Suami saya rajin betul whatsapp imej islamik dan kata-kata nasihat untuk isteri dia ni. Tq abang semoga doa kita bersama ini dimakbulkan Allah. Saya yakin korang pun mesti buat perkara yang sama juga kan? Peringatan macam ni memang bagus sebab manusia ni kadang kala terlupa dan leka, kalau hari-hari diingatkan dengan nasihat yang baik, Insha Allah kita bersama menuju ke arah yang baik juga kan. So sweetttt!!!
Saya tanya suami “Bang kalau kita dah tua nanti jangan lupa, kita mesti loving macam masa muda ni ye?”. Suami jawab,”of course, nanti kita buat aktiviti panjat bukit sama-sama nak? Panjat Bukit Broga ke, Bukit FRIM Kepong ke, nak?”. Masalahnya larat lagi ke bang? Kalau kata dah menggigil lutut sebab gout mau parkinson kita kat kaki bukit tu. Tak larat abang nak pikul aju dah, silap-silap haribulan aju pulak kene pikul abang gi hospital, isk isk isk. Abang pun satu, bila dah tualah nak panjat bukit kan, ngeh ngeh ngeh….
Suami saya memang suka aktiviti bersukan panjat memanjat bukit ni. Korang boleh baca entri kitaorang panjat bukit FRIM kat Kepong dulu tu. Memang menyihatkan badan di samping menyemputkan tahap pernafasan sebab jarang sekali kitaorang buat aktiviti ni. Setahun sekali je kan, macam berhari raya jugalah konsep dia tu. Tapi seronok sebab, korang akan rasa satu kepuasan tak terhingga bila dah sampai kat atas nun, rasa segar dan badan pun rasa ringan je…
Apapun peringatan ini adalah untuk diri sendiri dan juga untuk perkongsian bersama pembaca blog ini. Semoga kita sama-sama beramal dan beringat sentiasa aminnn.
Tu namanya suaminya caring…
Harap2 nanti Mr Hubby akak boleh buat cam dalam gambar tu. Jangan dia cakap tak kuasa udah lee
bagusnya kan..saling mngingati…
Wahh tinggi anagn-angan tu..hehe..harap kuat lagi lah masa tua nanti..yer?
kunjungna pertama dan langsung merasa lapar melihat hasil masakannya, hehee, salam kenal