabung haji blkg ofis je…..punye la malas….ingatkan aanie je buat perangai camni…..kekeke…tp xpe, kita mak yg berdisiplin…x usik pun duit tu kan…:)
Hehe..permulaan langkah baru yang bijak..saya dah lama bukak untuk si anak tu..hehe
Pilihan bijak sbg ibu bapa…alhamdulillah akak dah buka untuk adik dan abang sejak mereka kecil lagi
Hohoho ada akaun ni awal2 sudah bagus. Boleh plan seterusnya.
Simpanan utk masa depan dia orangkan…akak buat potongan gaji utk dia orang.
mak bapak aku pun bukak untuk aku dulu..ntah ada berapa ntah dalam tu. tak penah nak check. hehe..
Tak buka lagi utk bdk2..
anak-anak ema pun dah dibuka akaun tabung haji ni..cuma kami berdua saja yang belum
Bagus tu, bila anak besar umur 35 tahun boleh terus pi haji insyaallah!
insyaallah.. saya akan buka juga akaun untuk kami sekeluarga nanti..
selain ini, saya simpan emas untuk anak-anak..
Lama sangat tu 42 tahun. Anak2 tak tahu berapa ratus tahun pulak. Saya rasa elok terus daftar haji kat anak tu ..
lagi awal bukak lagi bagus kan kak aju
Anak2 saya minggu pertama je saya dah buka akaun tabung haji diorang. Duit pemberian sedara dan kawan2 semua saya damkan dalam tabung haji tu. Lepas tu tiap2 bulan saya potong gaji ke akaun mereka. Alhamdulillah, si kakak tu umur 5 tahun dalam TH dia dah ada RM10,000, adiknya pula 3 tahun ada RM5,000. Tak rugi pun. Selain tu saya daftarkan aje diorang terus untuk giliran haji. Bila kira2 simpanan dan dividen + bonus nampak gaya takperlu la diorang ni pinjam PTPTN bila masuk U nanti InsyaAllah.