Assalamualaikum…
Hmmm event lagi??? Hmm rajin kan join event?? Bukan apa, saya pergi event ni sebagai nak mengisi masa sebelum balik beraya Aidiladha di Pahang. Kebetulan event Antabax ini diadakan di Giant Kota Damansara, pada hari Ahad, 13 Oktober 2013 jam 2:00 petang. Waktu ni suami saya menyaksikan Motor GP Sepang, jadi saya bawa anak-anak join aktiviti saya ;). Suami saya memang bagi keizinan, nak pulak nak berjumpa dengan Ziana Zain, jadi dia kata ok pergilah. Syukurlah anak-anak ada, at least ada kawan pergi event, sebab kebiasaannya saya memang pergi seorang diri seperti yang korang baca kisah event sebelum ini. Ok guys, kita terus kepada produk Antabax itu sendiri ek.
Antabax, merupakan rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif, telah melancarkan satu kempen kutipan derma sebagai sokongan kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita dengan kerjasama daripada rangkaian gedung terkemuka, Giant.
Kempen ini yang akan berlangsung bermula 1 Oktober sehingga 30 November 2013 dan sebanyak 10% hasil jualan daripada kesemua rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax dari mana-mana 129 cawangan Giant di seluruh negara akan disalurkan kepada WAO untuk membantu persatuan tersebut dalam program komuniti amal mereka.
WAO, yang ditubuhkan pada 1982, bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada keganasan terhadap wanita. Ia menawarkan sokongan emosi, sosial dan material yang telah didera: menguatkan kapasiti wanita yang telah didera to menguruskan diri sendiri dengan menyediakan perkhidmatan perlindungan sementara; dan mewujudkan kesedaran tentang isu keganasan terhadap wanita.
Pada 2011, kempen derma kerjasama Giant dan Antabax telah Berjaya mengutip sebanyak RM21,955 untuk Rumah Ilham dan Rumah Kids, manakala pada 2012 kempen tersebut menyumbang sebanyak RM20,953 kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA).
Inilah askar-askar saya, kalau korang boleh lihat si Najiha memakai sweater sebab kesejukan sebab baru elok dari demam. Demam sebab tonsilnya bengkak, sian dia saya angkut bawak gi event sebab nakkan Najiha dapat angin dan aktif sikit supaya demamnya segera kebah. Yang paling tak menahan adalah Si Adam sebab tak boleh nak duduk dendiam. Asyik nak ke hulu ke hilur sebab dia kebosanan dalam majlis formal baginya ;). Syukurlah ada maskot Antabax tu, dapat jugak menarik perhatian si kecik ni. Najwa as usual boleh diharapkan nak menjaga adik-adiknya, last-last dia pun mengadu bosan, hasihhh korang ni bebudak, memang tak boleh bawak majlis cenggini tau!!
Taraaaaa, inilah dia yang dinanti-nantikan iaitu Duta Jenama Antabax, penyanyi dan pelakon Ziana Zain. Cantiknya kakak Ziana Zain ni uols!!!! Kucin licin, pinggang ramping, lagipun ZZ kan duta Slimming World, jadi haruslah ramping kan. ZZ ada pesanan untuk korang tau, katanya,”
“Ia adalah penting untuk kita semua, lelaki dan wanita, untuk membantu mereka yang memerlukan, agar mereka dapat bangun atas kaki sendiri. Saya harap ramai orang akan menyokong kempen ini kerana wanita dan kanak-kanak yang kita bantu adalah anak kepada seseorang, kakak kepada seseorang, ibu kepada seseorang, kawan kepada seseorang. Mari kita jadikan mereka seseorang yang istimewa melalui hadiah harapan kita,” kata Ziana Zain.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan kempen amal Harapan Diberi, Kesihatan Sihat Dirai, sila layari www.facebook/NewAntabax
Wahhhh event tu tamat jam 3:30 petang, then kami bergegas balik rumah sebab nak balik Pahang pulak. Hmmm blogging is my passion, event macam ni mendedahkan saya kepada media sosial and at least menambahkan keyakinan nak berjumpa dengan public. Hahahha kerja saya memang hari-hari jumpa orang awam, so kenelah pandai bersosial dan ambil tahu dunia luar, saya tak kisah tentang event tiada bayaran ke apa, janji networking tu yang penting kan. Yang sedihnya tak dapat nak bergambar dengan ZZ sebab anak-anak saya di luar kawalan dah kekdahnya, rasa nak geget sensorang tu, jadi sebelum ibunya bertukar kaler hijau turqoise, baiklah saya angkut diorang balik rumah terus huhuhu.
Misi dua dalam satu. Dapat jumpa ZZ dan dapat bawak balik freebies!
gelak je baca ayat akhir Aju, “sebelum ibunya bertukar kaler hijau turqoise”. macammanalah agaknya muka Aju ye..
Wah.. Rajin join event ye kak. Kalau saya memang malas betul nak join.
Event yg glamour gituuu….siap ada personaliti terkenal. Nilai tambah yg baik untuk blog Aju ni…
Bila bawa anak memang lebih tumpu pada mereka.
paling best part dapat free..hahahh…awat tak suruh budak2 tu ja yang bergambar dengan ZZ..dia memang cantik ..pandai jaga badan kan??
wahh..dapat jumpa ziana zainnnn…
zz teringin gak nak jumpa dengan dia ni hurm..bila dah.
Best tu dpt jumpa ZZ.
Perghhhh ni makin jeles ni…nak gak jumpa kak ziana…….
wahh bestnya dapat jumpa zz…
Akak pengguna antabax juga ya..hehe..
seronoknya dapat face to face dgn ziana zain…dpt pula godies yg hebat