Assalamualaikum. Saya nak minta tolong anda semua doakan bayi kecil ini yang ketika ini berada di wad NICU, Hospital Ampang. Insyirah dilahirkan pada 3/10/2013 yang lepas dengan kelahiran cara normal. Permulaannya bayi Insyirah disahkan jaundice oleh nurse yang datang melawat ke rumah adik saya. Jadi adik saya diminta membawa bayi Insyirah ke hospital untuk rawatan lanjut. Setibanya di hospital pada 7/10/2013 doktor sahkan Insyirah demam dan berlaku dehydration kerana kulitnya nampak kering dan kemungkinan badannya kekurangan air. Beratnya turun dari 3.36kg ke 3.02kg. Doktor kata kemungkinan ada masalah dengan buah pinggangnya. Nauzubillah minta dijauhkan hendaknya. Antibiotik dan air dimasukkan melalui tiub di jarum tangan dan kakinya. Bayangkan tubuh sekecil ini yang baru berusia 6 hari dah dicucuk sana sini. Prosedur tetap prosedur, semoga itulah cara terbaik untuk menyembuhkan anak buah saya ini.
Buat insyirah, ibumu menunggu kehadiranmu setelah 6 tahun berdoa dan berusaha. Kami semua gembira dengan kehadiran Insyirah. Kamu penyeri keluargamu sayang. Kamu mesti kuat semangat dan berjuang untuk terus sihat dan membesar seperti anak-anak yang lain. Makcik doakan kamu kuat dan moga Allah sentiasa memeliharamu. Cepat sihat ye Insyirah. Setakat malam tadi jaundice masih ada. Harap-harap akan mula turun bacaannya hari ini dan seterusnya. Moga adik saya kuat dan tabah, moga Allah pelihara mereka dan kita semua agar sihat sentiasa amin.
P/S – Gambar-gambar di atas diambil pada hari Sabtu 5/10/2013 ketika saya melawat adik dan bayinya.
moga baby cepat sembuh. amin…
Siannye…Moga takde apa2 serius yang berlaku & moga baby cepat sembuh.
jaundis ye aju? alahai….siannya….
semoga baby insyirah cepat sembuh…..aminn…
Siannya baby insyirah. Smoga cpt sembuh.
comelnyer beby insyirah ni…
moga baby Insyirah cepat sembuh yer…
teringat dulu sara siap kena tukar darah dek kerana jaundice nasib baik tak aper2…
Harap Insyirah cepat sembuh dengan penyakit yang dia hidap ni. Harap dia kuat semangat untuk lawan penyakit tu. Amin.
harap takde apa-apa lah , amin…
Ya Allah.. moga semuanya ok.. risau betoi kalau cakap bab baby sakit ni
moga baby insyirah kembali sihat dan tak ada penyakit yg serius
Alllahuakbar!
Moga2 Allah sembuhkan adik Insyirah….amen amen amen Allahumma ameen
Teruk juga kuningnya tu, semoga cepat sembuh….
semoag anak kecil akan tetap kuat dan bersabar moga kasih sayang orang di sekelilingnya akan buatkan dia berani dengan ujian Allah ini
Moga dengan berkat doa2 di sini serta doa mereka yg terdekat , baby Insyirah sembuh dengan cepat serta dapat segera ke pangkuan ibu yg sekian lama menunggu kehadirannya…..amin.
Kasihan melihat anak kecil ini. Semoga anak ini lekas sembuh dari penyakit.
in shaa Allah, moga semuanya sihat dan gembira.. kena bagi minum susu ibu byk2.. moga maknya tabah ye..
Assalamualaikum kak jue,
Sampaikan salam Idah buat alin ye. Idah doakan semoga baby Insyirah cepat sembuh ye sayang
Comey sgt2..mcm muka babahnya. Buat Sahabat baikku Alin,tabah ye lin. Insya ALLAH semoga semuanya baik2 sahaja. Jgn sedih sgt ye..Doa sokmo deh..
Semoga baby cepat sembuh…
semoga ibu dan anaknya cepat sembuh. 🙂
Semoga tiadamapa-apq yang berlaku kepada baby ni..semoga semuanya selamat..