Bayi menyusu badan tak berak seminggu, normalkah?

Cabaran menjaga bayi baru lahir

Memang dilema betul kalau bayi yang baru lahir ni diuji dengan masalah kembung perut atau menangis di waktu malam. Kita yang baru jadi parents ni semestinya risau dan tak tahu nak buat apa. Dan satu lagi cabaran bila bayi menyusu badan tak berak seminggu, itu normalkah?

Kisahnya adik saya baru melahirkan anak ketiganya. Alhamdulillah jaundis bayi dah normal dan Insyirah semakin hari semakin comel macam auntie dia ;). Kuat menyusu dan kuat tidur, lagipun itulah ajelah rutin baby.

Seronok ada baby, bau syurga orang kata. Biarlah tak mandi pun, bila cium tetap mewangi je. Celik mata mesti nak tengok dia dulu, comel!!

bayi tak berak seminggu

Insyirah dan sihat uols!!! Alhamdulillah

Bayi menyusu badan secara sepenuhnya

Adik saya selalu merujuk kepada saya tentang penyusuan susu ibu, hmmm kalau pergi kursus mungkin saya dah boleh jadi Pakar Laktasi ;). Alhamdulillah sepanjang tempoh berpantang ni Insyirah masih minum susu ibunya secara ekslusif, tahniah buat adik saya tu. Memang itulah azamnya selepas melahirkan bayi.

Azam dia nak fully breasfeed baby sehinggalah umur Insyirah 2 tahun katanya. Insha allah boleh, janji kene rajin pam, minum air secukupnya dan mental kene kuat. Menjadi ibu memang banyak dugaan di samping menjaga luka yang masih belum baik sepenuhnya.

Saya tak nafikan kalau korang pam susu then dapat sikit, ianya dah melemahkan semangat dan secara tak langsung ianya akan memberi kesan kepada mental dan pemikiran ibu-ibu. Takpe jangan putus asa, google je petua nak banyakkan susu ibu, mesti ada Insha Allah.

bayi tak berak seminggu
Apa yang Adam cuba lakukan ni?

Apa komen doktor bila bayi menyusu badan tak berak seminggu

Ok kembali kepada tajuk asal, Insyirah ni dah tak berak seminggu, adik saya tanya saya, normal ke? Saya jawab, macam tak normal je sebab anak-anak saya so far tak pernah lama macam tu duk peram pekasam dia tu ;). Paling lama pun dalam 3 atau 4 hari.

Ok apa lagi google lah, dan tak lupa bawa pergi klinik dan dapatkan nasihat doktor. Apabila adik bertemu dengan doktor, doktor tanya baby kentut tak?

Baby tak berak tapi kentut

Adik kata kentut, then doktor kata it should be okay. Sebab kak au nak bagi ubat lawas berak pun tak sesuai untuk bayi baru lahir ni. Dan ibu-ibu please ya, jangan mudah je nak bagi ubat lawas berak tanpa merujuk pada doktor. Boleh ada kesan sampingan pula.

Kalau saya baca di forum-forum pun semuanya kata adalah normal kalau bayi yang berumur kurang dari 2 bulan, yang hanya minum susu ibunya, tak berak seminggu atau 10 hari. Antara yang dibincangkan ialah ;-

Apa yang perlu di ambil perhatian?

  1. Pastikan bayi kencing seperti biasa. Mudah je nak tau. Check diapersnya. Berat ke tidak? Perhatikan juga warnanya.
  2. Perut tidak kembung atau keras. Yang ni biasanya ibu-ibu akan check dengan ketuk perlahan dengan jari. Kalau kembung, bunyinya lain.
  3. Bayi aktif dan tidak kerap menangis (menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
  4. Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya – bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap.

Foremilk – Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan di awal proses penyusuan. Pada awal sesi penyusuan baby akan menerima susu foremilk dahulu. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Foremilk mengandungi rendah lemak yang mampu menghilangkan dahaga baby kita bukan mengenyangkan

Hindmilk – Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu ini mengandungi kalori juga lemak yang tinggi dan membuatkan baby kenyang.

Bila perlu merujuk pada doktor?

  1. Bayi sering menangis
  2. Perut bayi bengkak dan keras
  3. Bayi tidak mahu menyusu
  4. Bayi kerap muntah – susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Baby normal berak sehari berapa kali?

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula.

Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari, namun membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Walau bagaimanapun, bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

babycenter

Alhamdulillah dah boleh berak secara normal

Itu cerita 2 minggu lepas ye, sekarang Insyirah dah buang air besar secara normal, sehari 3/4 kali okey!! Jadi kalau anak korang juga mengalami simptom yang sama, jangan panik ye.

Hahaha kalau saya pun panik juga bila bayi menyusu badan tak berak berhari-hari. Ingatkan sembelit ke macamana kan. Tapi bila ada pengetahuan macam ni kita tahu nak buat apa kan.

Lagi satu rajinkan mengurut dan menuam perut bayi. Urut kakinya, belakang badan dan cek perutnya. Rajin-rajin tuam perutnya dan tapak kakinya juga.

Baby tak boleh nak bagitau kita masalah dia. Hanya menangis je signal dia tak selesa, nak susu, nak tidur dan keadaan ni ibu ayah akan faham sendiri bila dah serasi dengan si anak.

15 thoughts on “Bayi menyusu badan tak berak seminggu, normalkah?

  1. Hai kak.. jalan2 tetiba terjumpa blog akak plak..
    Lepas tu kebetulan ada cerita pasal baby alin… terus excited. Tahniah Alin.. dah 3 anak 🙂

    By the way saya ni cikpid.. kawan alin. Itupon kalau akak kenal laa.. hahaha

  2. Bagi saya elok stanby ubat ikut bontot. Pasal risau takut suhu badan jadi naik, tapi kalau setakat 3-4 hari biasa berlaku pada baby. cuma ibubapa kena alert takut suhu badan naik

  3. untuk baby fully breastfeed memang normal kalo tak berak seminggu,

    itu yang kaunselor lactation btau syla..

    alhamdulillah anak saye xde masalah bab2 cmni, cume time mule2 lahir die xkencing, doktor kate takut buah pinggang kering…then masuk air

    pastu baru kencing…risaunye time tu…

  4. tengah alami sekarang..hari ni masuk hari ke 4 baby x berak…tengah pantau lg…die menyusu kuat…mcm xpernah kenyang…normal ke tu?

  5. salam…baby saya 5 bulan..fully breastfeeding…dia tak buang almost 3 minggu..every week sy bawa dia pergi klinik dr masuk ubat kat no tot..kalau kes camtu normal ke tak?ada tak cara berkesan nak bagi dia buang air besar se kurang-kurang ya seminggu sekali

    1. Sama mcm kes baby saya skrg ni, fully bf,5 bulan & almost 8-9 hari xberak.Buat ms ni sy xbg lagi ubat masuk kat no tot tu.Ank sebelum ni mcm xpernah pulak smpai mcm ni.Risau sgt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *