Ok meh saya nak cerita tentang harga pakej Island Hopping di Pulau Langkawi. Tapi sebelum tu nak cerita penginapan kami di Pulau Langkawi.
Malam pertama kami menginap di Amzar Motel yang terletak di Pantai Cenang. Dengan kadar penginapan RM150 satu malam, bilik ini berada di tingkat 1 dilengkapi dengan katil queen 2 unit, aircond, water heater dan towel mandi 4 helai.
>> Menginap di Amzar Motel Pantai Cenang
Anak-anak saya dah pengsan kepenatan, yelah flight jam 7:00 malam, sampai di motel jam 10:00 malam. Masuk bilik semuanya tak sempat nak mandi, yang kesiannya suami saya terpaksa dukung Najiha montel naik ke bilik.
Dia memang akan meraung kalau dikejutkan tidurnya yang lena tu. Saya dukung si Adam dan mujurlah si Najwa boleh dipujuk berjalan, kalau tak mau fengsan abahnya ulang turun naik angkut anak-anak ;).
Saya sewa kat sini 1 malam je sebab nak merasa chalet lain pulak macamana. Tapi saya dah call agen 2 minggu sebelum percutian ni minta diorang book chalet lain pulak. Hahaha jangan suka-suka je walk in time cuti sekolah ni, nanti chalet penuh kita tidur masjid ok? ;).
Selepas mandi bagai, mudahnya mata ni dilelapkan. Bagai digam-gam rasanya mata ni sehinggalah jam mengejutkan kami solat Subuh. Hohoho kemain lena tidur ngalahkan orang kerja kat sawah bendang ko.
Owh lupa nak bagitau, selepas turun dari flight, kami terus sewa kereta dengan harga RM110 sehari, dan inilah dia kereta sewa kami tu. Kereta baru, tapi calar balar sana sini. Penting ye untuk cek semua calar tu bagi mengelakkan salah faham semasa pemulangan nanti. Berdesup perginya bila minyak ditekan, merasa jugalah naik nissan almari eh almeera.
Harga pakej Island Hopping
Aktiviti hari pertama?
Hmmmm Island Hopping selama 4 jam dan kami ambil sesi pagi dari jam 9 pagi hingga 1 petang. Semasa di airport, kami dipelawa oleh agen untuk aktiviti ini dengan caj RM40/seorang dewasa dan RM30/ seorang kanak-kanak dan bebudak bawah 3 tahun adalah percuma. Mak aihhh mahalnya, sebab saya dah survey dalam internet sebelum ni, ada yang boleh bagi harga murah dari tu.
Semasa check in di Amzar Motel, diorang ni pun ada sediakan pakej untuk aktiviti yang sama. Harga pakej island Hopping hanyalah RM30/ seorang dewasa dan RM15/ seorang kanak-kanak dan bebudak bawah 7 tahun adalah PERCUMA!!! So kami berlima hanya perlu bayar RM75. Hehehe berbaloi kan?
So memang penting buat survey uolsss!! Memang ramai yang sediakan pakej dari kereta sewa, penginapan, harga pakej Island Hopping, Mangrove tapi caj mereka adalah berlainan. Kalau pandai survey korang boleh dapat harga yang berbaloi.
Aktiviti Island Hopping bermula
Jam 9 pagi selepas sarapan kami dah terpacak depan Amzar Motel. Ada van yang akan membawa kita ke untuk menaiki bot nanti. Tiada bayaran yang dikenakan untuk van ni sebab semuanya dah termasuk dalam bayaran pakej tadi tu ye.
Owh ye, nak ingatkan anda, silalah bawa bekalan makanan contohnya roti dan tuna, air mineral, nasi lemak bungkus ke, burger bungkus tepi jalan sebab nanti kita akan singgah beberapa perhentian. Kat pulau sana tak banyak jual makanan dan kalau ada pun harganya adalah mahal.
