Buah tangan dari Danok, Thailand

20131105-072705.jpg

20131105-072720.jpg

Ohoiiii seronoknya suami saya dah balik umah dah, kan dia jenjalan ke Danok selama 2 hari 1 malam. Sepatutnya diorang plan nak konvoi bermotor tapi last minute semuanya terpaksa naik MPV pulak. Katanya musim hujan tak sesuai pula nak naik motor, terpaksalah pergi dengan kereta sebab nak cancel pun tak boleh sebab hotel dah di booked. Diorang semua nak stay untuk 1 malam lagi, tapi suami taknak, katanya dia rindukan saya dan anak-anak. Uwekkk hahahahaha leh caya ke ni yang?? Hahahahahahaha.

Inilah buah tangan dari suami. Tshirt untuk setiap orang. Coklat kisses daim dan buah-buahan. Oklah bang best sangat dah hadiah ni. Handbag?? Suami saya kata harga kat sana mahal, baik shopping kat Sogo je. Untuk tak menghampakan saya, suami ambil gambar handbag je untuk hilangkan geli-geli kat mata saya ni. Alahai tak dapat real handbag, ko tonton gambar handbag ajelah Cik Ton. Dalam hati saya, patutlah suami tak beli sebab tak bestlah design beg ni (ayat sedapkan hati sendiri hihi).

Dan yang paling seronok, suami plan nak bawa saya dan anak-anak ke Hatyai. Wahh bestnya!!! Jangan lupa ye janji abang ni, kalau tak dapat shopping pun, dapat cuci mata ke tempat orang pun jadilah.

20131105-072627.jpg

20131105-072639.jpg

20131105-072652.jpg

20131105-073132.jpg

BACA  Makan angin di Umbai dan Bandar Hilir, Melaka

9 thoughts on “Buah tangan dari Danok, Thailand”

  1. Bnyaknya ole2 yg dibeli…macam2 ada…
    Ya lah dik, bagi akak pun hbeg tu tak berapa cantik…kat tempat kita lagi cantik kan….
    Hatyai…bestnya..janji mesti ditepati kan…hehehe..

  2. waa kemain banyak buah tangannyer tu….lizz pun baru balik dari hadyai ader gak singgah kat danok ni beli ayam goreng n pulut ayam memang sedap sangat…

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: