Tak sangka video yang saya hantar pada pihak Nuffnang pada Bulan Julai 2013 telah diluluskan, yeay!! Ini adalah kali pertama saya menyertai blogbuster campaign ni, tak sangka juga pertama kali penyertaan saya telah diterima hahaha.
Jangan gelak ye dengan lakonan saya ala-ala kayu tunggul tu. Anak-anak tu memang dipaksa untuk menemankan saya dalam video ni. Ini adalah rakaman yang ke berapa kali ntah hihi punyalah susah nak dapat rakaman yang baik dan memuaskan.
Kami cuba shoot dari dapur sampailah ke ruang tamu, last-last inilah hasilnya kekeke. Macam-macam idea nak buat tapi bukan senang ye.
Kempen kali ini adalah anjuran Ambi Pur “Turn Smelly To Smiley” adalah untuk mempromosikan produk mereka. Korang pernah tengok iklan Ambi Pur kat TV yang pasal durian, makanan berbau kat ruang tamu, lepas tu semua orang kene tutup mata dan bau haruman Ambi Pur lepas tu semua tergelak-gelak.
Memula memang nak buat macam tu pastu bila bebudak ni susah betul nak diajak berlakon, buat yang mana termampu ajelah ;). Ini pun dah berapa kali ulang pastu kene betulkan, ulang dan sama jugak diorang tergelak-gelak pecah perut. Yelah orang tak pernah berlakon disuruh berlakon, macam tulah gayanya hihihi.
Saya ingatkan lakonan kami anak beranak ni tak diterima, tak sangka diluluskan pulak hehehe, seronok sangat!! Mana tahu lepas ni boleh berlakon drama sinetron di TV3 pulak hahahhahahaha. Sila jangan muntah darah yeee.
Korang pun kalau dapatlah kempen blogbuster ni, jangan segan nak mencuba. Sekejap je pun video tu, dalam 15 saat. Video saya ni kalau diikutkan lebih 15 saat, lepas tu saya edit then baru dapat gerak gaya sesuai dalam masa 15 saat.
Tq pada suami yang tidak jemu melayan kehendak saya, idea yang diberikan pun simple sangat. hahahah gaya ucapan macam menang award anugerah pelakon wanita terbaaaheeekkk je ngeeee. Iklan ni kalau view kat Hp takΒ nampak, tapi kalau view di desktop, laptop barulah dengar suara riuh rendah kami tu ;).
P/S : Tak tau nak komen apa? Takpe korang like entri ni pun dah best sangat!!
wah sure masyukkk video dh diluluskan..tahniah dh tgk video tu
awal pagi tadi dah keluar iklan tu masa blogwalking ke sini.
cute je Aju & anak2 berlakon..
hehe mcm mana la agaknya tu kan
Takda pun video nya kak. Gambar stokin je yang keluar tu. Haha
lizz dapat gak tapi..tak sempat nak buat hehe…ala mana iklannyer ni tak muncul2 lagi ni,,,
mana tau Yusoff Haslam tengok video tuh kan…hehe
Saya ada juga dapat camoaign camni. tapi sedih… tak pernah diapprove. mungkin skill kena diperbaiki. Ada tips tak? ke main belasah je. π
hahah saya belasah je ni cikgu, tak sangka pulak boleh approve ;), segan tgk lakonan sendiri yg tak seberapa tu
tahniah!! dah jadi retisss dah…..:)
rajin betul aju join kempen nuffnang ni….aanie ni malas…rasa mcm susah sikit je tak nak buat…haha…
kak ju, kat mana nk tgk iklan tu.. xcited nk tgk ni.. hihii
*kak ju biasa kalu campaign, dorg byr brp ek
kat sidebar blog ni ina, akak pun 1st time join kempen ni tak sure brp byrn diorng nnti akak kongsikan ye π
Itu laa, semalam masa bw baca entri tentang produk palmer tu, dia keluar…terkejut badak akak. Sign kontrak dengan KRU le lepas nih…hihihi, just joking Aju.
insyallah kalau saya jumpa saya kolik yeh !
Tanniah kerana video yang dihantar telah terpilih.
Wah! Saya dah berapa kali dpt blogbuster nih.. Tapi sekrng dah xdapat dah :'(
Best tau dpt nih, aling sikit pun dia bagi Rm100.. Ada yg dapat 500.. Depend on trafic blog
Tahniah Aju..Mesti Masyukk ni.. π
Aloor…takde plak iklan tu kluar…nak tengok gak lakonan Aju & anak2.. π
hari tu pun lily dapat juga kempen ni..tapi tak reti nak buat..
mana videonya..tak nampak pun..
tahniah yer. tapi tak nampak pulak videonya…..
tengah tunggu ni..tak keluar2 lagi…nak jugak tgk lakonan anak beranak….
tahniah aju!
gua dengar suara aje. tak dapat tengok videonya..
Hehe..ok lah tu..boleh dah masuk slot akasia..hehe..