Alhamdulillah pada Ahad lepas, 3/11/2013, anak ibu, Najiha, sudah selamat menerima sijil tadika Little Caliphs Sri Gombak. Setelah 2 tahun belajar di tadika ini, anak ibu telah menunjukkan perkembangan positif dalam asas pembelarannya. Ibu bangga dengan Najiha, dan semua anak-anak ibu. Ahad lepas, satu majlis Ihtifal Tadika Little Caliphs diadakan di Hotel De Palma, Ampang. Ketiadaan abah kerana ke Danok, Thailand tidak sedikit pun mengecewakan ibu, malahan tidak sabar untuk menghadiri majlis yang akan menjadi kenangan kami sepanjang hayat. Yang penting kegembiraan anak-anak, biar saya susah pun tak mengapa, janji saya dapat membahagiakan mereka, janji mesti ditepati ;).
Mata bergenang saat menulis entri ini, bukan kerana suami tiada di sisi, tapi melihat anak-anak semakin membesar. Melihat mereka lincahnya dan pintarnya menghafal semua aktiviti sepanjang majlis ini. Pasti semua ibu bapa bangga dengan anak-anak mereka. Dari menghafal surah hinggalah pertunjukan lakonan dengan skrip dan gerak geri serta coral speaking, semuanya berjalan seperti yang diinginkan. Walaupun tidaklah sesempurna yang dirancangkan, tapi ianya cukup menyentuh hati dan membanggakan semua orang ;).
Mesti korang terkejut kan, majlis konvo tadika je pun buat kat hotel ke? Bukan korang je, kami ibu bapa ni pun tergezut jugak. Sebelum ni semuanya dibuat di dewan je, kalau tak dewan sekolah, kat dewan UIA Gombak tu je. Percuma dan itu pun dah cukup best dah. Bayaran di De Palma Hotel ni dikenakan RM55/pax untuk dewasa dan kanak-kanak adalah RM45/pax. Mahal sehhh!! Nak kata menu best sangat pun tak jugak, tapi bolehla sekadar nak berseronok di tempat yang lebih selesa dan berair-cond. Positif! Positif!.
Majlis ini adalah gabungan di antara Tadika Little Caliphs Seri Gombak dan Wangsa Maju. Memang best tengok persembahan bebudak ni. Mana taknya, bayangkan anak-anak 4,5,6 tahun beraksi atas pentas. Hehhehe cikgu pun tak terkawal dibuatnya, ada yang hembus mikrofon, atas pentas nervous sampai lupa surah ;), buat hal sendiri ;), biasalah tu, yang bestnya mak pak kebanyakannya siap duduk bersimpuh kat bawah stage ambil gambar anak memasing, termasuklah saya jugak hahhahaa. Barulah best nampak depan mata kan, gambar dan video pun lebih terang dan jelas. Macam nak baring je macam tengok tv kat rumah tu, hahahha amboi kemain over pulak kan.
Si Adam lasak sangat ko!!! Fuhhhh berpeluh saya melayan si Adam ni, mana tidaknya , sepatutnya majlis ni bermula jam 2 petang hingga 5 petang tapi biasalah drag sehingga 6 petang. Adam punya lasak tu, dia ajak saya duduk tepi stage je, taknak langsung duduk kat meja, saya pun ikutkan je sebab sampai tahap drama airmata dah. Apapun biasalah diorang ni kene pandai psiko je, kebetulan saya memang bawa kamera Nikon nak ambil gambar kenangan, haishhhh sikit-sikit, Adam nak pegang kamera kejap je, adam nak ambil gambar sekali je, Adam itu, Adam ini :), dan saya? hanya mampu tersenyum manis di depan semua. Kalau ikutkan dah lama kene piat si Adam tu tapi giler nak buat depan orang?? Alah korang pun macam tu gak kan? kan? kan? Hehhehe lagi seronok Adam buli ibu dia kan?
Tq jugak kat Najwa sebab bagi kerjasama tolong ambil makanan, ambil video Najiha, tolong layan Adam. Walaupun saya seorang, tapi masih mampu layan kerenah mereka bertiga, what a wonderful experience…Insha Allah saya dah biasa ke sana ke mari seorang diri tanpa suami. Saya kene faham suami sibuk dengan kerjanya dan ada minatnya. Saya faham tu tapi dalam hati takpe suami belikan handbag Danok, handbag Danok hohoho rupanya takde puloks handbag tu ;).
Apapun terima kasih kepada para cikgu-cikgu yang mendidik anak-anak ini sehingga boleh membaca dan mengira, mengaji dan sebagainya. Yang pasti, Najiha mesti rindukan teacher nanti. Masa cikgu pindah aritu pun dah nangis kan, inikan nak berpisah sekolah. Sweet memories!! Tq teacher ;).
Wah.. Tadika zaman sekarang ni bukan main lagi ye kak. Siap bermajlis besar nak bagi sijil.
Sweet sangat. Tak sabar nak tunggu anak aku punya lak 16hb Nov 2013 nanti. Sedih dan sebak bila tengok perkembangan anak-anak depan mata kita kan..
waa kemain meriah majlisnyer..suka la tengok dierang ni pakai jubah ropol2 n tudung ropol tu cantik sangat…adam tu maik baba ak ker tu hehe…
fuh! terbaiklah….
sampai ke hotel tu konvonya…mmg kena positif…
apapun, yg penting ttp anak2,kan aju….diorang hepi, jadilah utk kita senyum sepanjang hari…
tahniah najiha!
haiyo Adam buat apa tuh gesel2 kat lantai tuh…haha
Tanniah. Saya sudah lepas zaman tadika untuk anak-anak. Tinggal baby Aslah sahaja lagi. ๐
Tahniah buat Najiha ๐
anak aku baru nak pra sekolah tahun depan. tp makpaknya excited lebih pulak ni
Tahniah Najiha. Meriahnya majlis.Anak2 skrang beruntungkan..Zaman kita dulu tak kenal pun hotel..hihihi
Alaaa sama lah dik, anak2 akak dulu pun sama masa dia orng kecik2 dulu..Dah biasa dgn drama air mata. Tapi bila dia orng dah besar ni, rindu pulak kita dgn zaman kecil dia orng tu..
Lasak betul si Adam ni. Hehe. Biasa la tu bebudak kan. Kena ikat kaki dia kot baru bole duduk diam. Haha
salam perkenalan.. sy plan nk masuk kan anak ke LC thun depan.. nie yg tengah baca blog ttp pengalaman anak2 yg pernah belajar di LC. Tq for sharing
jemput singgah ke blog saya follow sekali yer ๐
http://izzanyrosdin.blogspot.com/