Sesekali nak juga tayang menu masakan hujung minggu. Masa ini aje pun yang ada untuk mengasah skill memasak dan mencuba menu-menu baru. Anak-anak semakin membesar dan masing-masing sudah makin berselera nak makan.
Mulalah request nak makan itu dan ini. Dan bila kita masak tu dapat pujian dari anak-anak fuhhh dia punya rasa bangga tu memang tak boleh blah. Even suami saya pun susah nak puji isteri sendiri melainkan masakan tu betul-betul sedap
Bukan nak bangga diri tapi itulah penguat semangat ibunya nak memasak kan? ;). So bila masak lauk tu, saya campur dengan sayur-sayuran sekali, ha kan senang kerja tu, sekali masak dah dapat 2 menu untuk lauk dan sayur hahhaha. Mudahnya kerja saya ;).
Sejujurnya nak bagitau bab buat kek dan muffin memang saya tak pandai. Padahal itulah yang bebudak ni suka sangat kan. Nantilah tunggulah ibu dah terbuka pintu hati nak mencubanya ye anak-anak ;).
Saya bertuah sebab kakak saya merupakan seorang guru masakan untuk kek dan pastri. Kalau kata nak buat kek tingkat, kuih talam, muffin, cheese tart dan macam-macam jenis kuih lagi tu adalah di bawah bidang beliau. Dulu masa kecik-kecik memang sayalah peneman setia beliau pergi belajar di kelas masakan.
Dengan saya-saya sekali masuk kelas buat roti, sampai tersengguk-sengguk dibuatnya. Hasilnya kakak saya expert, saya? hurrmmmm hahahaha hampehh!!!
So kalau kata anak-anak teringin nak makan kek atau pastri semua tu, just telefon je kakak bagi order hehehe. Itu sebab saya ni takde keinginan lagi nak belajar memasak kek dan pastri. Untung punya kakak yang rajin memasak kan hehehe.
Lagipun ini merupakan salah satu sumber pendapatan kakak saya, at least dapat juga saya membantu beliau menambah pendapatan sampingan kan ;). Tengok tu kalau rajin semuanya boleh buat duit, memang orang kreatif dan inovatif ni murah rezeki, asalkan usaha pasti berjaya.
Cheese tart ni memang kegemaran saya. Saya pasti akan order 2 bulan sekali, sampai kakak saya takmo buatkan sebab banyak sangat order nya, kalau tak saya, pasti adik saya pulak yang order kekeke.
Itu tak termasuk order dari kawan-kawan FB, catering, pejabat dan lain-lain lagi. Korang agak satu bekas cheese tart tu berapa lama boleh habis? hahahha kejap je tak sampai 3 hari dah licin. Sekian cerita bab makan ๐
hujung minggulah masa paling seronok untuk memasak bersama suami & anak2. dapatlah habiskan masa yang berkualiti bersama keluarga ๐
Bagus la dalam adik beradik ada kelebihan masing-masing dalam memasak ni. Nanti kalau balik kumpul ramai-ramai mesti meriah nak masak macam-macam. Tambah lagi masa kenduri mesti macam-macam makanan yang keluar nanti.
Memang seronok kan Aju kalau anak2 suka makan masakan kita…setakat ni sekalipun tak pernah dengar pujian dari ayahnye, kalau anak2 tu goreng telur dadar pun habis puji…huhuhu ๐
Akk pun dah lama x baking aju. Terlebih vitamin m.
Ooo patut la pagi pagi dah pg giant ye. Nak masak rupanya. X rugi memasak kalau ada org makan kat rumah.
wahh rajinnya memasak di hujung minggu, siap buat padprik lagi… best best….
pehh..ada tart cheese tu..bak sikit..ke dah habis?
Nampak sedap campur tu..seronok jer rasakan bila anak2 suka makan hasil air tangan kita..semakin bersemangat nak masak2..
kalau dapat kat PM cheese tart tuh sokojap jer dah habis…hehe
Nampak sedap menu masakan tu..tapi kena rasa dulu baru sahih dia punya kesedapan tu..hehe..
Lapar lah plak tgk paprik campur tu. Cheese tart tu memang feveret. Klo dpt memang sekejapan jer dah habis.
Wow sedap tu, pandai Jun masak
Ai likeeee paprik ๐
Cheesetart tu pun suka..
Huwaaa nanges pagi2 ni tengok menu peberet ๐