Pertama kali naik bot
Hahaha first time naik bot dengan bebudak ni. Teruja!!! Saya pakaikan siap-siap diorang ni dengan swimming suit, dan tak bawa tuala dan tak bawa baju extra. Nanti dah basah, akan basah lagi dan bila naik bot kene pulak angin, terus je kering balik baju tu hehehe.
Adam, Najwa dan Najiha seronok sangat, tapi bila bot tu laju dan menghempas-hempas pantai mulalah seriau. Jangan kata bebudak, saya pun sama ;). Mulalah terbayang citer bot terbalik semua tu, sebab tu penumpang dibekalkan dengan safety jacket, keselamatan diutamakan.
Pulau Dayang Bunting
Destinasi pertama adalah Pulau Dayang Bunting. Masa dalam bot tadi pakcik tu dah tunjuk bukit ala-ala Dayang Bunting, aahla tengok tu bentuknya tu, like a pregnant lady kan?. Ok bergambar sakanlah kitaorang kat sini.
Berhenti selama 1 jam. Korang akan menikmati panorama hutan dan beruk berkeliaran ;). Berjalan kaki masuk hutan mengikut laluan yang disediakan. Menaiki anak tangga sehingga berpoluh kotiak acik ni ha. Semput dah lama tak panjat bukit hehehe. Kat seberang sana nun ada tasik air tawar, siap disediakan kolam untuk kanak-kanak. Seronok diorang mandi manda, abahnya pun sama naik je ngan diorang ni ;).
Melawat burung helang
Ok sejam berlalu, kali ini kami dibawa melihat burung helang pula. Burung ni diberi makan kulit ayam, bukan main banyak diorang ni berterbangan sana sini. Besar-besar, inilah burung simbol kebanggaan Langkawi. Kat sini kami berhenti dalam 15 minit sambil menikmati parorama menghijau.
Pulau Beras Basah
Kemudian kami dibawa ke Pulau Beras Basah. Ha kat sinilah kami semua berkelah. Sekadar nak alas perut sebab selepas mandi semuanya terus rasa lapar tahap maksimum. Beruk pun banyak kat sini, makanan memang korang kene simpan elok-elok. Sebab diorang ni boleh rampas je makanan yang kita makan tu.
Sebaiknya jangan dibuang merata-rata sampah makanan dan ada tong sampah disediakan berdekatan. Sambil suami dan anak-anak mandi, saya duk makan roti and tuna, dalam hati berdoa janganlah beruk tu mai sini, jenuh nak lari sat lagi hehehe. Ok tak loghat saya? Hehehe
Sedar tak sedar rupanya dah 4 jam kami berlegar-legar di sini. Oklah times up!! Kami pulang semua ke motel dengan van yang disediakan. Pagi tadi kami dah check out dari Amzar Motel dan kini check in ke Sandy Beach Resort pula ;). To be continue…
Amzar tu belum pernah cuba, tapi Sandy dah pernah….. banyak beli pinggan Aju ? Heheh
wow sewa kereta almera tu…
wahh..sempat jalan-jalan lagi tu..
Syoknya pergi bercuti… Dah lama rasanya tak g bercuti niii…
Bestnya…bukan main happi lagi anak2 ya…
Tengok laut yg membiru tu..aduhaiiiii teringin nak pergi..
weee..syoknye cuti2 langkawi…rindu kat Langkawi..teringin sgt2 nak ke sana…
fuhh..bestnya dapat gi pulau langkawi tu.
kali terakhir PM sekeluarga bercuti ke Langkawi pun menginap di Amzar Hotel semalam…
last hoping island di Langkawi ketika bujang dulu , nak kene tunggu Mifz besar lagi sedikit barulah nak berhoping kat sana lagi…hehe
alhamdulillah..dapat bayangkan happynya pergi bercuti di sana
bestnya bercuti…belum pernah lagi sampai Langkawi ni…
Masa zaman sekolah dulu jer pernah ke sini..emm seronoknya..jeles i tau..haha
Wow, murahnya Sewa Kereta Nissan Rm110.00/day