Alhamdulillah berpeluang lagi mengikut suami keluar daerah atas urusan kerja. Kalau dulu kami ke Johor Bahru, kali ini kami ke Kedah dan Pulau Pinang. Walaupun suami selalu pulang lewat kerja, meeting, meeting dan meeting. Tapi Alhamdulillah bila suami pelawa ikut dia sekali ke sana, saya dan anak-anak melompat bintang keriangan!! Hoyey!! Terasa pergi bercuti jugalah walaupun terpaksa menunggu lebih 3 jam sementara suami terchinta sedang melawat tapak dan melayan client. Yang penting anak-anak yang happy, sebab sekarang ni cuti sekolah. Setiap hari tanya bila nak pergi jalan-jalan? Awal minggu cuti tu seronoklah duduk rumah, tapi masuk minggu kedua cuti, masing-masing dah mula tak keruan.
Kami bertolak dari KL jam 6:15 pagi hari Sabtu, bertolak awal tu sebab suami meeting jam 11:00 pagi. Anak-anak tak mandi pun, angkut je semua masuk dalam kereta. Dan Alhamdulillah tiba di Sungai Petani jam 11:11 pagi. Owh terlewat 11 minit, itupun tekan minyak 120 ke 140km/j. Fuuhhhh!!! Biasa kalau perjalanan jauh memang kami bergilir drive, bila tiba turn saya, suami pesan, “Yang, maintan meter tu 120km/j tau kalau tak nanti tak sempat nak sampai pukul 11 pagi kat Sg Petani. Pulakk??? Korang ada suami pesan cenggitu?? Biasa orang pesan, drive carefully ye darling, tapi saya tak, siap cakap kalau 140km/j lagi bagus. Ya ampuunn Kak Ton tak rasa comel dah, Kak Ton rasa nak pengsan kat situ.
Suami saya tinggalkan di tapak kerjanya. Sementara tunggu suami melawat tapak, saya membawa anak-anak ke Tesco Sungai Petani. Kebetulan ada offer untuk warna Stabilo Swan 24 batang hanya RM6.50 sekotak. Setiap tahun memang saya buat stok warna ni, senang sebab tak perlu nak beli dan beli, semestinya harga pun murah sangat. Selain warna, saya beli juga stationeries yang lain-lain tu seperti pemadam, pengorek, pembaris pendek kata barangan asas di sekolah. Itupun berhabis jugalah, sebab tau ajelah bawak askar-askar ni ade je nak menge”pow” ibunya.
Selepas beli dan blah, nak turun ke parking lot tu lalu pulak depan mainan ni. Kene pow lagik!!! Ish kalau tak diturutkan kesian, sebab abahnya lambat lagi nak habis meeting. Saya layankan ajelah. Itupun habis RM10 hengget kat situ. Dan nak turun parking lagi, lalu pulak depan henna ni. Owhhh sesedap rasa pow ibu dia lagik, kenelah RM10 lagi untuk inai di sebelah tangan seorang. Uishhh berpeluh ketiak melayan bebudak ni.
Dan akhirnya, sampai jugak kami di kereta. Jam menunjukkan pukul 3:30 petang dan saya terima panggilan dari suami, “Yang kat mana? Abang dah settle meeting ni,”. Ok i’m coming bang!! Ibu tak larat dah nak melayan anak-anak ni ha, syukurlah tepat masa saya habis beli barang di Tesco dan waktu suami selesai tugasannya. Tilam owh tilam, tak sabar nak landing ;).
Last but not least gambar kami berdua, korang tak rasa nak muntah kan? Hehe
ooo akak baca tajuk ke pulau pinang.. pergi dulu sg petani yerk..
memang seronok dapat jalan2ni… terutama cuti sekolah..
anak2 kalau duk rumahjer mulaler bosankan..
ala sweetnya Jun, nampak hubby hilang penatnya…
Eh mana Pulau Pinang? tu Sg Petani.
Apa2 pn gmbr last tu paling bess.
ada peluang macam ni anak-anak yg paling suka sekali…sweet sangat gambar last sekali tu
Waa seronok pi jalan2 utara no…seronoknla anak2 bercooti jalan2 yek boleh paw tu yg best tu…hamboikan romantik gitu…
Lebih hadlaju 10km/j tak pa lagi kot kak tak kena saman.. 🙂
Hehhee dapat peluang bercuti memang bestla kan 😀
amboi, berpeluk sakannn nampaknya tuu. haha