Taraaaa rajin pulak pagi ni goreng nasi untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah dan rumah pengasuh. Saya bab buat sarapan ni ikut mood dan tengok stok makanan tu ada atau tak. Kebetulan mee and kue teaw memang dah habis stok dalam peti ais, jadi saya memang malas nak buat bekal bebudak ni.
Kalau situasi macam ni biasa saya bekalkan roti sapu Nutella, koko crunch atau roti telur. Tiba-tiba malam tadi Najwa tanya, Ibu kalau besok buat bekal nasi goreng boleh? Najwa suka nasi goreng ibu. Appaaa??? Waktu tu jarum jam menunjukkan pukul 10.30 malam, alahai tak sampai hati nak kata tak boleh. Nak pula Najwa puji ibu dia kan, kembang kempis idung ibu mendengarnya. Gigih jugalah saya bangun masak nasi untuk digoreng besok paginya.
Masak nasi tu memang senang, pejam mata pun boleh buat hihi ;). Lepas tu saya sediakan bahan-bahan untuk goreng nasi contohnya chicken ball dibawa turun dari freezer ke fridge, kopek ikan bilis, kupas bawang putih dan bawang merah. Ok simple kan?
Senang je puan-puan, setakat nasi goreng bangang ni Insha Allah bolehla dapat pujian anak-anak dan somi terchenta ;). Sekali lagi saya ingatkan walau mudah dan simple masakan anda tapi jika ianya dimasak penuh kasih sayang kebiasaannya ianya memang sedap!! Tapi kalau setakat tenggek air atas dapur tu tak payahlah korang nak harap lelebih ekk muahahahaha.
Oklah inilah bahan-bahan dan cara-caranya uolss. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering. Bila dah wangi masukkan pula chicken ball dan ikan bilis. Dah tu masukkan nasi dan garam. Kelentung kelentang atas dapur tu dalam 20 minit, tapi jangan kuat sangat, nanti jejiran dengar diorang order sepinggan pulak hahahaha.
Taraaaaaa!!! Dah siappp!!! Mudah tak??? Mudah kan ha kan dah cakap senang sangat sambil draft entri blog ni pun boleh masak ;). Kebiasaannya saya akan masukkan telur juga, tapi telur inglek la, jadi kita lebur apa yang ada je.
Siap menu untuk bekalan anak-anak. Suami saya makan kat umah je, bertuahlah kalau suami nak bawa bekal ke opis, memang taklah kan ;). Besok fikir nak bawak bekal apa pulak.
Owhhh inilah rutin kita orang pompuan kan, selagi mata tak pejam memang doploh empat jam ada sahaja kerja nak dikerjakan. Tengok membebel ntah apa-apa pun dapatlah satu entri untuk hari ini, sekian wassalam. Eh lupa nak cakap, selamat mencuba resepi ni ye, heheheh ada ke yang nak try? hihihi
Puas hati anak dapat bawa sarapan dan tunjuk kat kawan2 dia, mesti dia orang bangga punya mama yang rajin
Memang simple ni kak. Kalau sedap takda hal la. Ngap je.. Hehe
Walaupun simple tapi itulah yang sedap.. ๐
Sebabnya – digoreng dengan kasih sayang ๐
Yg simple tu lah selalunya sedap. Even nasi putih, telur mata ngan kicap jer โบโบ
knp aanie buat nasi grg kampung x penah jadi? padahal sama je resepinya….last2 guna je perencah sedia ada….hahaha…
Simple tapi mengeyangkan…
selalu gak masak nasi goreng gini…cuma saya letak sayur sikit untuk bebudak ni…sedap kalo dimasak dengan penuh kasih sayang kan ajue…
rutin akak juga setiap pagi, kdg2 teringin nak jadi mem besar tp apakan daya…
Simple yang penting rasanya sedap..lagi2 bila dimasak dengan penuh kasih sayang…^^
selalu apa mama masak anak tak banyak cakap asal ada sikit menu yang dia suka depa bawa/ makan tanpa banyak songeh.
best anak akan cakap buh..delices..
Yup..saya pandai buat nasi goreng jer..is senang, cepat dan sedap..hehe
simple atau rumit, apa yg penting kejesama ….ops ehehe apa yg penting air tangan ibu. Ikhlas dan penuh kasih sayang, insyaallah berkat Aju
Lama tak melawat blog ni…ada resepi nasi goreng ringkas pulak nampaknya…terasa lapar pula bila terbayangkan ikan bilis rapuh.
asal ada rasa nasi goreng dah cukup baik tu
simple dan sedap serta kenyang!