Assalamualaikum
Saya kini di Hotel Istana kerana menghadiri Seminar Peruncitan Kebangsaan yang dianjurkan oleh PUNB yang bertajuk Inovasi dan Transformasi ke arah Globalisasi. Di sini banyak membincangkan halatuju usahawan Bumiputera supaya lebih inovatif dan kreatif bagi menampilkan kelainan bagi meningkatkan daya saing seiring dengan kecanggihan teknologi.
Yang menarik perhatian saya adalah tentang perkongsian informasi dalam Perniagaan Runcit Secara Online yang mana PUNB telah menjemput Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM). Nanti saya kongsikan dengan anda semua ye. Sekarang ni layan gambar je dulu ;).
Pelbagai pendekatan dilakukan bagi memastikan usahawan bumiputera sentiasa dikemaskini dan dibimbing bagi memastikan perniagaan mereka berjalan lancar dan berterusan. Saya dari dulu memang minat nak berniaga dan punya premis perniagaan sendiri, tapi…memikirkan risiko yang bakal dihadapi, saya memilih untuk makan gaji dan melihat peluang yang ada seterusnya mana tahu peluang yang ada akan digunakan dengan baik kan. Insha Allah.
nanti kongsikan yer…. mula bisnes online kecillan pun kira dah okey aju
Sesuai walaupun untuk peniaga kecil… apa lagi yang ada butik online tu hihi ๐
itu tengah nyanyi lagu negaraku ke???