Alhamdulillah akhirnya perancangan untuk cuti-cuti dimakbulkan Allah. Kali ni kami bercuti ke langkawi. Sudah beberapa kali suami minta saya aturkan percutian sebegini untuk kami sekeluarga. Kalau boleh naik flight sebab nak bagi pengalaman kat anak-anak ni merasa naik kapal terbang.
Ini pengalaman pertama buat anak-anak saya, wahhh kecik-kecik lagi dah naik flight ye, zaman dulu naik kereta pergi KL pun dah cukup gah sebab kami dulu pun bukannya dari keluarga yang berada. Hmmm itu yang jadi penguat semangat nak bekerja lebih kuat dan smart kan ;).
Percutian ala-ala santai ini adalah untuk anak-anak yang selalu tanya bila nak pergi bercuti? Juga buat ganjaran sebab mereka sering ditinggalkan bila mak pak kerja, balik lewat ;). Tapi tak lupa kami juga buat tabung untuk percutian tau.
Sebulan adalah simpanan dari kami berdua dan cukup 12 bulan, bolehla lepas nak beli tiket dan duit poket berbelanja di sana nanti. Katalah sebulan simpan RM200 X 11 bulan dah dapat RM2,200. Banyak perbelanjaan yang nak kene fikir, penginapan, pengangkutan, makan, belanja extra untuk tempat-tempat nak dilawat nanti. Emmmm so penting untuk buat pengiraan percutian bajet macam ni.
Lihatlah aksi anak-anak ni, jangan kata diorang, saya pun rasa nervous nak naik flight, almaklumlah gayat berada di tempat yang tinggi. Doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Tak banyak baju yang dibawa bagi mengelakkan excess luggage nanti. Yang penting shopping coklat dan pinggan mangkuklah, pompuan kan memang cenggitu pompuan.
Flight delay selama 1/2 jam jugalah, biasalah tambang murah dan rendah. Redho airways and always ;). Alhamdulillah tiba juga ke destinasi yang dituju. Bila sampai tu masing-masing dah kelaparan dan penat mengantuk semua ada. So menjamu selera dulu sebelum check in motel!! To be continue…
selamat bercuti buat Aju sekeluarga yer…jangan lupa nak Cabel Car , Insya-Allah masalah gayat tempat tinggi akan hilang selepas tuh…hehe
Musim org bercuti naik flight skrg ni. Enjoy your holiday aju. Jgn lupa beli oley oley ye..
Selamat bercuti Aju..
Wah sonok nye jalan jalan. mesti banyak borong barang especially coklat
Selamat datang ke utara …. jangan lupa, minyak gamat pun boleh dijadikan buah tangan
Baru pulang dari Langkawi ahad lepas..masih terasa bestnya berjalan disana walaupun atas tujuan belajar. Enjoy sepuasnya bersama famili ye ๐
selamat bercuti
selamar pergi
dan
selamat kembali ๐
Selamat bercuti ajue…seronok bawak anak cooti2 hepppi sangat la dierang dapat naik kapal terbang..tak sabo nak nengok gambor ajue kat sana…
bestnya g langkawi…biasalah pompuan..kalo x soping pinggan ngan coklat tu mmg x sah…
ok gak ikut cara aju tu kan…buat simpanan utk cuti2…nti xyah la korek duit lain kan..
bestnya bercuti ke Langkawi. beli coklat banyak2 ye..
langkawi? best!
aida setuju bab menabung tu. wajib ada. aida pun rm200 a month. masuk tabung ha ha ha… at least takde la gigit jari bila gi holiday, boleh dok hotel selesa. makan sedap. jalan-jalan shopping skit-skit ๐
Seronok nya dapat g jalan2…jeles wehhh..hahaha
wah duh untuk saya tak ada apa buah tangan ker heee…
Bestnya. Bley borong coklat.