Sponsored post ini ditaja oleh Nestle (48 hours)
Ehemmm ini resepi terbaru dari saya untuk korang semua cuba. Masakan kali ini sangat mudah dan berasaskan Yogurt yang mana kita tahu ianya rendah lemak dan baik untuk kesihatan. Yogurt boleh dicampurkan ke dalam pelbagai jenis hidangan termasuk pencuci mulut, dijadikan sos berkrim, bahan perap masam, melembapkan hidangan bakar dan banyak lagi. Untuk mereka yang menggemari yogurt asli, Nestlé® mempunyai Yogurt ‘Set’ Asli tanpa gula yang diperbuat daripada resipi tradisional. Nestlé® Yogurt ‘Set’ Asli adalah campuran susu & kultur hidup, tanpa gula, pewarna atau perasa tambahan. Ia juga merupakan sumber kalsium yang baik dan rendah lemak.
Tahukah anda …
Nestlé® Yogurt ‘Set’ Asli adalah pilihan yang lebih baik untuk menggantikan bahan-bahan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi seperti krim masam, mayones, atau santan dalam masakan anda.
Ok kita terus sahaja kepada cara-cara penyediaan resepi Ikan tiga rasa dengan yogurt asli ini, bahan-bahannya ialah:-
Bahan utama
Ikan
(Ikut suka koranglah ikan jenis apapun)
Bahan tumisan
4 sudu Yogurt asli
4 biji Bawang merah (potong dadu)
2 biji Bawang putih (dihiris)
2cm Halia
Cili kisar
Sos cili
Sos tomato
Sedikit minyak
Garam secubit rasa
Cara-caranya
1. Mula-mula panaskan minyak, kemudian masukkan cili kisar dan bahan tumis iaitu bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan yogurt asli, sos cili dan sos tomato. Kalau korang nampak macam pekat tu boleh masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Jangan lupa masukkan sedikit garam secukup rasa dan bukan sesedap rasa ye puan-puan
4. Hmmm dah siappp pun!!! Sekejap sangat masak ni tak sampai pun 20 minit. Setelah siap korang boleh tuang terus ke atas ikan yang telah digoreng terlebih dahulu. Mudah kan? Dan jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini dan resepi masakan yang lain, bolehla ke http://ww2.nestle.com.my/dearnestle/product/pages/landing.aspx. Selamat mencuba!!!.
nampak sodap , lapar pulak jadinya den…
tu dia..3 rasa tu. wat la yang 7 rasa plakk..
Nampak sedap…kebetulan, saya pun suka makan yogurt..boleh la try tak lama lagi..
** Psstt..lama tak singgah sini..cantik header? 🙂
Lain kali bolehlah kakak cuba style Aju ini.
Kakak jarang dpt jumpa N3 Aju tau. Kenapa ye?
ini entri sponser post yang sebelum ini kan? kali ke-2 tengok pun, tetap nampak menyelerakan…
wahh, siap guna yogurt lagi tu..
Nak kena try jugak nih..nampak sedap sangat…
Boleh ke yogurt ni guna untuk masak..kena bagitau isteri ni,..haha
Macam sedap jer ☺☺