Salam Sabtu semua!!
Ikan patin temerloh memang femes kan, tapi kalau nak bandingkan Love U Mr Arrogant dengan ikan patin tu, sapa paling femes sekarang?? Ahhahaha takde kaitan pulak nak buat perbandingan macam tu ekk. Bukan apa sekarang ni cerita LYMA popular sana dan sini kan. Jadi bagi nak meredakan kehangatan tersebut jom pekena ikan patin masak tempoyak dulu!!!
Cuti Maal Hijrah yang lepas suami ajak jenjalan naik motor rabbit. Hmmm motor lama dah jual, saya no komenlah bab-bab jual beli motor ni, nanti lagi panjang membebel kat sini. Jadi terus kepada cerita naik motor ek hihi. Sebagai nak membeli jiwa (term yang diguna pakai kawan bikers suami), saya dipelawa makan ikan patin tempoyak di Temerloh. Saya tanya, kita berdua je bang? Kalau dengan kengkawan abang Aju malulah. Yelah of course lelaki je yang join ride tu nanti. Then suami kata ye sayang, hanya kita berdua, berdua kan lebih baik. Hoke2 saya on jek, orang nak belanja makan jangan tolak ye dak.
Anak-anak kami hantar ke rumah pengasuh. Syukurlah ‘mak’ diorang ok je sebab Isnin tu saya cuti so dah puas berehatlah ‘mak’ tu. Anak-anak fikir kami kerja jadi diorang redha je. Hahaha bagi chance ok ibu dan abah nak berdating. Hari Selasa tu hujan renyai-renyai seawal jam 7 pagi. Tunggu hujan reda dan kami mulakan perjalanan jam 8:15 pagi. Bismillah, jangan bawak laju-laju ye bang, jalan licin dan hujan gerimis masih terasa.
Hmmm kelajuan waktu tu maksimum pun 170km/j dan itupun dah rasa laju sangat dah. Waktu kami sampai di Temerloh, kedai ikan patin Pak Usop yang femes tu tutup pula, so kami makan di kedai sebelah menyebelah tu je. Itupun dah mantop rasa patin tempoyak dia, hmmm bestlah!! Tengoklah aksi dapat makan ikan patin, hmmm nyummyyy!!! Harga bagi sepotong atau sebelah bahagian ikan tu adalah RM10 sahaja. Hmmm bestt!!
Amboihh happy dapat makan ye, seronoklah sebab makan sarapan kat Temerloh tu. Lepas-lepas ni bolehla nak ajak suami makan tengahari kat Johor, makan malam kat Melaka pun senanglah ye dak hahahaha melampau pulak. Hmmm licin pinggan, saya bab makan memang licin sokmo, nak-nak orang belanja hmm lagilah seleranya ;).
Wahhh seronoknya jalan2 cari makan smbil berdating naik motor…romantik gitu…
Memang pemes kan ikan patin Temerloh ni…teringin jugak nak ke sana..
wah..Bestnya Aju sesekali dating naik motor besar dgn en.abang.. ๐
Best dpt dating…
Patin tempyak temerloh mmg sedap. Tingat ms ge umah cik.naeim…
Sedap tu patin masak tempoyak…
saya boleh masak tapi tak berapa retik nak makan ikan itu uhuk..si aju dah berapa kali tambah?
tak pernah sampai Temerloh lagi , kalau sampai boleh la cuba nanti…=)
Ikan patin masak tempoyak sendiri bikin je selalu makan…yg Temerloh punya sekali pun belum ada peluang merasa. Wah memang bergaya tengok Aju posing dengan Rabbit tu hihi
bestnya dapat pekena ikan patin masak tempoyak. rasa nak buat ikan patin masak tempoyak pula untuk makan tengah hari ini… huhu~
wow licin mangkuk tu..memang puas hati kan
wah kuat makan sungguh tengok dah licin ๐ kira dapat harga oklah tu
Memang kegemaran saya ikan patin masak tempoyak tu tetapi belum pernah merasa masakan orang temerloh.
patin masak tempoyak tk reti skit tekak ni nk makan..tapi kalo patin goreng berlada sedapppp..hehe
Waa bestnyer dating naik moto auww..dapat mkn ikan patin temerloh tu…rugila kedai pak usop tutup kalo tak blh pekena air jagung powernyer tu..nanti bolehle mkn2 belah2 utara pulok…hehe
Pehh ikan patin masak tempoyak ni memang best la, tengok pun dah meleleh air liur, lama betul tak pekena patin pak usop tepi sg tu