Bebudak bertiga ni dah lama request nak naik tren, asal nampak tren lrt, putra ataupun monorel, trennnn!! eh eh trenlahhh!!! Ibu, Adam nak naik trennn!!! Alahai kesiannya anak-anak ibu, teringin sangat ye nak naik tren. Hmmm sebelum budak bertiga ni jadi berempat atau berlima, jomlah kita abahnya!! Oklah ibu dan abah akan tunaikan hasrat kamu semua, hihihi. Tapi saya pesan banyak kali, kalau nak naik tren, kene pegang tangan ibu abah, jangan berlari-lari, risau saya kalau masing-masing teruja sangat sampai dah lupa ibu abah dia ;).
Kami pun dah lama benar tak masuk area Bukit Bintang dan Jalan Imbi, KL yang memang terkenal dengan kesesakannya. Sabtu lepas, selepas suami pulang kerja, terus kami bersiap-siap nak pergi Times Square!! Dah lama tak jenguk sana, macamanalah rupa TS tu ye ;). Dah kebetulan nak singgah sana, bolehla diorang bertiga tu merasa naik tren. Dan tren yang menghala ke TS ialah monorel yang bergegar dan bergoyang macam tak stabil tu ;).
Buat Adam, ini adalah pengalaman pertama dia, tapi Najwa dan Najiha dah 3 kali jugaklah naik monorel ni. Kami parking di tempat meletak kereta di tepi Stesen Bas Pekeliling bayaran RM3 untuk sekali masuk, ini kadar untuk waktu malam ye. Siang tu tak pastilah saya.
Ok sebelum naik mana-mana tren, kita wajib beli tiket kan. Sekarang tiket tu adalah coin plastik warna biru. Kalau tak tahu nak berhenti di stesen mana satu, jangan risau, kaunter pembayaran ada, so kalau rasa terkial-kial kat mesin tiket tu, bolehla terus menuju ke kaunter pembayaran ;). Tanya je cashier tu dan settle masalah hihihi
Bila masuk dalam tren, bising mulut masing-masing bercerita dan menegur itu ini. Riuh kata ko!! Bila tren mula bergerak dan goyang-goyang diorang tak takut pun, saya fikirkan Adam menjerit ke tapi rupanya tidak sama sekali. Adam tanya kenapa tren mesti berhenti, pastu dia sendiri yang jawab, oooo tren nak ambil orangg!! Orang yang turun tu dia tak sebut pula ;). Seronok sangat diorang, tercapai hasrat korang nak naik tren kan bebudak!. Bila diorang dah dapat naik tren, ditanya pula, bila kita nak naik tren lagi ibu, abah???!!! Ukaloollaaaa
NAK TANYA, cepat tak loading theme baru ni? semalam macam siput sedut kekdahnya, kalau boleh masak lomak cili api kan sodappp!!!
waa purple i loike…
seronok anak beranak naik train yer..lizz pnh gak bawak bebudak ni naik train kemain eksited memacam soklan dia tanyer…biler time balik semua penat lepastu memasing tdo..
dah ok loadingnyer berdesup u…
patutlah loading lambat sangat semalam..punca theme ke…anak-anak semua eksited naik tren..pasni bolehlah aju naik keretapi pergi jauh sikit…hehehe
teringin jugak nak bawak Mifz suatu hari naik tren , tapi tunggu dia besar sikit…hehe
wah sudah tukar kulit yer , nice…:)
Mmg seronoklah tu. Anak2 kalau nampak train, excited lain macam…hehe
Loading: 7.3 saat (Unifi)
Wahh….seronoknya anak2 dapat naik tren….
Cantik kaler pepel..akak suka..!!!!
Macam qis jugak 1st time naik tren memang excited… 🙂
Ok jer loading blog Aju..macam biasa..
Ok la tu kalau naik waktu malam. jangan naik waktu siang, nanti kesian pulak kena berdiri. Hehe
Monorel tu mmg bergegar semacam kan…seriau….haha….
Blog aju xleh bkk kat ofis….bkk kt umh or hp br blh…
kami org utara ni pernah sekali je naik lrt,monorel ke apa tah. itu masa zaman sekolah… 🙂
emaknya tak eksited kerr??
kalau ke kl kami akan curi masa naik tren heee…tapi kalau rasa hotel kt kg baru sllu ke imbi ke akan naik teren cuma penat sikti jalan kaki