Salam Isnin semua!!!
Jumaat dan Sabtu lepas saya dan rakan sekerja berduyun-duyun ke Pantai Gold Cost Morib atas tujuan sesi “brainstorming” yang dirancang oleh pejabat tempat saya bekerja. Seperti kebiasaannya hati murni saya ni tidak tenang meninggalkan anak-anak di rumah, rindunya kat diorang bertiga tu. Kata orang sayangkan anak tinggal-tinggalkan, sayangkan suami minta dia blanje kita shopping kan?? Biarlah hari-hari bebudak bertiga ni bising berkelahi tapi bila duduk berjauhan rasa sayu pasti menebal dalam hati ini kata ko!!
Apa yang menarik kat sini?? Kat sini adalah tempat percutian terbahek untuk mereka yang punya anak-anak sebab apa?? Sebab kat sini ada ‘Outdoor Theme Water Park’.
Water theme park dia memang happening, pada pendapat sayalah ye, sebab kat sini water slide memang banyak dan anak-anak korang mesti teruja nak bercuti kat sini. Setiap bilik pula punya jakuzi untuk satu family bersantai atau lebih spesifik untuk mak pak merehatkan minda bila anak-anak dah pengsan kepenatan hahahahha. Ahhhh alangkah selesanya ;)!!!
Gold Coast Morib ini memang sesuai untuk keluarga, kumpulan yang ingin berseminar, syarikat yang mahu mengadakan hari keluarga serta pelancong tempatan dan luar yang cintakan alam semula jadi. Wah ayat skema sangaatttt!!! Selepas brainstorming semua tak sabar nak terjun ke kolam sebab masa inilah nak mandi puas-puas tanpa gangguan anak-anak ;).
Siap malam tu keluar minum dengan kawan-kawan sampi jam 12 tengahmalam. Fuhhhh bestlah teringat zaman belajar dolu-dolu ;). Kami pergi melepak kat restoran tepi jalan je sepanjang jalan Morib tu. Release tension penat seharian memerah otak memikirkan misi dan visi untuk tahun hadapan. Kira malam tu kami ni buat conclusion sendiri untuk sesi brainstorming petang tadi hihi.
Layan mata korang tengok gambar-gambar ni semua ye. Mana tahu cuti sekolah ni korang boleh jadikan ianya sebagai destinasi percutian korang. Apapun boleh ke laman web http://www.agoda.com/ yang dengarnya boleh memberikan kadar penginapan bebaloi untuk anda.
Kalau ikutkan kadar sewa bilik waktu weekdays and weekend adalah berbeza. Weekend kadarnya ialah RM198 ke RM290, dan weekdays pula sekitar RM150-RM169. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki ke sini dan semestinya saya akan ke sini lagi dengan my best buddy and our kids!!!!
Bestnya. Tak pernah sampai sini lagi.
kalu bawa anak2 mesti seronokkan..
menarik tempat ni.. sesuai untuk percutian bersama keluarga
bestnye aju..brainstorm kat sana..biliknyer tu kemain selesa…
Ni kalau budak2 memang suka habis ni. Kalau pergi weekday senang la nak main permainan tu.
Sampai ke tandas bergambar ekk..haha..cantik kolam renang tu..kalau terjun dari tungkat atas mesti menarik gak..hehe..apa-apa pun, tempat ni nampak macam best dan coooollll…hehe
Bestnya kalau bawa anak- anak ni
cantiknya tmpt ni……
jakuzi tu muat x utk 2 org?? kihkih…..
jika cuti weekdays , selain tak ramai orang rate bilik pun murah…itu pasal PM suka cuti weekdays…:)
Buat aksi terjun tiruk ni confirm best hihi….cantik menarik tertarik laa tempatnya Aju. Bila agaknya bos2 tempat kerja akak nak bawa pi situ
best la.hehe. kak g ada promosi tak?
wahhh bestnya..sesekali keluar dgn rakan2 tentu seronokkan…
Nak terjun ke..????hehehe..jangan dik..!!!!
Kalau bawa anak2 lagi seronokkn..
sekali tengok mcm menarik tempat ni
macam pernah ku pergi jer tempat ni…
dah tu berjaya tak mak2 budak benamkan diri kat swoimong pohl tu nghee..kada rate boleh tahan tak lah mahal kalau rm 150 tu erk..