Amzar Motel
Ini adalah penginapan di Amzar Motel ketika bercuti di Pulau Langkawi pada minggu lepas. Malam pertama menginap di Amzar Motel dengan kadar sewa RM150 untuk satu malam. Dilengkapi 2 katil kelamin, water heater, tuala mandi dan beberapa plug point. Heheeh penting nak mention tu sebab nak caj 2 handphone dan powerbank ;).
Tapi yang tak bestnya di tingkat 1 sebab bilik di atas tanah semua dah penuh. Tapi yang tak bestnya bilik air tersumbat. Bila mandi air bertakung dan lambat pengalirannya tu. Harap-harap Amzar Motel mengambil berat akan masalah ini dan cepat bertindak selepas aduan saya ini, kekekekek macamlah diaorang baca blog aii kan….
Sandy Beach Resort
Hmmmm ok malam kedua dan ketiga, kami menginap pula di Sandy Beach Resort dengan kadar sewa RM140 untuk 1 malam. Dengan bayaran tersebut bilik dilengkapi 2 katil kelamin, tuala mandi, water heater, beberapa plug point dan yang penting ada BREAKFAST!!! Hehehe..Yang penting ianya landed dan tak perlu naik tangga.
Walaupun biliknya tak menghadap laut, tapi ianya tetap selesa. Bilik ni terletak seberang jalan dari persisiran pantai ye. Takpelah walaupun perlu berjalan kaki, namun ianya tak memenatkan sebab dekat je nak jalan tu pun. Aduyaiii!! Syok woaaa breakfast menghadap laut sambil melihat anak-anak main pasir dan mandi laut.
Bukan anak-anak je, mak pak pun sama naiknya. Disebabkan bawa handphone untuk mengambil gambar dan video kenangan, saya dan suami bergilir-gilir mandi laut sambil menjaga anak-anak. Mana nak mandi, mana nak jaga harta benda lagi kan, kalau ikutkan suami disuruhnya letak aje handphone tu kat selipar kitaorang tu.
Uiishhhhh jangan buat pasal nanti hilang, beribu tu bang ooiiii. Alhamdulillah cuaca di Pulau Langkawi sangat cantik sepanjang percutian kami ini. Bukan cuaca je, orang-orangnya pun cantik dan seksi. Laki saya beronok-ronok cuci mata, hamboihhh genyeh mata tu ngan pasir ni nanti baru tawwwww!!
Anak-anak pula pantang nampak orang pakai baju mandi. Ibu! Ibu! tengok abah tu, tadi dia tengok orang perempuan tu. Haishhh korang ni, rasa nak tutup mulut sensorang tu.
Malulah ibu ni, nanti orang kata ibu queen control pulak muahahhaha. Dah ada depan mata, camno nak halang anak-anak dari menengoknya kan, senyap ajelah. Takpe yang penting ibu tetap vouge, vouge ke? hahahhaha
Sempat juga saya snap gambar di atas ni. Cantik tak Kak Ton??? Tengoklah si Adam, ibu baru nak jiwang-jiwang dengan abahnya, datang si adam terus dia padam tanda LoVe tu ;). Jeleslah tu..Lagi satu kalau mandi laut wajib main pasir pastu tanam badan dalam pasir muahahahahah.
Mangsanya pastilah Najwa dan Najiha. Diorang seronok buat mende macam tu, pastu abislah swimming suit tu melekat dengan pasir-pasiran. Jenuh maknya nak membuangnya, sampai hari ni ada lagi saki baki pasir kat baju tu. Hmm kenangan :0
So itulah review saya tentang penginapan di Amzar Motel dan Sandy Beach Resort Langkawi. Moga dapat datang ke sini lagi.
Happynya dpt pergi ke Langkawi, memangbtempat yang menarik utk dilawati.
Bestnya. Tak pernah sampai langkawi lagi.
Bestnya cuti-cuti langkawi
Sandy Beach Resort tuh nampak menarik , boleh dijadikan tempat penginapan seterusnya jika berpeluang cuti ke Langkawi pada masa hadapan…=)
Amboi bikin tliur pulak nak pi sana… memang best kan
wah, seronok benar nampak tu
selamat menikmati keindahan langkawi
Hotel yg kedua tu best Jun, kalau saya pun akan amik bilik macam tu senang nak uruskan anak2..
seronoknya dapat bercanda di tepi pantai….
Wahhh dah lama tak tanamkan diri dalam pasir ni..hehe