Ada orang nak pergi Danok Thailand. Siapa? Nanti saya bagitau ye. Bila cakap Thailand, saya terbayang macam-macam perkara negatif berbanding yang positif. Apa yang negatif? Hahahaha korang pun tahu kan…Saya nak google apa yang menarik kat sana. Kemudian saya terjumpa artikel di Kosmo Online. Minta izin copy and paste ye tuan/puan penulis akhbar Kosmo.
Ia merupakan sebuah pekan kecil yang kurang dikenali ramai yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah syurga membeli-belah kerana barang-barang yang dijual boleh dianggap lebih murah daripada yang terdapat di Petaling Street, Kuala Lumpur.
Itulah Danok, sebuah pekan kecil di Thailand setelah melepasi Bukit Kayu Hitam di Kedah.
Apa sahaja yang anda ingini seperti pakaian, seluar ataupun beg daripada pelbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Coach atau Prada semuanya ada di sini.
Harga? Ia jauh lebih murah berbanding di butik terkenal Kuala Lumpur, malah lokasi beli-belah di Petaling Street.
Selain sebagai pusat beli-belah, Danok, sebuah pekan kecil ala-ala pekan koboi ini juga adalah syurga makanan.
Makan pulut ayam
Kepada para penggemar pulut, Danok adalah destinasinya. Kita biasa dengan juadah pemanis mulut seperti pulut mangga dan pulut durian, begitu juga dengan pulut kuning yang dimakan dengan rendang ayam. Tetapi di Danok ada sesuatu yang lebih istimewa. “Kalau ke Danok, mesti cuba pulut ayam,” kata seorang kenalan.
Tetapi, pernahkah kita mendengar ayam goreng dimakan dengan pulut? Mungkin ia agak pelik bagi segelintir daripada kita, tetapi itulah makanan yang paling enak di pekan Danok.
Begitu juga dengan kemsom. Makanan Thai itu juga banyak terdapat di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kemsom adalah sejenis gulai persis masakan popular di Melaka iaitu asam pedas, namun rasanya lebih pedas, berwarna kekuning-kuningan dan dicampur rebung
Jom cuba spa
Selain dikenali sebagai syurga membeli-belah dan makanan, pekan Danok turut menawarkan spa untuk wanita yang ingin memanjakan diri.
“Perkhidmatan yang ditawarkan sangat murah iaitu sekitar RM70, anda boleh mendapatkan perkhidmatan urut, lulur badan, mandi sauna dan mandi susu. Kalau di Sintok, Kedah, perkhidmatan seperti itu saja sudah mencecah ratusan ringgit,” katanya.
Bagaimanapun, sesetengah pelancong agak ragu-ragu dengan tawaran sedemikian tambahan pula Danok dikenali sebagai tempat yang menawarkan perkhidmatan seks.
What??? SEKS???!!!!! Serius saya nervous, i’m really nervous!!!
Sebab suami saya akan ke sana dengan kawan-kawan bikers kental dia tu. Terus rasa nak pitam ni. Diorang pergi pakej 2 hari 1 malam, janganlah diorang sambung jadi 3 ke 4 malam pulak kan.
Lepas tu terus taknak balik rumah pulak. Abang, saya pesan awal-awal jangan buat sesuatu di luar kawalan ye. Di hari Jumaat ni saya berdoa semoga suami saya belikan saya handbag, baju dan macam-macam buah tangan untuk saya dan anak-anak.
Dan JANGAN!!!! Buat perkara negatif yang saya fikirkan tu tau!!! Takpe saya yakin abng bukan orang begitu, tapi pengaruh luar ni macam-macam kan? Hmmmm ok, ok, fokus, jangan fikir bukan-bukan, jangan Aju jangan….
Hmmm korang pernah ke sana? Bagitau saya apa yang menarik kat sana, sebab suami tanya saya nak hadiah apa? Hahahahaha mestilah kene beli kan, nanti ada yang tidur luar pulak hahahahahha. Fikir positif, fikir positif jangan spoil mood hujung minggu.
Hahaha. Habis la kak… :p . Pulut ayam tu saya pernah makan dekat padang besar. Boleh tahan jugak sedap.
Best konvoi ramai2
tak pernah lagi pergi sana. kalau ada peluang..nak gak pergi..
haa asal saya baca entri ni rasa lawak kah…karrr alah doakan si dia selamat pergi dna balik..jangan balik bawa sesuatu mmg kena dengan tukol besi..
saya tak pernah ke sana klu kawan pernah le..tah karabi ..tu kat mana saya tak tahu thailand kut..
Waa best nyer…kenapa ajue tak ikut bonceng sekali…hehe…
Lizz ni tadi BIL ajak pi Hadnyai tak tau nak pi ker tak…ni…ingat nak rehat kat umah jer…
pulut yg dimakan dengan ayam tu biasa..ada juga pulut dimakan dengan telur dadar, ikan kering, kelapa
Hehe Thailand tempat selamat, lagipun dia pergi dgn kawan-kawan. Kalau pergi ramai-ramai susah nak buat perkara tak baik hahaha
Info yang menarik..mohon follow back yerr..nanti saya follow back balik..tq 😉
Hahaha ….kerisauan berasas tu 😀 Tapi doakan dia si sang suami,insyaallah tak ada yang tak baik…. Memang syurga beli belah tu Aju. Cuba la pujuk dia ajak Aju sekali lain masa…confirm rambang mata. Dan off course pulut ayam tu memang hot kat sana. Belum lagi makanan Thai yg lain ..
Kalau pergi sana,memang kena kuat iman,kalau pergi suami isteri , ayam kat sana dengan selamba offer depan isteri hahaha..
erk…takpe PM yakin suami Aju baik orangnya…=)
thailand memang banyak tempat menarik ..
kalau nak katakan spa tu, situ tempat urutan paling best
hehehe ..
tak pernah pergi..tapi bila baca ntry Aju ni..teringin nak pergi…nak sopingggg..!!