Assalamualaikum semua!!! Dah lama tak cerita perihal dating dengan si Jantung Hati saya ni. Bukan apa si dia sangat sibuk dengan tugasannya dan susah nak menyelit waktu untuk kami berduaan. Bila dapat peluang untuk makan bersama-sama apa lagi masing-masing berjanji untuk berjumpa di restoran ni selepas pulang dari kerja. Susah benar nak minta suami saya ni untuk hantar dan ambil saya pulang dari kerja, Hari-hari pun kene drive sendiri, bilalah saya boleh ada driver ni kan heheheh. Boleh hantar terus tepi tangga ofis dan tak perlu saya berjalan jauh ke tempat meletak kereta muahahahah malasnya cik Jah ye. Kata nak kurus, baru jalan jauh sikit dah merungut ye.
Tekak saya teringin nak makan western food, tempat yang belum pernah saya singgah ialah Restoran Paparich Sri Gombak yang dekat je dengan umah, belum pernah okeh!! Oklah sebelum tu pening saya pikir nak makan apa, tengoklah gaya saya tu sampai tunjal kepala sendiri memikirkan menu hahaha. Saya nak diet tapi perut lapar, kalau makan nanti diet hancus kekeke. Suami saya kata takpelah hari ni je langgar diet tu, oklah bukan senang nak dapat peluang berduaan macam ni kan. Akhirnya inilah menu pilihan kami, menu chicken chop bersama nasi, haishhhh nasi nasi nasi kalau tak makan nasi memang tak sah ;). Air pula mocha ice cream and chocolate ice. Nyummyyyy!!! Kengkonon pening tak tahu nak makan hape, ha sekali hambik, menu dia tak boleh blah hahhaha berlakon sangaattt tau!!!
Alhamdulillah kenyang sangat rasanya. Tapi lepas ni tak makan sini dah kot, sebab menu tu taklah seperti apa yang saya jangkakan, nampak kedai macam gah tapi rasa makanan biasa-biasa sahaja dan walaupun begitu pinggan tetap lichiinnnnn okehhh hehe. Hamboihhh sengal sangat kan. Oklah sekian sahaja cerita dating untuk kali ini, lepas ni suami saya selalu outstation ke Kuantan pula, sebelum ni jaga site Perak kan. Alahai windulah pasni nak merasa dating cenggini lagi. Bila berjauhan selalu berdoa semoga hati-hati kami sentiasa dekat dan sentiasa rinduan.
Yelah sekarang ni banyak dengar cerita perihal rumahtangga bergolak akibat orang ketiga, Nauzubillah moga dijauhkanlah hendaknya. Abang jangan buat perangai ye, nanti kene babab baru taWW!! Jom kita amalkan doa Pengikat Kasih Sayang yang saya dapat semasa menonton Semanis Kurma di TV9. Semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia ke akhir hayat amiinnn…..Ada lagi tau, suami kata, Aju tak teringin nak pakai payung emas ke? Korang agak-agak saya jawab apa????? Hmmm biarlah rahsia hahahahhaha…Selepas perbualan tu suami saya lebam di mata kanannya hehehhe. Takla gurau je…
baru nampak muka suami aju…selamat berdating yer..
Semoga rumahtangga kita sentiasa dalam limpah kasih dan rahmat Ilahi…
Memang tak sedap pun chicken chop paparich tu kak. Sekali je order memang tak order lagi la.
berselera betul makan…
Peluang berdua-duaan macam ni tak boleh dilepaskan. Walau dah beranak-pinak kemesraan tetap kena jaga dan pupuk. Dugaan berumahtangga ni bukan pada awal perkahwinan saja ye dak ..
sesekali bila dapat berdating mcm ni mmeang best….
amboi.hehe. romantiknya:)
BUI DH LAMA X DATING DUA DUAAN WITH HUBBY..SELALU MESTI ADA 2 EKOR BUDAK CEKEDING TU..HAHA
terasa lama pulak tak makan kat Paparich…memang seronok sesekali luangkan masa makan berdua-duaan…:)
Wahhh bestnya dapat dating ngan buah hati….gunakan peluang yg ada sebaik mungkin..hihi
selamat berdating dan makan2 sis
dah pandai dating dah dia sekarang ekk..
Memang bestlah sesekali dapat berdua2an kan..Masa ktorang balik kampung hari tu baru ada peluang untuk lily & hubby dating..hehe..kalau kat sini memang tak dapat lah sebab Qis nak nak tinggal kat siapa plak kan.. 🙂
Dapat dating, menapak jauh sikit pun xpe.
Hehe..dalam usia macam ni, dating pwrlu dikekalkan..betul gak kan aju..sekarangbyk jer masalah org ketiga..mngkin denfan wujudkan kemsraan mcm ni, boleh menjauhkan kita dripd org ketiga..hehehe