Product Review
ALCATEL ONETOUCH membuktikan bahawa sesuatu perkara yang besar boleh datang dalam pakej kecil dengan pelancaran ONE TOUCH Idol MINI di Malaysia. Penambahan ciri terbaru kepada siri Idol, telefon pintar genit ini direka khas bersesuaian di tangan anda dan menyediakan prestasi kelas pertama dan akses segera ke e-mel, rangkaian sosial muzik dan permainan walau di mana jua anda berada.
Pada ketebalan hanya 7.9mm, yang boleh didapati dalam pelbagai warna logam metallic premium, ONE TOUCH Idol MINI merupakan telefon pintar multimedia yang anggun lagi berpatutan dibina dengan sepenuh perhatian kepada perincian. Paparan IPS 4.3″ menawarkan ketepatan warna yang pelbagai dengan sudut tontonan yang luas, dan menggunakan teknologi tinggi bagi merapatkan jurang antara skrin sentuh dan paparan itu sendiri.
Dikuasakan oleh pemproses 1.3GHz dwi-teras dengan operasi Android 4.2 terbaru, ONE TOUCH Idol MINI menjadikannya di antara smartphone MINI terbaik, sambungan mudah alih di tangan yang mudah, Web pantas dan pengalaman multimedia bergerak yang terbaik.
ONE TOUCH Idol MINI pasti akan mengejutkan anda dengan reka bentuk genit dan prestasi kelas pertama.
ALCATEL ONETOUCH Idol MINI boleh didapati dengan warna Slate dan Perak. Ia dijual pada harga runcit RM499.
assalamualaikum kak, Salam Aidiladha. wahh murahnya phone ni ๐
dulu handphone pertama PM ialah Alcatel , tapi gedabak punya…sekarang Alcatel dah makin cun yer…
boleh tahan murah jugak harga dia. Tapi takda la nak beli lagi. Hehe
Boleh tahan juga harganya , mampu milik
Baru je beli smartphone … kalau tak boleh juga sambar satu. Hmm, cute juga kan… ๐
Wahhh murah dah menarik ni..hehe..
rupanya pun menarik..harga murah..memang harga mampu milik.
nak beli hp baharu ker?
tengok benda ni mcm samsung pun ada gak kan.hehe
Lama dah tak dengar pasal Alcatel =)
Cun jugak ni…
Ok jugak dengan harga mampu milik ;D
Lebih kurang nokia asha jugak ni..