Siapa tak tahu tentang produk Ephyra? Mesti korang dah lihat ramai blogger dah publish tentang contest Ephyra kan. Ephyra di mana-mana sahaja ;). Kalau ikutkan ini adalah penyertaan ke 3 saya untuk contest ini tetapi berlainan penganjur tetapi tajaan yang sama ;). Memang saya teringin nak cuba produk ini, bak kata orang tu selagi tak dapat selagi tu mencuba, nak beli boleh aje tapi dah orang nak bagi free kita mencubalah gamaknya kan.
Sepertimana yang kita tahu produk Ephyra ini merupakan produk kesihatan berasaskan antioksida yang dirumuskan dari kolagen ikan laut dalam terhidrolisis dengan 8 antioksida yang kuat iaitu Acai Beri, Gam Akasia, L-glutathione, Astaxanthin, Acerolla Ceri, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold dan Superberry. Ia telah disahkan halal oleh JAKIM dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak tahu kebaikan produk ini, jom kita baca satu persatu ye:-
- Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
- Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
- Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
- Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
- Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
- Mengurangkan kadar kolesterol
- Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
- Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
- Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Mengapa saya ingin menyertai contest ini?
1) Siapa taknak wajah mulus cantik berseri khasnya untuk tatapan sang suami kan. Selain untuk kecantikan, Ephyra juga terbukti dalam membantu untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana Ephyra mengandungi Acai Beri ~ sejenis buah ungu dari Amazon yang bersifat anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang, menguatkan sistem kardiovaskular *untuk jantung yang lebih sihat* serta membantu mengawal berat badan. Acai Beri mengandungi Omega 6 dan Omega 9 yang tinggi dan kaya dengan serat makanan. Ehem-ehem boleh langsing gitu siapa tak mboh kan? hehehe
2) Selain itu, bila umur dah masuk 30an ni saya memang ingin menjaga penampilan diri untuk kebahagiaan rumahtangga. Produk ini boleh menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri selain mengurangkan kedutan dan garis-garis halus yang mana ia mengandungi Ekstrak Bunga Marigold yang ada dalam Ephyra untuk merawat masalah kulit radang dimana antara kegunaannya ialah merawat kulit berjerawat, lepuh, terbakar, luka, ruam lampin, ekzema, luka terbuka dan juga berkesan untuk menstabilkan kelembapan pada kulit. Maksudnya bila kulit lembap, tiadalah masalah kulit kering, kalau kering nanti berkedut kan. Nampak tak kesan dia kat situ, nampak tak?
3) Superberi yang terkenal dengan kandungan antioksida yang tinggi pun ada dalam Ephyra. Ia sumber terbaik untuk Vitamin C, zat besi dan Potassium. Superberi memberi kesan pada kesihatan yang menyeluruh terutamanya dalam meningkatkan sistem imunisasi individu. Bila badan sihat dan cergas bolehla membantu saya untuk kelihatan kuat untuk menjalankan tugasan harian di pejabat dan di rumah, iron lady gitewwww!!!!
Oklah uols, kalau nak join korang boleh klik ke link ini. Contest ini adalah anjuran blog KasihAleeya dan tajaan FB oceanlife2u, Website Oceanlife2u, instagram @ephyra2u. Selamat bercontest ye, daaaaaa!!!!
good luck kakju.. ephyra mmg best…
*btw pasal entry tu, a’aa sponsored post… tp bkn dr nuff tapi ianya persendirian.. 🙂
good luck..semoga berjaya 🙂
selamat2
contest baru lagi ni nampaknya
Good luck.