Uncategorized Penjagaan kulit dengan produk Palmer’s October 7, 2013

Spread the love

Hormones & Emotions for Pregnancy by Dr Helena Lim

Iklan ini dibawakan oleh Palmer’s Malaysia

20131003-171808.jpg
Antara produk Palmer’s

Assalamualaikum, salam pagi Isnin dan Salam Satu Malaysia. Hehhehe rasa macam Y.B pulak kekdahnya. Hari ini nak cerita tentang jemputan event yang saya terima dari Palmer’s Malaysia. Saya dapat jemputan ini dari emel yang dihantar dari one of advertiser company. Mula-mula cuak juga bila butiran emel tu memaklumkan event adalah pada Hari Rabu, 2/10/2013 jam 2 petang. Waaa kene ambil 1/2 day leave ni. Dan saya fikir, bila lagi nak merasa pergi event kan. So dengan ringan hati saya pun pergilah event tersebut yang diadakan di The Gardens, Mid Valley, yang mana dekat je dengan opisku, dan itu yang membuatkan saya laju je reply advertiser tu. Event kali ini merupakan satu sesi Memperkaya Kesejahteraan Palmer’s® ataupun dalam bahasa omputehnya (Palmer’s® Wellness Enrichment Sessions or P.W.E.S.).

Skin Care Tips for Pregnancy by Paula Turbill

Bertemakan Cherishing M.E. Cherished Memories (Hargai Pengalaman Keibuanku. Hargai Memori), Sesi Memperkaya Kesejahteraan Palmer’s® ini ialah satu bengkel yang menawarkan tips dan demonstrasi dalam pengurusan perubahan emosi dan hormon, diet, senaman, penjagaan kulit di samping pendekatan holistik untuk kesejahteraan bayi dan pasangan yang menanti kelahiran cahaya mata mereka. Bengkel itu adalah kendalian empat pakar bidang berkenaan: Paula Turbill (Palmer’s® Australia – Pengurus Serantau Asia Tenggara), Dr. Helena Lim (Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan), Indra Balaratnam (Pakar Perunding Diet), and Iris Maniam (Pengajar Yoga Profesional).

Mereka di Palmer’s sentiasa percaya bahawa perjalanan menuju ke alam keibuan merupakan satu pengalaman yang menakjubkan, jadi ia seharusnya diiringi dengan kegembiraan dan kasih sayang. Seperti tema yang diuar-uarkan iaitu – Cherishing M.E. Cherished Memories, ibu mengandung sepatutnya menghargai diri mereka serta kandungan yang mereka bawa, malah pada masa yang sama, diri mereka juga patut dihargai oleh orang tersayang di sekeliling.

20131003-171322.jpg
Mekasih kat amoi yang snapkan gambar ni ehehhe
20131003-171349.jpg
Khusyuk mendengar tips yang dikongsikan

Palmer’s Malaysia? Ok kepada yang masih belum tahu, Palmer’s®, selaku jenama nombor satu dunia dalam penjualan produk Mentega Koko. Ditubuhkan sejak lebih daripada 170 tahun, Palmer’s® kini dimiliki oleh ET Browne Drug Company – salah satu daripada pemilik dalam produk penjagaan kulit dan rambut di Amerika Syarikat paling lama. Di bawah hak milik tersebut, revolusi Formula Cocoa Butter jenama Palmer telah diwujudkan dan diperkenalkan kepada dunia. Sejak itu, Palmer’s® telah berkembang di bawah pengetahuan yang luas dan warisannya, membangun di antara jenama seperti Skin Success, Shea Butter Formula Olive Butter Formula Coconut Oil Formula, Olive Oil Formula dan Hair Success.

20131003-171827.jpg
Boleh pulak saya ambil gambar brother menonggeng tu hehe

Terdapat di lebih 80 buah negara, Palmer’s® Butter Cocoa adalah jenama yang nombor satu di dunia, Di samping itu, jenama ini telah membangunkan satu rangkaian produk Formula Cocoa Butter yang telah dirumus khas untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit ibu, kulit bayi yang sensitif dan kulit semua ahli keluarga. Saya pasti ada antara korang yang pernah gunakan krim cocoa butter untuk mengurangkan kesan regangan pada kulit sewaktu mengandung. Biasa kan kita boleh nampak stretch mark pada perut dan peha yang mana menjadikan kulit nampak teruk apabila regangan kulit berlaku secara berlebihan, sekaligus mengakibatkan penampilan indensi, berjalur atau berbelang, kebiasaannya berwarna merah jambu atau ungu, sebelum kemudiannya bertukar kepada warna pucat. Fuuhhh scary kan? 😉

20131003-171858.jpg
Dapat free gift acik sukkeeee!!

