Mula-mula nak minta maaf. Cerita ni dah lama sebab expo di Mid Valley tu adalah pada 22 – 24 November 2013 yang lepas. Bukan sengaja peram entri ni tapi menunggu masa untuk di draft dan di publish. Almaklumlah kengkonon busy mengalahkan prime minister kan.
Anak-anak saya semuanya masih menyusu, Najwa 8 tahun, Najiha 6 tahun dan Adam 3 tahun. Bezanya hanya Adam yang menyusu botol dan kakak-kakaknya minum susu guna cawan je. Kalau kakak pun guna botol memang nak kene babab montotnya tu. Adam ni kuat juga menyusunya tu. Bangun tidur, lunch, petang, malam dan sebelum tidur. Tapi Alhamdulillah dah tak bangun malam menyusu sejak dah bercerai susu badan sewaktu umurnya genap 2 tahun.
Emmm tidur malam saya tiada gangguan dah setahun lamanya ;). Tu yang dah berfikir-fikir nak punya baby kecik lagi sebab sudah rasa selesa untuk bergerak dan menguruskan mereka ini ;). Sebelum bebudak ni masuk tidur saya akan pastikan semua dah pergi toilet dan buang apa yang patut dibuang. Nak pula sekarang ni malam-malam sejuk sampai ke tulang, jadi rasa nak terkucil tu lebih kuat berbanding kebiasaannya. Ada juga sekali tu Adam terkucil, ya Allah syukurlah tak membuang atas tilam. Adam dah bangun dan kejutkan abahnya ajak teman dia ke toilet tapi sayang tak sempat. Melambak kencing atas simen. Gigih jugalah saya bangun mengelap kencing dari merayau ke tempat lain. Angiinnnn je ibu ko ni Adam.
Ok tentang botol susu, kebetulan officemate saya pergi ke Mid Valley waktu expo ni. Kami kat opis ni pakat pesan je sebab malas rasanya nak terjah tempat ramai orang macam tu. Memang murah sangat katanya sebab less 50% dari harga biasa. Saya belum pernah belikan anak-anak saya botol jenama tommee tippee ni, biasa brand anakku dan sebelum tu Avent. Bayangkan harga botol TT tu dah macam harga botol brand biasa ni, tu yang pesan kat member tu belikan botol dan puting dia sekali.
Rupanya dah ramai yang beli dan pakat buat stok. Saya hanya dapat 2 ketul botol 9 oz dan puting inglek @sold out. Perghhhh murah kan mestilah orang berebut nak beli. Fuiiyyooo dapat saya bayangkan betapa ramainya orang masa tu, dahla member opis ni pregnant 6 bulan, gigih dia membeli keperluan untuk baby sulungnya. Kami kat opis nganga je hehe.
Seronok Adam dapat botol baru, barulah mood nak bancuh susu tu lebih sikit dari biasa hahahaha. Sekarang ni banyak sales sana sini, korang boleh terjah mana tahu ada rezeki dapat gajet macam ni dengan harga murah dan berbaloiiii!!! kat sini ada jualan gudang Hytex lagi tau, kali ini di Rawang. Kalau nak tengok entri saya shopping di Hytex boleh tengok di entri ini dan entri ini.
Hytex Group Warehouse Sale – Rawang! (13-Dec-2013 To 15-Dec-2013)
Merchant / Brand : Hytex Group
Location :
Dewan Batu 17, Taman Jati, Rawang, Selangor
Summary :
Enjoy a great savings with item priced as low as RM3!
Participating brands
Tenderly, Winnie The Pooh, Looney Tunes and Issue
Products offered :
Baby, kids and adult – apparels and accessories.
Time :
10.00a.m to 6.00p.m!
kemain comel botolnyer tu….
nampaknyer uwais kena babab dia memalam masih lagi mintak botol sebelum tdo…hehe
ehh, n3 kita sama la…psl botol TT ni jugak….haha…tp aanie beli yg 5oz je utk si kecik nti….x berani nak beli utk adam sb takut dia xnak minum kalo pakai botol lain….memilih!!
Murah tu. Alaaa…jauh lah plak warehouse sale tu.
Sis dah bertahun tahun dah tak ambil tahu bab ni. Kira ok la, brand cantik dapat 50% lagi