Pindahan wang ke Akaun Tabung Haji melalui Cimbclicks | Baru minggu lepas saya tahu kita boleh transfer duit secara online ke Akaun Tabung Haji. Sebelum ni saya ke Bank Islam untuk transaksi simpanan wang Tabung Haji.
Menyimpan di Tabung Haji melalui CIMB Clicks
Dan sampailah satu masa tu saya terfikir nak telefon CIMB bank, manalah tahu boleh transfer online dari cimbclicks ke Tabung Haji kan. Rupa-rupanya bolehlah!! Dan mudah sangat caranya.
Tapi syaratnya korang mestilah dah berdaftar untuk cimbclicks. Kalau ada akaun cimb tapi tiada cimbclicks, takpelah korang duduk diam-diam baca entri ni, pastu terus daftar CIMB online tau ;).
Log masuk ke CIMBclicks
Mula-mula daftar masuk Cimbclicks. Tengok dalam akaun ada baki berapa duit tu? Hmm banyaknya duit korang!!
Hehehe untuk transfer minimum adalah RM1 dan maximum adalah mengikut limit akaun korang dalam masa sehari.
1) Log masuk ke CIMB Clicks
2) Lepas tu klik “pay bills“.
3) Korang scroll ke bawah dan cari “government agencies“.
4) Lepas tu korang cari pula “Lembaga Tabung Haji“.
5) Masukkan butiran yang diperlukan contohnya Nombor akaun Tabung Haji, no kad pengenalan dan amaun yang nak dipindahkan.
6) Anda juga boleh setkan kepada “My Favourites” jadi selepas ini dah boleh terus pindah wang tanpa perlu masukkan butiran di atas. Hanya perlu pilih akaun yang mana untuk anda lakukan transaksi.
Buat potongan gaji
Selain itu saya juga ada buat potongan gaji untuk mudahkan transaksi pindahan wang ke Tabung Haji. Lagi mudah dan setiap bulan dah tentu-tentu akan masuk ke akaun tersebut. Untuk kaedah ni sila berhubung dengan pihak HR untuk mengisi borang yang berkenaan.
Semak baki Tabung Haji Secara Online
Dan yang pasti kita juga boleh semak akaun Tabung Haji secara online tau. Dah tak perlu nak call atau pergi ke Tabung Haji untuk semak transaksi atau baki akaun.
Semak baki Tabung Haji secara online
Semoga dengan tabungan ini memudahkan kita untuk melakukan Rukun Islam yang ke 5. Dan jangan lupa untuk mendaftar Haji dengan baki minimum RM1,300 di dalam akaun Tabung haji.
Semoga niat dan usaha murni ini dipermudahkan Allah. Semoga entri Pindahan wang ke Akaun Tabung Haji melalui Cimbclicks ini bermanfaat.
sekarang ni semua mudah aje kan..
yang penting ada akaun cimbclick, duit yang nak dipindahkan & no. akaun TH.
selamat menyimpan 🙂
Saya buat potongan gaji je Jun, tapi tahun depan nak up sikit potongan
Saya pun pilih cara potongan gaji, mungkin sebab saya kurang berdisiplin kot. Apa pun CIMB Clicks memudahkan bila-bila boleh pindah ke akaun TH. Mana tau ada duit lebih nak masukkan.
Akk br tau boleh transfer tru cimbclicks ni. Selama ni transfer tru maybank je. Maybank caj rm1.50 tau.
sekarang ni semuanyer musdah tingal klik2 jer dah siap…cuma jgn tersalah klik sudahla kan…
selamat berhujung minggu ajue…hujung minggu ni boleh lah makan2 sodap kat mana lak lepas ni hari tu makan ikan patin tempoyak kan….
mkin mudah mahu menyimpan skg nie..
cme kita je kne ade inisiatif sndr
memang lebih mudah..
setakat ni saya cuma guna untuk asb jer
Uit.. murah je caj yang dikenakan. Berbanding kalau kita guna bank rakyat yang dah dilinkkan ke TH, cajnya RM1 setiap transaksi.. Lebih berbaloi buat camni. Thanks la bagi info ni. Takde la susah-susah nak ke bank rakyat lagi pasni.
Mudah kan sekarang ni…
Akak buat potongan gaji utk anak..
Urusan perbanking atas talian dah semakin maju sekarang.
setiap bulan guna cimbclicks ni..lagi senang…kalau transfer ke akaun lain pun chargenya lebih menjimatkan dari bawa kereta pergi bank
Ha oklah macam tu.. boleh la buat simpanan thru cimb lepas ni..
hopefully cepat la membiak 😀
thx for info. Puas cari kat investment link dlm cimbclick. rupanya link kat pay bills ye. thx ye….
akk buat simpanan utk mak je. utk diri sendiri simpan time dapat bonus je. hu hu hu.
MBB caj RM1.50 tau. Baik guna cimbcliks ni aje. Tapi kdg akk pi Cash deposit mesin Maybank tu je. Pun boleh jugak.
ade sape2 tau kalau nk transfer dari bank islam ke tabung haji?
Thanks for the info
terima kasih for sharing..dah lama duk mncri..alhamdulillah x yah nk p branch TH lg pasni..
I pergi tanya branch cimb pn tak tahu ni.. susah2 nk kena buat cheque.. tp cheque machine rosak pulak lepas sejam tnggu.. last2 google jumpa guide.senang! atas katil je.thanks
Minimum charges rm1 ke? Dah sah3 kat situ katanya charges rm0.50 je..haha..