Soalan ini khas kepada kaum wanita ye, buat kaum adam sila ambil perhatian juga untuk pengetahuan pasangan anda ;). Kepada anda yang pernah buat ujian ini tahniah diucapkan. Kalau nak tahu ini adalah ujian pertama yang pernah dibuat sepanjang hidup saya. Takut, sakit, malu, ngilu semuanya bermain di fikiran sebelum saya menjalani ujiap pap smear ini. Tapi kita tahu kepentingan ujian ini, bagi membuat pemeriksaan terhadap tahap kesihatan dalaman badan. Memang tidak rugi kita membuat ujian ini. Jadi mak, makcik, kakak, adik dan kawan-kawan wanita yang masih belum melakukannya, marilah sama-sama membaca lebih lanjut tentang ujian ini untuk pendedahan dan pengetahuan awal.
Pap Smear merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik di mana:-
1) Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
2) Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
3) Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
4) Ia adalah satu prosedur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
5) Tidak perlu ubat atau bius.
6) Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
1) Tidak menyakitkan.
2) Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 – 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah persediaan awal yang patut dilakukan?
1) Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
2) Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
3) Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
info dari myservik.gov.my
Ujian ini saya lakukan di klinik swasta dengan bayaran RM90, untuk pengetahuan rawatan ini tidak di cover oleh panel insurans ye, jadi harus bayar tunai, kredit or debit card boleh diterima ;). Tak mengapalah lebih cepat prosedur dilakukan, lebih senang hati saya nanti. Kalau tidak, mesti tertangguh-tangguh lagi sampai dah 3 orang pun anak saya. Korang pun harus lakukan ujian ini bagi memastikan sebarang komplikasi dapat dikesan lebih awal, tapi moga dijauhkan dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Oklah sekian, tak sakit pun korang, tengok saya boleh update blog lagi pas buat ujian tu ;).
# Update Terkini : Alhamdulillah bayi Insyirah sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini. Keputusan ujian darah dan buah pinggang ok semuanya, syukur sangat-sangat. Terima kasih atas doa kalian semua ๐
Assalamualaikum kak, sheila pernah insist doktor buat pap smear dulu. insyallah kalau ada masa memang nak buat ni. memang bagus ujian ni..
Datang singgah. *tak tahu nak komen apa*
BUI PUN TAK PERNAH BUAT LAGI SBB TERBAYANG ALAT TU MASUK KAT DLM..EIII,MMG X SAKIT TP TERASA NGILU JER..HAHA
ema pernah buat sekali..time tue preggy si kakak.. orang cakap masa pregnant tak boleh buat takut cederakan bayi dlm kandungan…tp Alhamdulillah…maybe sebab soktor tanya pernah buat pap smear ke tak..bila cakap tak..terus dia nak check….
Mj pun buat pertama kali dah buat semalam, mujur Doc pompuan.. Klau Doc laki konpem segan (malu) giler..hehee
Mula tu takut gak, sebab 1st time kan dengan ramai cakap sakit, tp alhamdulillah ok je ๐
saya pun dah tapi 2 tahun lepas hehe…
setakat ni belum buat lagi.. ngilu pulak bila memikir nak buat.. haha.. tapi, in shaa Allah, akan buat buat jugak nanti..
aju, buat kat mana?
Dua tahun lepas kali terakhir. Ini kali, nak kena buat lagi lah. Demi kesihatan.
Baru hantar isteri pergi buat minggu lepas…
Alhamdulillah….adik insyirah dah sihat….yeay!
wife PM asyik bertangguh nak lakukan pap smear nih , nanti nak ingatkan dia balik…
belum cukup time loading lagi
syukur dia dh sihat
dah buat…. lepas bersalin hari tu….kira dh setahun la….
Akak buat 2 tahun lepas..Insyaallah , akan buat nanti…
okeh. gua memang tak tahu pasal benda nih. belajar ilmu baru ini hari. haha..
Kena suruh isteri lakukan segera nih…huhu