Pada 11.12.13 yang lepas, arwah abang ipar (biras) saya telah dijemput mengadap Ilahi. Perginya meninggalkan pelbagai kenangan indah bersama. Kekurangan pada dirinya bukan penghalang untuk arwah membina kerjaya dan pada saya, arwah sangat-sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasan harian. Sekalung AlFatihah dan doa disedekahkan buat arwah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Penyunting Bernama di Meja Isu Khas dan Rencana, Zulkiple Ibrahim, 52, meninggal dunia Rabu selepas sakit seketika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) di Petaling Jaya.
Zulkiple, yang menyertai Bernama sebagai Eksekutif Editorial pada 1996, bergantung pergerakannya pada kerusi roda selepas kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi berkaitan diabetes pada lewat 1990an dan terpaksa menjalani dialisis selama lebih sedekad.
Beliau akan dikenang sebagai penyunting yang tajam pemikirannya dengan minat menulis yang mendalam berpandukan kekuatannya memerhati sesuatu.
Kebanyakan tulisannya dalam bentuk rencana berkisar pada perkara-perkara biasa berkaitan kehidupan dan insan-insan yang mengalami kesulitan sama seperti beliau.
Sumber tulisannya sering merupakan orang-orang yang ditemuinya di hospital atau ketika menjalani dialisis.
Beliau adalah petugas pertama Bernama yang dibenarkan bekerja dari rumah tetapi Zulkiple mempastikan beliau datang ke pejabat sekurang-kurangnya dua kali seminggu bila ada pengangkutan.
Zulkiple yang berasal dari Pasir Mas Kelantan meninggalkan isteri Zaidah Zainal, 44, seorang jururawat di UMMC, dan tiga orang anak Zul Azraii, Zaidatul Azreen dan Zul Azfar.
Sementara itu, Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata: “Kita kehilangan seorang sahabat dan rakan kerja yang baik pada diri Zukiple yang sentiasa positif tentang apa saja yang dihadapinya.”
“Bagi kami di sebuah pertubuhan berita, kehebatan beliau ialah kebolehannya menghasilkan berita yang cukup menarik dari sesuatu yang hanya dianggap biasa”.
Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh meminta warga Bernama menyedekahkan surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sebanyak mungkin untuk arwah dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Datuk Zakaria Abd Wahab berkata semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang beriman.
Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Luar Negeri/Antarabangsa) Ahmad Zukiman Mohd Zain berkata arwah ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada 21 Nov untuk memberitahu (bahawa Allahyarham) akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52.
“Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatnya dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.
Editor Meja Isu Khas dan Rencana Mohamad Nasir Yusoff menyifatkan arwah sebagai seorang sahabat akrab dan rakan sekerja yang baik.
“Kehilangan yang sangat terasa bagi meja kami khususnya, pemergiannya mengakhiri penderitaanya,” katanya.
Editor Meja Penyunting Bahasa Melayu Rohana Mustafa berkata Allahyarham merupakan seorang petugas cemerlang, amat kreatif dan tajam pemerhatiannya, yang diterjemahkan ke dalam pelbagai penulisan rencana.
Tambah Rohana, yang juga bekas editor Meja Rencana, arwah tidak pernah menjadikan penyakit dan kecacatannya sebagai penghalang untuk terus produktif dan komited dalam penulisan rencana.
“Walaupun beliau seorang penyunting, tetapi beliau meletakkan sasaran setiap bulan untuk menulis artikel. Arwah juga merupakan seorang rakan yang baik kepada semua, tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan semeja,” katanya.
Selain menyunting berita, Zulkiple sentiasa sedia membantu penulis menghasilkan artikel, kata penulis rencana Sakini Mohd Said.
— BERNAMA
alfatihah…untuk arwah abang ipar ajue
moga rohnye dicucuri rahmat
Al-Fatihah moga rohnya tenang di sana .
AL-fatihah.
al fatihah ..
sad to hear this .. may allah always bless arwah .. aminnnnnnnn
miss u so much ..
sorry sgt2 sbb x update hhuh
tq so much sbb sudi singgah blog akk tau .. ๐
Al-Fatihah dan takziah.
al-fatihah dan takziah.
Takziah untuk keluarga arwah…al-fatihah.
Al-fatihah..takziah untuk keluarga arwah..
takziah.. al-fatihah untuk arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat
takziah
moga mendapat rahmat allah selamanya
takziah dan al-Fatihah utk arwah…
takziah dan alfatihah
Takziah untuk keluarga mangsa..pasti bakat dan kebolehannya akan menjadi kenangan seumur hidup..