Hari ini dah masuk malam yang ke 3 anak-anak perempuanku iaitu Najwa dan Najiha tidur di rumah maklongnya. Maklong merupakan kakak suamiku yang baru kehilangan suaminya. Diajak balik ke rumah memang taknaklah sebab ramai sepupunya di sana kerana maklong mengadakan kenduri tahlil. Kami pula akan pulang ke rumah sebaik tetamu pulang dan semua perkakasan hidangan diselesaikan.
Kalau boleh saya memang taknak menyusahkan kakak ipar. Sudahlah baru kehilangan suami tersayang, nanti sibuk pula nak menyiapkan anak-anak saya. Tapi dari sudut positif, biarlah anak-anak di sana, at least maklong ada peneman dan penghibur. Syukur anak-anak saya jenis yang ringan tulang, memang saya tegaskan dan bukan nak membangga diri, kalau boleh biar mereka lakukan segalanya sendiri. Makan, mandi, pakai baju, asingkan baju kotor, basuh pinggan, kemas pinggan dan semuanya dilakukan sendiri. Dan jangan susahkan orang lain.
Sepatutnya anak-anak pulang ke rumah hari ini. Seperti yang telah kami bincangkan malam semalam setelah selesai majlis tahlil, Wak Isam akan tolong hantarkan Najwa dan Najiha ke rumah. Sebaliknya berlaku apabila saya terima panggilan dari Kak Long.
Kak long : Assalamualaikum Ju
saya : Waalaikumusalam, ye long.
Kak long: Budak-budak ni taknak
balik, katanya nak tidur sini lagi malam ni, diorang minta along tanyakan ibu dia. Ni cakap dengan Najiha.
(Najwa taknak cakap dengan ibu, bimbang ibu tak benarkan)
Najiha: Ibu malam ni ktorang tidur umah maklong tau!
Saya: yeke? baju macamana?
Najiha: Takpe maklong dah basuhkan
Saya : Ok, tapi korang jangan susahkan maklong tau
So anak-anak kalau korang baca coretan ibu ni nanti, macam inilah korang masa kekecik. So sayangi semua orang di sisi kalian ye anak-anak mmuuahhhh!!!!
molek juga tu
beri peluang mereka untuk hilangkan sunyi
Sekurang2nya maklong diorang ada peneman dan penghibur…Salam Takziah buat keluarga kak ipar Aju…
Dapat juga hilangkan sunyi Mak Long tu ye..
Cuti sekolah banyak aktiviti boleh buat dengan saudara mereka kan.
Aduhaiii..tentu rindu tu menggunung pada anak2..
Tapi, Sekurang2nya terubat jugak kesunyian Mak Long tu dgn kehadiran anak2 Aju…
adam x ikut lak…..nak berkepit ngn ibu la tu…hehe…
entry rindu anak2 yer ajue…hehe
tak per sekali sekala teman maklong..
bila depan mata asyik nak marah kan..tp bila tak nampak depan mata memang rindulah jadinya…
Seronok ada sepupu sepapat. TU yg tak nak balik.
jangan nangis sudah la. haha..
waduh..mmg sis seorang yg mempunyai nilai keibuan yg sgt tinggi…
Macam tak sedih aje 3 malam tanpa anak..haha..bagus ajarkan mereka berdikari ni..