Saya dah mula terjebak beli barangan Tuperware ni sejak beberapa bulan lepas. Selama ini saya rasakan membazir je beli barangan plastik ni, tapi sejak melihat kualiti plastik dan warna warninya Tupperware tu, saya mula kumpul sikit-sikit koleksinya ;). Bukanlah untuk hiasan di dalam almari sesaje, tapi saya gunakan untuk keperluan harian ye kengkawan. Untuk anak-anak bawa bekal air dan makanan ke sekolah, simpan biskut, susu tepung, milo, frozen food dan macam-macam lagilah, saya yakin korang pun sama kan.
Di pejabat pula, ada agen Tupperware yang menawarkan barangan ini pada harga ahli. Less 25% ko!!! Sapa taknak beli bila dah dapat offer harga ahli ye dak??? Pantang dapat katalog baru, dari nak mencuci mata dah pulak kene cuci poket sekali ;). Takpelah bukan selalu, sebulan sekali pun dah kira bagus dah tu hiks hiks hiks.
Bulan 7 hari tu saya beli mangkuk tingkat ni dengan retail price RM78++. Tetapi, dengan adanya diskaun yang semua orang suka tu, saya hanya perlu membayar RM56.70 tuuunnaaaiiii!!! Bukan sekadar dapat mangkuk tingkat 4 bijik tu je, waktu tu ada offer percuma lagi satu bekas yang oren tu, emmpphhh seronok sangaattt!!!
Ok, bulan lepas pulak saya beli set freezermate ni. Harga asal RM160+++ tapi saya bayar hanya RM120++ sebab ada di antara barangan ni yang saya share dengan kawan ;). Ha kalau nak tahu bukan pompuan je suka beli tau, lelaki pun duk membeli tupperware ni. Suami orang Jahhh!! Maksudnya dia pun tahu kualiti barangan ni, mesti seronok giler wife dia dapat laki macam ni kan?? Hahahha suami saya je geleng kepala dapat isteri macam saya kekekekekeke.
Untuk freezermate tu, bila dapat je bekas tu, sampai je kat umah terus punggah peti ais kat dapur. Hmmm bersemangat nak simpan sebabnya saya ni ada angin nak mengemas. Kalau time malas tu rumah tu kurasakan macam tongkang pecah. Kalau dah masa rajin tu sampai, cepat-cepatlah memunggah segala barang tu. Saya masak hujung minggu je uols, so stok barangan basah memang nan hado dalam peti ais tu. Sekadar nugget je untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah. Itupun pun bukan tetiap hari gorengkan sebab tak elok kan untuk diorang. Kalau saya rajin saya gorenglah mee, kalau malas bagi roti sapu nutella je kekekke. Ok so mengemaslah saya ni, dan hasilnya
V
V
V
v
V
V
V
V
V
V
wahh dah wajah baru blog
lama x singgah
tq aju sbb sudi singgah x jemu2 umah akk ๐
ahahha akk dah stop tapaware nie .. dah terlampau banyak huhu
tupperware memang cantik kalerful. aida ahli tupperware. join ahli sebab diri sendiri nak beli and adik beradik. kat opis berlambak ahli tupperware yg menjual hi hi hi so memang takde niat join and jual kat org ler ๐
koleksi aida da start dari tahun 2010. hingga sekarang masih beli ha ha… isnin depan ada apoinmen dgn tupperware melaka raya tu nak beli skit brg, botol minum utk ijat ๐
kami juga pengguna tupperware.. memang yakin dengan kualitinya
Daku pon dah mula terjebak juga. Tapi klo nak beli kena tunggu gaji.
saya pun suka barangan Tupperware. berbaloi2..
wife PM pun gemar beli tupperware nih , mula2 PM persoalkan juga , tapi takpelah duit dia kan…hehe
yang dalam peti sejuk tu sy beli bulan lepas kak. best. tak berbau kalau bukak kat atas tu.hehe
Akak pun peminat t/ware jugak..
Tupperware ini berbaloi ada sebab lasak, tahan lama dan BPA free. Saya ada satu set bekas yang diberi percuma beberapa tahun dahulu masih didalam keadaan baru dan seperti baru. Kalau Raya memang menjadi bekas kuih. ๐
Hehehe family saya pengguna tupperware tegar.
kita pon penggemar pengumpul koleksi tupperware..hiks..
rasa anak beli al tuk wife aku
Suka juga tupperware ni, nak beli tpt letak beras…
kalu bali umh mak mertua tak susah nak tengok depan mata seba dua orang adik dan kakak suami saya tu orang kuat tapawer kat ipoh..kami je malas beli sb mahal ker haaa..malas nak layan beli pun tuk botol air sahaja lain depa slu bgi free ngheeeee…
pst..kumpul jangan tak kumpul kalau aju beli dg org melayu sy senyum apa lagi uder hq melayu klu beli atas org cina sedih ar huu..bila ar pula kaum bumi nak maju uhuk..uhuk..
sis ju yg nasi hijau set tak beli ker? yg tu save budget ar hee…
aju, rak tu berapa RM..elok juga letak gantung mcm tu..jimat ruang dapur yg sempit…kat bawah rak tu..dapur aju masak ke?.
Aju, berkenan dengan hanging cabinet tu. Berapa RM ye… nak ajak husband g beli juga…
Produk Tupperware ni memang puas ati membeli dan menggunanya walaupun harga mahal sikit. Confirm tak masuk angin atau semut
salam..informasi yang menarik..sudi-sudikan la kunjung ke blog saya…
boleh bawa bekal gi pejabat guna tupperware ni
baru la semangat sikit..bila dah kemas ginikan…
Best tapuware ni..tudung rosak pun boleh tukar gitu jer..haha