Apa yang pasti, Formula Mentega Koko Palmer’s® mengandungi adunan ramuan yang unik iaitu Mentega Koko, Vitamin E, Kolagen dan Elastin yang mana setiap daripadanya mendatangkan manfaat tersendiri bagi pencegahan kesan regangan.

–        MENTEGA KOKO, satu ramuan kecantikan semulajadi yang menakjubkan, lebur pada suhu bilik untuk memberi kesan penenangan yang terbaik dan membantu kulit mengekalkan kelembapan semulajadinya.

–        VITAMIN E, satu antioksidan semulajadi yang mujarab, bertindak balas dengan sel-sel badan untuk melindungi kulit daripada unsur-unsur kasar dan mengurangkan kesan parut.

–        KOLAGEN dan ELASTIN meningkatkan keanjalan kulit dan tona keseluruhan, kelembutan dan rupa kulit.

20131003-171913.jpg
Tak sabar nak mencuba produk Palmer’s

Of course kaum wanita memang obses dengan kecantikan luar dan dalam kan, even kalau keluar jerawat seketul di muka pun dah rasa malu giler. Jadi untuk menjadi kecantikan, kita harus memilih produk yang bersesuaian dan yang telah terbukti kesan positifnya oleh pengguna-pengguna produk ini. Produk Formula Mentega Koko Palmer’s® boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh Malaysia, termasuk Guardian, Watsons, Caring, Jusco dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut berhubung produk Formula Mentega Koko Palmer’s®, sila layari www.palmers.com atau www.palmersonline.com.my.

So buat para suami, harap dah faham tentang penjelasan ini ye, dan semoga entri ini dimanfaatkan sebaiknya bagi kecantikan dalaman dan luaran para isteri. So bolehla belikan produk ini untuk isteri memasing sebagai tanda mengeratkan kasih sayang agar berpanjangan insha allah.

20131003-171932.jpg
Event dah habis, moh kita chow

Spread the love

Tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

11 Comments

  • Hazmin Hamudin posted on October 7, 2013 at 12:15 pm

    Panjang lebar ko entri. Haha.. wah.. Dah pergi event ye kak. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted..Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air HitamMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on October 7, 2013 at 12:56 pm

    Bestnya. Tak pernah lagi join event mcm ni.
    Fiza Rahman recently posted..Mom! Can you…My Profile

    Reply
  • aanie posted on October 7, 2013 at 3:16 pm

    banyaknya freegift…jeles…..haha….
    aanie recently posted..Scan baby……^_^My Profile

    Reply
  • lily @ mamaQistina posted on October 7, 2013 at 5:03 pm

    Bestnye Aju dapat pergi event macam ni…Banyak gak dapat free gift tu..best2..^^
    lily @ mamaQistina recently posted..Menang Ikea Gift Card Bernilai RM800.My Profile

    Reply
  • dja@sishaza posted on October 7, 2013 at 5:31 pm

    Terkejut akak, nak baca entri….sekali keluar Mak dengan anak-anak mak berlakon kat ujung atas tu..amboii Aju, ada bakat jadi pelakon le hehe

    Reply
  • akubiomed posted on October 7, 2013 at 10:47 pm

    Harap pengunaan produk ini boleh mengurangkan kesan kedutan dan kulit kembali tegang. Kesan parut pun hilang.
    akubiomed recently posted..Nuffnang FoodFest 2013 Tw(eat) untuk makan dan minumMy Profile

    Reply
  • pahan posted on October 8, 2013 at 7:11 am

    best.hehe. kalau sy gak, dapat benda mcm ni sy nak buat apa kan.hehe

    Reply
  • Myra Jay posted on October 8, 2013 at 8:13 am

    Best kan dapat join event, dapat berkenalan dan mencuba produk tersebut..

    Myra rasa macam baru 1st time dengar brand Palmer ni 😀
    Myra Jay recently posted..Akhirnya baru dapatMy Profile

    Reply
  • ciklaili.com posted on October 8, 2013 at 9:21 am

    suka tengok casing hp yang cun tu 🙂
    ciklaili.com recently posted..Resepi Ayam Panggang Madu IstimewaMy Profile

    Reply
  • eiela posted on October 8, 2013 at 10:35 am

    mesti seronok pergi event cmnih kan.
    eiela recently posted..Cara Download Video Tanpa Guna SoftwareMy Profile

    Reply
  • lizz posted on October 8, 2013 at 12:16 pm

    waa besynyer dapat pi event macam ni…siap dapat produk palmer tu…lizz suka pakai palmer cocoa butter best….
    lizz recently posted..aktiviti hujung minggu adik dan abangMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply to ciklaili.com Cancel Reply

    CommentLuv badge