Sponsored post, salah faham daa

20131118-115111.jpg

Ingat tak entri semalam ni, tentang resepi yang menggunakan Nestle Yogurt Perasa Asli. Rupanya pihak Nuffnang hanya minta link blog sama ada blogger mahu menyertainya atau pun tidak. Yang saya ni pula dah terajin sangat pergi buat satu entri khas tentang resepi baru tu, puiiii!!!

Tulah tak baca betul-betul kan terma dan syarat tu terus je menonong ntah ke mana hala. Takpelah at least masakan resepi terbaru saya tu telah mendapat pujian dari suami dan anak-anak terchinta ku!! Memang tak berhenti memuji sepanjang makan tu, eii sedapnya eii sedapnya. Suami tanya, aju baca apa masa masak ni? Sedap sangat. Hehehe jawab saya, tak baca apapun bang, janji ikhlas, Insha Allah masak apapun terbahekkk!!!. Dapat juga pujian itu memujuk hati ini.

Takpelah semoga ada rezeki untuk join Sponsored Post Nuffnang ni. Apapun good luck untuk semua!!!

23 thoughts on “Sponsored post, salah faham daa”

  1. hehehe..sekali dapat email nuffnang tadi, empat terus..dah bajet dah hari tu, bukan kena tunggu diorang panggil ke..hehe

  2. akk mcm saya lah.. jnis bca tk hbis..selalu gitu.. sy mmg malas bca emel atau msg pjg2.. :b

    plg seronok bila masak suami puji melambung2.. terasa dihargai gitu

  3. Haha..sy ingat sy sorang je mcm tu. Sy eksaited sgt terus buat entry resepi. Then esok paginya ada sorang blogger pi komen kat entry sy, tanya Nuffnang dah bgtau ke yg sy terpilih? malunyeee..terus sy hide entry tu. Haha

  4. la.. salah faham rupanya… tak per, mudah-mudahan ada rezeki untuk dapat sponsored post yang lain pula lepas nih~

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: